Covid 19 Pegawai As Sahkan Enam Gejala Baharu Dikesan Pada Pesakit




PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan tambahan enam gejala COVID-19 yang baharu, seiring dengan pemahaman lebih mendalam pakar kesihatan mengenai virus berkenaan.
Gejala terbabit adalah menggigil; getaran tubuh secara berulang serentak dengan menggigil; sakit otot; sakit kepala; sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau.
Semua gejala ini biasanya muncul dua hingga 14 hari setelah pesakit terdedah kepada virus berkenaan.
Sebelum ini, CDC hanya menyenaraikan tiga gejala yang diketahui iaitu sesak nafas, batuk dan demam.
Bekas pemangku Pengarah Jabatan Pandemik dan Ancaman AS, Mario Ramirez, memberitahu Washington Post, gejala sesuatu penyakit termasuk COVID-19 dan influenza biasa, boleh berubah seiring perubahan masa.
Beliau berkata, berdasarkan data dan maklumat daripada rawatan pesakit tempatan dan seluruh dunia, CDC dapat menyatakan dengan yakin, enam gejala terbabit adalah gejala COVID-19.
Ramirez, berkata trend mengenai gejala tempatan dan data dari negara lain membolehkan CDC mengenal pasti atau menyenarai pendek segmen populasi yang tepat untuk diuji.
“Kita tidak mahu menyenaraikan dua puluh gejala, terutama jika separuh penduduk mempunyai gejala tersebut.
“Kita akan cuba menyeimbangkan sasaran orang yang tepat untuk diuji, jadi ia mesti spesifik,” kata Ramirez.
Penambahan tersebut mengesahkan maklumat yang dilaporkan oleh pesakit dan doktor selama beberapa minggu sebelum ini.
Antaranya adalah kehilangan rasa atau bau yang telah dilaporkan oleh sekumpulan doktor telinga, hidung dan tekak Britain pada pertengahan Mac, ketika banyak pihak berasakan gejala itu mungkin tanda awal seseorang dijangkiti COVID-19.
Satu kajian terhadap pesakit COVID-19 di Eropah turut mendapati antara 85.6 hingga 88 peratus pesakit mengalami gejala hilang deria rasa dan bau.
Dalam satu kajian di Iran, 76 peratus pesakit COVID-19 yang melaporkan kehilangan bau memberitahu ia berlaku secara tiba-tiba sebelum gejala lain muncul.
Sementara itu, meskipun tidak disenaraikan di laman web CDC, keletihan melampau juga dilaporkan dialami oleh pesakit sebelum mereka disahkan positif COVID-19.
Awani




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/29/covid-19-pegawai-as-sahkan-enam-gejala-baharu-dikesan-pada-pesakit/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-pegawai-as-sahkan-enam-gejala-baharu-dikesa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesakit Baharu Covid 19 Di Selangor Melonjak 63 Kes

Pesakit Baharu Covid 19 Di Selangor Melonjak 63 Kes

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 605 hits
SHAH ALAM 2 MEI Selangor kembali mencatat peningkatan pesakit Covid 19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini enam daripadanya kes import Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor kes import membabitkan rakyat Malaysia yang baru pulang ...
Korea Selatan Sahkan Tiada Kes Covid 19 Jangkitan Domestik Baharu

Korea Selatan Sahkan Tiada Kes Covid 19 Jangkitan Domestik Baharu

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 287 hits
Korea Selatan hari ini buat pertama kali tidak mencatat sebarang jangkitan domestik baharu COVID 19 sejak negara berkenaan teruk dilanda pandemik COVID 19 pada 29 Februari yang lalu Perkara berkenaan telah disahkan oleh Pusat Pengendalian d...
99 Pesakit Covid 19 Telah Sembuh Dibenarkan Pulang Hari Ini Dua Kali Ganda Daripada Kes Baharu

99 Pesakit Covid 19 Telah Sembuh Dibenarkan Pulang Hari Ini Dua Kali Ganda Daripada Kes Baharu

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 357 hits
PUTRAJAYA Kes pulih daripada COVID 19 hari ini mencatatkan jumlah dua kali ganda daripada kes baharu yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 99 kes yang pulih hari ini menjadikan jumlah kumula...
85 Pesakit Covid 19 Di Sabah Tiada Gejala Awal

85 Pesakit Covid 19 Di Sabah Tiada Gejala Awal

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 328 hits
Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi berkata 85 atau 249 daripada 293 pesakit positif Covid 19 di negeri itu tidak menunjukkan gejala di peringkat awal Oleh itu katanya individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam ne...
Terkini Kkm Sahkan 110 Kes Baharu Covid 19 Dan 1 Kematian Dilaporkan

Terkini Kkm Sahkan 110 Kes Baharu Covid 19 Dan 1 Kematian Dilaporkan

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 334 hits
Dr Noor Hisham Abdullah hari ini memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 110 kes baharu Covid 19 yang dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5 182 kes Terkini 16 April 2020 Kes baru 110Keseluruhan ...
Covid 19 Kes Baharu Meningkat Kembali Tiga Digit

Covid 19 Kes Baharu Meningkat Kembali Tiga Digit

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA Selepas dua minggu mengekalkan angka dua digit jumlah kes baharu positif wabak koronavirus di Malaysia hari ini kembali kepada tiga angka Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 105 kes baharu direk...
Thailand Ujian Air Liur Berkesan Untuk Sahkan Covid 19

Thailand Ujian Air Liur Berkesan Untuk Sahkan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 369 hits
Kakitangan perubatan melakukan ujian COVID 19 di lorong pandu lalu Hospital Vibhavadi di Bangkok Foto AFPBANGKOK Hospital Ramathibodi mendapati ujian air liur individu yang disyaki dijangkiti COVID 19 memberi keputusan lebih tepat berbandin...
Tambahan 3 Gejala Baru Covid19 Dikesan

Tambahan 3 Gejala Baru Covid19 Dikesan

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 263 hits
PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menyenaraikan tambahan enam gejala COVID 19 yang baharu seiring dengan pemahaman lebih mendalam pakar kesihatan mengenai virus berkenaan Gejala terbabit adalah 1 menggigil getaran tubuh...
Covid 19 Jumlah Kes Sudah Pulih Atasi Kes Baharu

Covid 19 Jumlah Kes Sudah Pulih Atasi Kes Baharu

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 337 hits
PUTRAJAYA Kes pulih individu yang dijangkiti COVID 19 di negara ini terus memberikan perkembangan yang positif apabila mencatatkan jumlah tinggi mengatasi jumlah kes baharu individu yang dijangkiti wabak berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan D...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear