Covid 19 Masa Untuk Rakyat Jaga Rakyat


oleh Noor Mohamad Shakil Hameed
PENULIS cukup tertarik dengan tanda pagar #rakyatjagarakyat yang mula menjadi trending atau carian yang popular pada masa kini di laman sosial.
Difahamkan ianya muncul akibat kekecewaan rakyat yang marah dengan sikap segelintir ahli politik yang bebas melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa terutamanya ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Sesungguhnya kita tidak boleh mengawal atau marah dengan luahan kekecewaan yang disuarakan oleh rakyat seperti ini yang banyak terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu hingga kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang. Luahan ini dengan jelas menterjemahkan isi hati rakyat yang tidak mampu dan tidak sanggup lagi untuk mengharungi satu lagi pusingan PKP yang kesannya pasti jauh lebih teruk lagi.
Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, penulis lebih berminat untuk mengupas maksud dan falsafah di sebalik tanda pagar #rakyatjagarakyat. Ironinya tanda pagar #rakyatjagarakyat ini sebenarnya sama dengan kepopularan tanda pagar #kitajagakita yang digunakan selama ini sejak tercetusnya ancaman wabak Covid-19 di negara kita. Sedar atau tidak kedua-dua tanda pagar ini sebenarnya
membawa maksud dan tafsiran yang sama iaitu tanggungjawab setiap individu dalam menjaga diri dan keluarga sendiri tanpa memindahkan beban dan tanggungjawab tersebut kepada orang lain terutamanya di atas bahu para petugas barisan hadapan.
Sesungguhnya tugas untuk memutuskan rantaian penularan wabak ini adalah tanggungjawab setiap individu baik rakyat mahupun ahli politik. Hal ini kerana virus Covid-19 tidak kenal taraf kedudukan mahupun bangsa dan agama kita. Justeru bagi penulis baik tanda pagar #rakyatjagarakyat mahupun #kitajagakita sememangnya sangat signifikan dan kena pada batang hidung setiap anggota masyarakat itu sendiri terutamanya dalam memastikan kita sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan.
Peningkatan secara mendadak kes jangkitan Covid-19 mutakhir ini menunjukkan kita masih belum menang dan ancaman virus ini tidak mungkin akan berakhir dalam masa terdekat. Perkara yang paling ditakuti oleh rakyat sekarang ialah apakah perkembangan terkini ini akan menyebabkan kerajaan mengisytiharkan semula pelaksanaan PKP yang kedua sama seperti fasa pertama pada 18 Mac yang lalu. Dan
percayalah secara jujurnya baik negara mahupun rakyat tidak mampu menghadapai PKP kali kedua. Walaupun kerajaan telah menegaskan tiada keperluan untuk melaksanakan PKP kali kedua di seluruh negara kerana keadaan masih terkawal sepenuhnya namun kita tidak boleh menolak kemungkinan tersebut jika kes terus meningkat dalam beberapa hari lagi terutamanya jika merebak di banyak kawasan.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat agar memastikan PKP tidak dikutakuasakan semula dengan cara sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dengan berpaksikan kepada tanda pagar #rakyatjagarakyat dan #kitajagakita.
Baik individu mahupun ahli politik jangan ambil mudah saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaliknya jadilah suri teladan kepada yang lain. Misalnya, jika kita seorang ketua keluarga, jadilah suri teladan kepada ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Jika kita seorang ahli politik pula, jadilah suri teladan kepada rakyat agar kita sama-sama dapat mematuhi SOP dan membantu memutuskan rantaian penularan wabak ini.
Sedar atau tidak sejak PKPP ramai yang mula alpa dan ambil mudah keperluan untuk mematuhi SOP seperti mengamalkan kesihatan awam dengan melakukan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan. Ironinya ramai yang sudah mula lupa dengan syor KKM iaitu mengamalkan 3W dan hindari 3C. 3W yang dimaksudkan adalah kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn), antaranya elakkan bersentuhan dan amalan etika batuk dan bersin. Manakala 3C pula adalah menjauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak berbual atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).
Jadi tak kira siapapun kita marilah betul-betul menghayati dan berpegang teguh kepada kedua-dua tanda pagar #rakyatjagarakyat dan #kitajagakita kerana sudah tiba masanya untuk rakyat (kita) jaga rakyat (kita) tanpa meletakkan beban itu di bahu para petugas barisan hadapan semata-mata. Ingat, kita belum menang dalam peperangan memerangi wabak ini. MG
The post #Covid-19 : Masa untuk rakyat jaga rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/05/covid-19-masa-untuk-rakyat-jaga-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Gelang Pink Chazy Nash Tebus Kesalahan Bantu Orang Memerlukan Masa Covid 19

