Crochet Plan Oktober 2020
Salam
September agak busy. Saya tak dapat siapkan apa-apa blanket. Memang ada yang mula, tapi belom siap
Saya balik kampung 6 hari. Pastu siapkan website baru sebelom 25 September (sempena birthday anak). Tak banyak masa untuk mengait
Apapun, bulan oktober ni saya kebali produktif. So apa kita nak kait bulan ni
Projek utama ialah October Baby Blanket
Memang plan setiap bulan nak buat 1 baby blanket. Untuk oktober, saya nak buat kaler oren ni. Sunshine gitew..
Dah start buat beberapa row. Semoga dapat reveal rupa dia pada hujung bulan ni
Aaminn..
Projek kedua ialah granny squares
Pasti korang dah dapat agak apa yang saya nak buat kan. Ala, sama je macam Granny Squares blanket yang saya buat haritu. Cuma warna kali ni purple dan pink
Ini tempahan ni. Saya bajet bulan 10 siap semua squares dan bulan 11siap cantum dan kait border
Selimut granny squares ni makan masa nak membuatnya kerana perlu tukar warna, dan cantum dan sorok benang yang banyak. Renyah.
Tapi hasilnya bombastik
Jadi targetnya siap semua squares sebelum habis oktober, okay
Projek ketiga ialah shawl
Saya ada terjumpa satu benang yang unik warnanya. Terfikir nak buat shawl. Saya pernah nampak sorang makcik pakai shawl kait kat shopping mall. Geram je tengok. Nak je datang belek² shawl dia.
Bila ternampak benang berwarna unik ni, saya teringat shawl makcik tu. Warna tak sama pun, maybe teksture dia nampak sesuai.
Lepas beli benang, balik rumah terus kait, tak tunggu dah. Hahaha. Saya tengah pulun membuatnya ni. Nak siapkan secepat mungkin. Geram nak tengok hasilnya, sama tak macam makcik tu pakai
Gambarnya tak bole tunjuk lagi. Saya plan nak buat video mengenainya. So, nantikan surprise tersebut 😉
Okay, inilah projek crochet yang kita akan buat bulan ni
Cam biasa la tak semestinya siap. Yang penting ada target dan cuba menyempurnakan target tersebut
Gambatte neh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://asma-felt-box.blogspot.com/2020/10/crochet-plan-oktober-2020.html