Cuaca Kembali Cerah
Morning! Eh dah nak tengahari dah pun. Kelambatan lagi nak update blog dok sibukkan hal lain tapi sempat lah bayar hutang blogwalking mana yang mampu. Alhamdulillah cuaca nampak baik dan nampak cerah dua tiga hari kebelakangan ni. Mendung tu mendung juga tapi tidaklah hujan lebat seperti biasa.
Dengan cuaca yang semakin baik ni syukur sangat sebab kalau hujan berterusan dah tentu akan menyebabkan banjir. Banjir kilat pun satu hal juga. Apapun keadaan kita kena belajar bersyukur selalu. Tengah bercuti bila musim cuaca sedang elok ni seronok lah berjalan sana sini menghabiskan cuti sekolah, cuti hujung tahun dan cuti tahun baru. Banyak pula cutinya kan
Minggu ni dah start lah parents sibuk buat persiapan dan dah mula minggu orentasi sekolah mana-mana anak yang baru masuk sekolah tu. Kalau dah ada anak ni, tengah sibuk sama buat persiapan. Masanya belum tiba lagi. Rezeki akan datang, mana tahu Allah nak bagi kembar 2, 3 empat ke kan. Sekali meriah hantar anak sekali ramai-ramai.
Okay short and quick entry je harini. Otak buntu dah ni nak mengarang ayat. Kena stop dulu nak kena simpan otak untuk kerja design yang masih ada untuk disiapkan. Harap ada idealah nak mendesign dan semoga dipermudahkan kerja kerja design. Nak kena siapkan sebelum cuti nak balik kampung. Kita baru nak cuti awak. Cuti balik kampung je pun
Terima kasih yang sudi singgah sepanjang blog ni kesepian. Lepas ni Fiza akan balas kunjungan kau orang ye. Yang mana rajin singgah dan belum ada header tu, meh tepek url blog dan berikan apa yang nak ditulis kat header.Sekali bagi email okay. Mana yang Fiza rasa Fiza nak buatkan header simple tu Fiza akan buatkan header for free. Simple yang Fiza maksudkan adalah tulisan sahaja. Tapi tak boleh lah nak request nak macam tu macam ni. Kalau nak request itu ini kena buat tempahan berbayar lah. Hihi
Blog yang terpilih tu tak pasti nak pilih berapa. Ikut masa yang Fiza ada untuk buat. Harap yang tak terpilih tu jangan berkecil hati ye. Cakap awal-awal ni. Blog yang takde header diutamakan. Terima kasih. Tapi kalau nak cuba nasib pun aci juga lah. Takde masalah nak letak url blog.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2019/12/cuaca-kembali-cerah.html