Covid 19 2 Dihukum Penjara


Kuala Lumpur: Dua lelaki menjadi individu pertama dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas membuat pencegahan penyakit berjangkit COVID-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama 14 hari mulai 18 Mac lalu.

S.Sugendran, 31, pembantu kedai dan pengawal keselamatan M.Annblagan, 37, masing-masing dihukum penjara dua bulan oleh Majistret M.Saravanan selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah memerintah kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mereka didakwa bersama-sama menggunakan kekerasan jenayah dengan berlakunya pergelutan dan melawan Inspektor Nik Faidrul Nik Fauzi, iaitu seorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam, semasa tangkapan polis dijalankan.

Kedua-dua lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam di sini pada 5 petang, 19 Mac lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pegawai polis berkenaan menjalankan tugas pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit COVID-19 di kawasan pentadbiran Balai Polis Pantai dan didapati sebuah motosikal dinaiki oleh dua lelaki (tertuduh) dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai polis itu mengarahkan penunggang memberhentikan motosikal untuk diperiksa namun penunggang motosikal tersebut enggan berhenti dan memecut laju serta melarikan diri.

Pegawai polis itu kemudiannya mengejar motosikal tersebut dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dilakukan ke atas kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mereka melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam masing-masing merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung keluarga dan isteri.

Di mahkamah sama, Sugendran didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu manakala Annblagan dihukum penjara tiga minggu selepas masing-masing mengaku bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan polis itu.

Mahkamah memerintahkan Annblagan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mereka didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan anggota polis pada tarikh, tempat, dan masa sama mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/covid-19-2-dihukum-penjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

Tujuh Petugas Istana Negara Positif Covid 19 Saringan Agong Permaisuri Negatif

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 26 MAC Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid 19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Beliau berkata Yang di Pertuan Agon...
Covid 19 Satu Lagi Korban Jumlah Kematian Kini 20

Covid 19 Satu Lagi Korban Jumlah Kematian Kini 20

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 325 hits
SHAH ALAM 25 MAC Satu lagi korban disebabkan Covid 19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan Tindakan Krisis Kebangsaan menjadikan jumlah keseluruhan 20 kematian kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes kematia...
Covid 19 Tujuh Lagi Petugas Kkm Positif Keseluruhan 80 Kes

Covid 19 Tujuh Lagi Petugas Kkm Positif Keseluruhan 80 Kes

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 319 hits
SHAH ALAM 26 MAC Tujuh lagi petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dikesan dijangkiti Covid 19 setakat pagi tadi kata ketua pengarah kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata laporan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul anggota K...
Lzs Rayu Pemohon Patuhi Terma Bantuan Khas Covid

Lzs Rayu Pemohon Patuhi Terma Bantuan Khas Covid

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 356 hits
SHAH ALAM 26 MAC Lembaga Zakat Selangor merayu kepada pemohon untuk mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan ketika membuat permohonan Bantuan Khas Covid 19 secara dalam talian Ini kerana LZS memaklumkan masih ada segelintir pihak yang cub...
Setelah Videonya Viral Keluarga Yang Nekat Bawa Pulang Jenazah Pdp Covid 19 Di Kolaka Diisolasi

Setelah Videonya Viral Keluarga Yang Nekat Bawa Pulang Jenazah Pdp Covid 19 Di Kolaka Diisolasi

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 271 hits
Beredar rekaman yang menampilkan adanya jenazah pasien dalam pengawasan virus corona yang dibawa pulang oleh keluarganya dengan mobil pribadi Peristiwa tersebut diketahui terjadi di Sulawesi Tenggara Rekaman video yang menampilkan momen itu...
Platform Derma Spotify Covid 19 Music Relief Dibangunkan Untuk Ahli Muzik Yang Memerlukan Bantuan

Platform Derma Spotify Covid 19 Music Relief Dibangunkan Untuk Ahli Muzik Yang Memerlukan Bantuan

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 217 hits
Spotify ialah platform penstriman lagu yang memperlihatkan muzik oleh bukan sahaja artis artis yang popular tetapi juga ahli ahli muzik yang mempunyai peminat di platform platform yang lain Terkini Spotify telah memperkenalkan sebuah ciri p...
Covid 19 Ini Rayuan Terkini Israel Terhadap Negara Negara Islam

Covid 19 Ini Rayuan Terkini Israel Terhadap Negara Negara Islam

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 562 hits
Satu dunia kini sedang melawan wabak Covid 19 termasuk negara angkuh Israel Terkini ini rayuan Israel terhadap negara negara Islam Baca selanjutnya Covid 19 Ini Rayuan Terkini Israel Terhadap Negara Negara Islam
Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

Kit Ujian Pantas Covid 19 Igg Igm

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 200 hits
Oleh Ts Dr Mohd Hamzah B Mohd Nasir Kulliyah Sains Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan Ramai terkeliru dengan COVID 19 IgG Kit Ujian Pantas IgM Ada juga yang memanggilnya vaksin Untuk menggelakkan kekeliruan kit tersebut b...
Tawaran Khas Syarikat Penyiaran Dan Telekomunikasi Dudukrumah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Malaysia

Tawaran Khas Syarikat Penyiaran Dan Telekomunikasi Dudukrumah Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 355 hits
Berikut ialah Tawaran Promosi Khas Syarikat Penyiaran dan Telekomunikasi Sempena Kempen DudukRumah Perintah Kawalan Pergerakan COVID19 Malaysia 2020 1 AstroPercuma semua channel movie termasuk HBO Fox Movies sehingga 31 Mac 2020 Percuma sem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah