Covid 19 Seperti Syith Menunggu Noh




Baru-baru ini, terkurung oleh kuarantina seperti orang lain, saya berkesempatan menonton siri Messiah (2019) di Netflix, dan Noah (2014), sebuah filem lakonan Russell Crowe. Kedua-dua karya ini sangat membekas dalam benak saya. Ini kerana hubungan intipati karya seni ini dengan tamatnya dunia
Messiah yang hanya akan ditampilkan satu musim di Netflix itu cuba mengacah kemungkinan, bagaimana agaknya kalau tiba-tiba Al-Masih kembali mengamankan dunia dengan mukjizatnya. Juga, perihal Nabi Noh yang lelah dengan umatnya yang tersangat ingkar sehingga diperintahkan Tuhan agar membina sebuah bahtera kerana manusia semuanya akan ditenggelamkan
Apabila tiba-tiba kemudiannya, pihak al-Jazeera menelefoni saya bertanyakan apakah kesan pandemik Covid-19 kepada amalan beragama, beban psikologi dan sosiologi agama, saya tidak dapat berhenti memikir hubungan antara Messiah, dan Noah dengan dunia Islam. Filem dan drama bersiri yang saya sebutkan di awal rencana ini hulunya Kristian dan Yahudi
Sesungguhnya semua agama langit, termasuklah Islam, mempunyai satu doktrin yang mana dunia akan diisi keadilan lantas kezaliman serta pengkhianatan akan berakhir segera. Untuk orang Islam, al-Mahdi, seorang penyelamat unggul akan kembali ke dunia ini untuk memimpin seluruh manusia
Dalam filem Noah itu, Noh lakonan Russell Crowe merupakan pewaris agama sejak Adam. Dia beroleh ilham, Tuhan akan memusnahkan dunia. Sangkaannya (dalam filem itu), Tuhan sangat murka, dan kemanusiaan akan berakhir di hujung keluarganya. Maka terdapat beberapa adegan memperihalkan kejadian alam dan manusia
Sejak kejadian Adam a.s telah terdapat 2 blok dalam dunia ini. Ia adalah blok kebaikan dan blok kejahatan. Ia seperti kata pasangan bertentangan yang pernah kita pelajari sewaktu masih anak-anak
Blok kebaikan ini adalah dawlah Tuhan, dan dawlah iblis. Apabila dawlah Tuhan itu mendapat kuasanya, maka kebaikan akan meraja, merata dan Allah disembah secara terbuka. Manakala tatkala dawlah iblis berleluasa, maka kezaliman akan mengambil tempat, lantas kejahatan meluas, dan mereka yang beriman akan bersembunyi, bertaqiah dan menyembah Tuhan dalam keadaan rahsia
Tentu, kita masih ingat selepas pembunuhan Habil, Nabi Adam dan isterinya diancam oleh Qabil tanpa segan lagi. Keturunan Qabil menjadi al-zalimun, sementara keturunan Habil menjadi kelompok tertindas dan teraniaya
Adam sangat berhati-hati di usia tuanya, dan hanya menyerahkan ilmu ketuhanan dan rahsia ilmu berguna untuk kemanusiaan kepada Syith. Maka Adam a.s dan Syith sentiasa diancam oleh Qabil. Mereka tahu apa yang mampu dilakukan Qabil; pengkhianatan membunuh Habil. Justeru blok kebaikan terpaksa berlindung dan bersembunyi
Maka setelah kewafatan Adam dan isteri, Syith dan cucu-cicitnya tinggal terasing di puncak gunung dan bukit, selain beribadat, mereka juga berhati-hati menghindar diri daripada Qabil yang sudah membina penempatan dan kemewahan di tanah pamah
Qabil sentiasa mengganggu Syith. Qabil tahu, Syith mewarisi pelbagai rahsia dan pengetahuan tentang dunia. Syith bagaimanapun kekal menafikan punya pengetahuan dari suhuf, mahupun sebarang rahsia dari syurga
Maka saban hari dan tahun Syith dan pengikutnya mengalami ancaman. Mereka bertahan dan menggenggam pesan Adam a.s, akan ada seorang penyelamat yang datang untuk mereka. Namanya Noh a.s