Isu Gelang Pink Chazy Nash Tebus Kesalahan Bantu Orang Memerlukan Masa Covid 19

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 367 hits
Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan Assalamualaikum semua Apa habaq Saya harap semua sihat lah dan sentiasa dijauhkan dari Covid 19 KITAJAGAKITA Ok saya takmau cakap banyak Oleh sebab PKPD Kota Setar baru tamat tengah mala...
Agong Minta Rakyat Bertenang Dan Jaga Kesihatan Diri

Agong Minta Rakyat Bertenang Dan Jaga Kesihatan Diri

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 302 hits
Umum sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan Insitut Jantung Negara Menerusi maklumat daripada Istana Baginda menasihati agar seluruh ...
Utamakan Rakyat Era Covid 19 Bukan Selamakan Syarikat Swasta Fahmi

Utamakan Rakyat Era Covid 19 Bukan Selamakan Syarikat Swasta Fahmi

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 197 hits
Tindakan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional membenarkan anak syarikat Khazanah Nasional Bhd UEM Sunrise bergabung dengan EcoWorld dikecam oleh pimpinan Pakatan Harapan Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil penggabungan syari...
Perusahaan Luhut Untung Di Masa Covid 19 Prodem Heran Kok Kelola Negara Bisa Rugi

Perusahaan Luhut Untung Di Masa Covid 19 Prodem Heran Kok Kelola Negara Bisa Rugi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 263 hits
Ketua Majelis ProDEM Iwan Sumule memuji kinerja perusahaan milik Luhut Binsar Pandjaitan yang sukses meraih laba di tengah pandemi Covid 19 Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi itu diketahui memiliki emiten tambang yaitu PT ...
Catatan Covid 19 Oleh Seorang Rakyat Italy

Catatan Covid 19 Oleh Seorang Rakyat Italy

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 212 hits
JIKA anda masih keluar dengan rakan rakan pergi ke restoran bar dan berkelakuan seperti wabak Covid 19 bukan satu perkara besar Di bawah ini catatan oleh seorang rakyat Itali yang pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini Kepada seluru...
Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

Covid 19 Kes Naik Mendadak Rakyat Mula Luahkan Kekecewaan Terhadap Politikus

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 412 hits
Pengorbanan kami selama ini menjadi sia sia kerana kerakusan ahli politik dalam berebut kuasa Entah apa yang ada didalam akal fikiran mereka apabila meletakkan rakyat dalam keadaan yang sangat teruk Jika PKP dilaksanakan semula kita semua d...
Diluar Negara Pemimpin Risau Kes Covid Di Malaysia Rakyat Yang Risau Sebab Pemimpin Bangang

Diluar Negara Pemimpin Risau Kes Covid Di Malaysia Rakyat Yang Risau Sebab Pemimpin Bangang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 290 hits
HAMDAN TAHASaya baca satu tulisan Di indonesia dan di india para menteri dan pemimpin negara risau pening tak reti nak berbuat apa apa kerana arahan supaya rakyat berhati hati dan ikut sop dan elakkan berkumpul beramai ramai rakyat tak ikut...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari

Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo