Covid19 Perkeso Saran Klinik Hospital Kenakan Caj Minimum Saring Pekerja Asing


 

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang berhasrat membuat ujian saringan Covid-19 bagi pekerja asing mereka.


Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Dr Azlan Darus berkata pihaknya hanya membiayai pembelian kit saringan, manakala caj perkhidmatan ditentukan sendiri oleh pihak klinik serta hospital.




“ .Perkeso menyarankan agar pihak klinik dan hospital dapat mengenakan kos yang minimum kepada majikan, kerana ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial mereka bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Bernama sebelum ini melaporkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan melaksanakan Program Saringan Covid-19 Bagi Pekerja Asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi, bermula 1 Disember lepas (Selasa).




Dr Azlan berkata susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 November lepas, Perkeso hanya akan membiayai pembelian kit saringan RTK-Antigen dan tidak lagi menyediakan subsidi saringan ataupun menerima tuntutan bayaran daripada majikan, klinik mahupun hospital dalam program saringan pekerja asing itu. 




Katanya bagi memastikan kos ujian saringan dapat dikurangkan, Perkeso telah mendapatkan bekalan kit saringan terus daripada pembekal dan mengedarkannya kepada klinik serta hospital yang menyertai program berkenaan.


“Ujian saringan yang dijalankan dengan kolaborasi bersama klinik dan hospital ini juga diharap boleh mengurangkan kos ujian saringan yang perlu ditanggung oleh pihak majikan,” katanya.


Selain itu, Dr Azlan berkata Perkeso juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengambil bahagian dalam program saringan Covid-19 bagi pekerja asing ini.


“Bagi klinik atau hospital yang berminat, bolehlah mendaftar di sihat.perkeso.gov.my. Untuk pendaftaran yang berjaya, Perkeso akan membekalkan kit saringan dan seterusnya akan memantau proses pelaksanaan ujian saringan tersebut.


“Klinik dan hospital swasta yang mengambil bahagian perlu mematuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kemeneterian Kesihatan bagi pelaksanaan ujian saringan RTK-Antigen,” katanya. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/covid19-perkeso-saran-klinik-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Yang Perlu Bayar Atau Tidak Bila Buat Ujian Covid 19 Di Hospital Klinik Kerajaan

Siapa Yang Perlu Bayar Atau Tidak Bila Buat Ujian Covid 19 Di Hospital Klinik Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 378 hits
Pepagi terbaca posting di facebook Page kementerian kesihatan Malaysia berkenaan bayaran yang di kenakan untuk ujian pengesahan covid 19 di fasiliti kerajaan Baca komen Allahu banyak maknosia yang tak faham Mula la depa dengan teori harga y...
Kerajaan Kaji Bina Kuarters Pekerja Asing Annuar

Kerajaan Kaji Bina Kuarters Pekerja Asing Annuar

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 245 hits
364 total views 363 views today KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengkaji langkah mewujudkan kuarters untuk pekerja asing bagi mengelak penularan pandemik COVID 19 di tapak pembinaan kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa Beliau ber...
Kerajaan Pusat Perlu Ada Pelan Kontingensi Saringan Covid 19 Pekerja Asing Jagdeep

Kerajaan Pusat Perlu Ada Pelan Kontingensi Saringan Covid 19 Pekerja Asing Jagdeep

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 215 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang hari ini meminta agar Kerajaan Persekutuan sediakan pelan kontingensi dalam pelaksanaan ujian saringan COVID 19 terhadap pekerja asing bersasar di Pulau Pinang Selangor Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan S...
Op Selat Pegawai Imigresen 3 Ejen Pekerja Asing Ditahan Sprm

Op Selat Pegawai Imigresen 3 Ejen Pekerja Asing Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 220 hits
SPRM PUTRAJAYA Empat lagi individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam perkembangan terbaharu siasatan berhubung kes sindiket rasuah urusan cop palsu di pintu masuk antarabangsa negara dalam Op Selat petang semalam Sumber m...
Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

Ahli Politik Antara Pengantara Dalam Pengambilan Pekerja Asing Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa beberapa ahli politik terlibat sebagai pengantara untuk membawa masuk pekerja asing dengan kelulusan khas Memetik laporan Jawatankuasa Kira kira Wang Negara ke atas isu itu baru baru i...
Kec0h Di Ipoh Lelaki Kurang Ajar Siap Meludah Pekerja Kedai Serbaneka Akhirnya Terima Padah

Kec0h Di Ipoh Lelaki Kurang Ajar Siap Meludah Pekerja Kedai Serbaneka Akhirnya Terima Padah

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 387 hits
loading Semalam telah tular sebuah rakaman video membabitkan seorang lelaki yang telah melu dah seorang pekerja kedai serbaneka di Ipoh
99 696 Pekerja Diberhentikan Akibat Covid 19

99 696 Pekerja Diberhentikan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 128 hits
Sistem Insuran Pekerja merekodkan seramai 99 696 pekerja diberhentikan atas pelbagai sebab antara Januari hingga 27 November lalu Antara sebab itu ialah penutupan perniagaan pengecilan tenaga kerja Skim Pemisahan Sukarela Skim pemberhentian...
6111 Pekerja Syarikat Penerbangan Dipelawa Raih Pendapatan Kosmo 27 11 2020

6111 Pekerja Syarikat Penerbangan Dipelawa Raih Pendapatan Kosmo 27 11 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 252 hits
CYBERJAYA Malakat Mall dan pembekal makanan syarikat terkenal penerbangan Brahim s SATS Food Services Sdn Bhd menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan syarikat penerbangan yang kehilangan punca pendapatan akibat terkesan Covid 19 Prog...
Kerajaan Tidak Benar Pekerja Kilang Dikuarantin Kembali Bekerja

Kerajaan Tidak Benar Pekerja Kilang Dikuarantin Kembali Bekerja

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 232 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM tidak akan menimbangkan cadangan membenarkan pekerja kilang yang tidak menunjukkan gejala Covid 19 tetapi menjalani perintah kuarantin kembali bekerja PUTRAJAYA Kementerian Kesiha...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat

Wajibkan Fasih Bm Untuk Dapat Warganegara Pemuda Umno