Syith kurang kita kenal kerana beliau adalah bahagian dari nabi-nabi yang melakukan persembunyian, yang merupakan mustakhfun, atau utusan Tuhan yang dilindungi; sedangkan terdapat utusan Tuhan yang dizahirkan seperti Noh a.s, atau Musa a.s, dan tentu sahaja Nabi Muhammad a.s. Mereka dinamakan musta’linun atau para utusan Allah yang disebut dan ditunggu. Terdapat lebih ramai mustakhfun daripada musta’linun
“Dan (Kami telah mengutuskan) beberapa orang rasul yang telah Kami ceritakan kepadamu dahulu sebelum ini, dan rasul-rasul yang tidak Kami ceritakan hal mereka kepadamu. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). (An-Nisaa’ 4:164)”
Nabi Idris keturunan Syith misalnya kurang disebut orang. Padahal baginda sentiasa diancam, dan perlu ghaib selama 20 tahun tatkala nyawanya dalam bahaya. Nabi Idris adalah dari keturunan Syith
Pengikut Syith, mahupun Idris ini kecil sekali jumlahnya. Mereka saling memperkasakan diri sementara menanti janji Adam untuk muncul, iaitu Noh a.s. Apabila saatnya Noh a.s muncul, baginda tidak diterima dengan mudah, sedangkan sudah ada janji Adam sebelumnya
Malah selepas ketibaan Noh a.s yang dijanjikan, Noh masih belum dapat menyelamatkan umatnya seperti pesan atau janji Adam a.s. Allah masih meminta pengikut Noh a.s bersabar. Pasukan kecil Noh a.s yang melawan kezaliman masih kekal melawan kejahatan. Sungguh melelahkan sehingga mereka ada yang mengalah dan putus asa
Kata mereka, “Masakan menunggu beribu tahun lamanya, dan apabila sosok yang dijanjikan itu tiba, mereka masih belum dibantu dan masih perlu melawan kelompok penjahat. Betapa letih sekali!”Dalam Kitab al-Ghayba oleh Muhammad bin Ibrahim al-Nu’mani (360H) dinyatakan Allah masih meminta yang beriman itu menanti dan apabila pengikut Noh a.s mendoakan agar dipercepatkan kejayaan, Allah memerintahkan mereka menanam pohon tamar
Apabila tamar itu besar dan berbuah, Allah menitahkan agar menanam pohon tamar lain dari benih pohon sebelumnya. Apabila tamar itu pula matang dan berbuah, Allah masih menyuruh supaya menyemai pohon tamar dari benih pohon generasi kedua; dan demikianlah seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya sehingga 10 generasi tamar
Setiap kali pusingan biji tamar itu dibenih dan disemai, kemudian dibaja dan dipupuk sehingga berbuah, setiap itulah pengikut Noh a.s berpecah menjadi 3 golongan
Pertama, yang mengalah dan meninggalkan Noh a.s (murtad); kedua, yang menjadi kumpulan bermuka-muka (nafaqat) yakni kadang turun ke tanah pamah mengambil habuan puak jahat, dan sesekali naik ke bukit-bukau memuja Noh a.s; terdapat kumpulan ketiga, yang kekal setia, beriman, berbakti selain tidak berganjak meskipun ditentang dan diancam pasukan dawlah iblis dari keturunan Qabil
Kumpulan ketiga inilah yang kelak dibawa sama oleh Noh a.s ke dalam bahteranya sebaik berlaku bah besar yang menenggelamkan seluruh manusia jahat. Kumpulan yang melawan Noh, dan manusia bersikap neutral yakni tidak mahu bersikap, bakal turut ditenggelamkan
Noh a.s adalah hujjah ke-12 sejak Syith. Sesungguhnya persiapan pengikut Noh a.s untuk diselamatkan Allah, dan dimusnahkan semua kejahatan itu bukanlah jalan lapang yang mudah. Ia adalah jalan buntu sangat sengsara. Noh a.s tatkala itu adalah umpama Mahdi; sosok penyelamat akhir zaman
Persamaan Noh a.s dan Mahdi a.s itu sangat menjolok rasa memandangkan kedua-duanya adalah mu’ammarun, atau insan diberikan hayat panjang
Terdapat pandangan Noh a.s hidup selama 2,500 tahun. 850 tahun sebelum mulai menyeru kepada risalah ketuhanan, 950 tahun baginda berdakwah menyeru kebaikan kepada manusia di zamannya; dan 700 tahun lagi setelah bah besar berakhir dan untuk baginda membina tamadun manusia yang kedua setelah musnah pusingan manusia purba sebelumnya. Itulah puncanya Noh a.s itu diberi gelar ulul azmi
Dalam sarwa pandang Melayu, Imam Mahdi diperlihatkan menerusi figur ilmu kejawen yang diberi nama Ratu Adil. Baginda itu adalah pemimpin sempurna, seperti terkandung dalam ajaran Hasthabrata; pemimpin dengan 8 anasir bumi. Pemimpin berwatak tanah, api, air, angin, matahari, bulan, bintang dan awan
Di dalam kepercayaan Jawa, pemimpin politik yang merupakan penyelamat itu akan punya ambeg pratala atau berwatak tanah. Seorang pemimpin yang senang memberi secara ikhlas. Baginda adalah pemimpin ambeg tirta atau berwatak air, selalu membuat ketenteraman dan kedamaian buat semua manusia. Bahkan, pemimpin ambeg dahana, yang berwatak api yakni menjaga kewibawaan dan aib ummah serta tidak tamak dan terburu-buru meraih cita-cita
Baginda juga adalah pemimpin siasah yang ambeg murata, atau berwatak angin di mana ia adalah pemimpin penuh waspada, besar kecil tercakup dan tidak memilih-milih. Sesuai citranya selaku “penyelamat” baginda juga adalah tokoh pemimpin ambeg surya, berwatak matahari yakni seorang pemimpin yang berhati-hati menjalankan tugas dan serba sabar dengan rakyatnya
Selain itu, baginda pemimpin ambeg candra berwatak bulan, pemimpin yang tidak kejam, berperilaku halus dan berbelas kasih kepada sesama. Baginda berwatak ambeg sudama, iaitu berwatak bintang yang tidak mudah terpengaruh dengan noda dan goda, mantap pendiriannya dan tidak munafik pula
Ratu Adil tentunya pemimpin ambeg mendhung, berwatak awan yang adil dan menjadi payung seluruh umat manusia
Kita, di alam Melayu juga percaya. Kita juga adalah belahan dari umat manusia yang menanti ketibaan al-Qaim. Kalau Barat seperti dalam Messiah pun percaya, masakan kita ingkar akannya? Takkan Timur lebih miskin faham eskatologi dari Barat
Dalam hari-hari Covid-19 yang menakutkan dan memenatkan, bahkan semua manusia terikat oleh satu rasa yang sama; iaitu rasa khuatir dan semacam putus harap. Kita semua, seluruh manusia menanti-nanti dan mendamba-dambakan seorang penyelamat
Seperti ditonjolkan dalam Messiah di Netflix, sosok seorang penyelamat akan tampil menyerlahkan kebaikan. Baginda adalah abah kita semua
Abah yang ada sekarang pengkhianat. Imam Mahdi itu pemimpin orang tertindas. Waktu itu kelak; kelompok pengkhianat, kapitalis ekstrem, penjarah, raja-raja jahat mintalah ketepi beri laluan. Kalian, cucu cicit Qabil si jahat tidak diperlukan pada babak pengakhiran
Namun demikian, sementara itu berlaku, saya membayangkan kita semua di Barat dan Timur; seperti anak cucu Syith; yatim piatu dan berdoa menunggu-nunggu saat Noh, atau Imam Mahdi akan tiba. Dia pasti tiba. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/04/covid-19-seperti-syith-menunggu-noh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

Eropah Benua Paling Teruk Diserang Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 191 hits
Eropah pula menjadi benua paling terjejas dengan 77 129 kematian daripada keseluruhan 932 205 kes didiagnosis setakat ini Itali mendahului dengan 19 899 kematian Sepanyol Perancis dan Britain Dalam pada itu Amerika Syarikat muncul negara pa...
Tabik Abang Polis Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang Covid 19

Tabik Abang Polis Muka Habis Berbelang Jaga Roadblock Tengah Panas Demi Nak Kekang Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 320 hits
Di saat orang lain duduk di rumah bersama keluarga tersayang petugas barisan hadapan terpaksa bekerja keras untuk negara Polis dan tentera terpaksa berjemur di tengah panas demi memasikan semua orang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bag...
Direktur Utama Bri Beberkan Skema Relaksasi Umkm Terdampak Covid 19

Direktur Utama Bri Beberkan Skema Relaksasi Umkm Terdampak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 119 hits
PT Bank Rakyat Indonesia Tbk bergerak cepat mengimplementasikannya Perseroan telah menyiapkan 4 skema untuk memetakan usaha nasabah terkait relaksasi UMKM Hal ini diungkapkan oleh Direktur Utama Bank BRI Sunarso
Halau Covid 19 Bea Cukai Semarang Fasilitasi Produksi Dan Hibahkan Apd

Halau Covid 19 Bea Cukai Semarang Fasilitasi Produksi Dan Hibahkan Apd

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 263 hits
Kantor kantor pelayanan Bea Cukai bekerja sama dengan perusahaan penerima fasilitas kawasan berikat telah berjibaku memproduksi puluhan ribu unit alat pelindung diri berupa baju pelindung masker hingga hand sanitizer untuk dihibahkan kepada...
Pengurusan Rawatan Covid 19 Di Malaysia Terbaik

Pengurusan Rawatan Covid 19 Di Malaysia Terbaik

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 223 hits
Malaysia duduk di tangga teratas di dunia drp segi kadar peratus pesakit yg sembuh drp Covid 19 iaitu sbyk 32 7 diikutiSingapura 24 4 Hong Kong 22 54 berbanding kadar purata dunia sbyk 21 01 Kadar pesakit Covid 19 yg meninggal dunia di Mala...
Lemon Dan Kunyit Tidak Berkesan Cegah Covid 19 Who

Lemon Dan Kunyit Tidak Berkesan Cegah Covid 19 Who

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 201 hits
Ketika negara kita sedang berjuang melawan virus Covid 19 ada diantara kita yang disogok informasi tanpa fakta sehingga ada yang terus percaya Ada yang kata makan buah mahupun sesuatu jenis sayur itu mampu merawat Covid 19 namun sejauh mana...
Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

Kecekapan Kkm Bendung Covid 19 Luar Biasa

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 231 hits
Reaksi spontan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia semasa berjalan keluar dari Flat Selangor Mansion selepas mengeluarkan penghuni yang disyaki postifi Covid 19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India Kuala Lumpur foto AFF...
Covid 19 Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi

Covid 19 Jemaah Tabligh Kuantan Sedia Di Saring Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 369 hits
KUANTAN Jemaah tabligh Kuantan dari Miri Sarawak yang tiba di daerah ini hari ini bersedia untuk menjalani ujian saringan koronavirus sekali lagi bagi memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada jangkitan wabak itu Wakilnya Mohd Abdul Salam...
Uae Perkenal Kahwin Secara Online Benarkan Orang Ramai Teruskan Perkahwinan Ketika Covid 19

Uae Perkenal Kahwin Secara Online Benarkan Orang Ramai Teruskan Perkahwinan Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 221 hits
KERAJAAN Emiriah Arab Bersatu melaksanakan perkhidmatan perkahwinan secara atas talian sebagai usaha mengelakkan penularan wabak jangkitan COVID 19 Menteri keadilan berkata perkhidmatan itu dilaksanakan adalah untuk membenarkan majlis perka...
Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Syria Gaza S Pura Batu Putih Putih Mata Tun M

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

No Plans To Repatriate Malaysian Students In Syria Says Foreign Minister

10 New Trains For Ets To Meet High Demand Deputy Minister

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System