Cma Hiking Gunung Tahan M2m Mei 2022
Alhamdulillah.. Dgn Izin Allah. Another bucket list accomplished!
The Journey:-
Sg Relau
Kuala Juram
Kuala Luis
Lata Luis
Kem Kor (Campsite D1)
Permatang
Kubang
Belumut
Bonzai
Bukit Botak (campsite D2)
Gunung Tahan
Bukit Botak
Bonzai
Belumut
Kubang
Permatang
Kem Kor(Campsite D3)
Lata Luis
Kuala Luis
Kuala Juram
Sg Relau
Trip Gunung Tahan M2M (Merapoh-Merapoh) 4Hari 3Malam by Gogo Din dr MYTT Adventure. Di temani 3 orang Moutain Guide (Wajib) dari Jabatan Hutan Pahang iaitu Uban, Yin dan lupa sorang lagi nama dia. Hahaha.. Permit masuk & permit kamera/Hp, Permit Campsite, 4WD Transfer kena bayar ya.
Ke semua 20 line up berjaya sampai ke puncak dan touchdown dgn selamat.
FYI Ada Beberapa jalur laluan untuk ke Gunung Tahan.
• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan [M2K] (7h 6m) toughest
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh [K2M] (7h 6m)
• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh [M2M] (4h 3m)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan [K2K] (4-5 hari)
Sedikit Info mengenai Gunung Tahan:-
Tinggi 2187m 7175ft [Dikenali Sebagai G7 Kerana Ketinggiannya yg melebihi 7ribu kaki]Puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, ke-6 Gunung tertinggi di Malaysia
🌳 Tentatif Merapoh - Merapoh 🌳
( First Day )
8.00 am - Berkumpul di Taman Negara Sungai Relau, Checking Item, Taklimat
9.30 am - Naik Powil ke Starting point (30mnt)
10.00 am - Briefing, warm up, Bertolak ke Kem Kor (Trek Ini sangat santai ada pacak sikit2,
kena redah 8 sungai) Paras betis & peha)
4.00 pm - Tiba Di Kem Kor, Rehat, makan, Bermalam
Ø Kuala Juram – Kuala Luis [306m, 5km]
Ø Kuala Luis – Lata Luis [558m, 6km]Ø Lata Luis – Kem Kor [750m, 2.5km]
( Second Day )
5.30 am - Solat, Sarapan, Packing Barang
7.00 am - Bertolak Ke Kem Botak
1.00 pm - Tiba di kem V, makan, rehat (Last Water CP)
1.30 pm - Bertolak ke Kem Botak
6.30 pm - Tiba Di Kem Botak, makan, Rehat
Ø Kem Kor – Kem Permatang [874m, 2.5km]
Ø Kem Permatang – Kem Kubang [1406m, 1.5km]
Ø Kem Kubang – Kem Berlumut [1433, 1.5km] Sini dah start Mentallllll.
Ø Kem Berlumut – Bonsai [1705m, 5.5km]
Ø Bonsai – Kem Botak [1943m, 3km]
( Third Day )
5.00 am - Kemas Barang, Bertolak Ke Puncak
6.30 am - Tiba Di Puncak, Subuh, Bergambar, turun ke kem botak, sarapan
9.00 am - Bertolak turun ke Kem Kor
1.00 pm - Tiba di kem v, makan
6.30 pm - Tiba di kem kor, makan, rehat
Ø Kem Botak – Puncak Tahan
( Last Day )
6.00 am - Solat, Sarapan, kemas barang
9.00 am - Bertolak ke Starting Point
12.00 pm - Makan, rehat, sambung Perjalanan
2.00 pm - Tiba di Starting Point (I managed to touchdown at 11.30am-started Descending at 8am)
Apa yg perlu di bawa mendaki gunung tahan?
Ni based from my personal opinion lah yer.
Baju ( sis bawak 3 pasang termasuk yg tgh pakai.(bwk byk buat berat beg).
Baju bersih balik tinggal kat dalam keta.Makanan (Since dah byr, jadi kami bwk ration 3kg sorang)toletriestuala/kain batikwater bladder / mineral water 1.5lx2botol kosong (optional utk refill/sterilize air gunung)jajan /power bar / kurmaubatan personal / 1st AidBeg yg bersesuaian (40l keatas)Sleeping bag (wajib,sejuk oiii)Carry mat (digalakkan bw)wind breaker (digalakkan bawa)headlamp + spare batterypisau+ lighter +whistle (emergency purpose)power bank (digalakkan bawak)seliparrrr (wajibb)pinggan, cawan,sudu, garfuponcho tentape lagi ek? telekung?Uols kena pepandailah arrange utk semua ni. make sure carry load kurang dr 15kg.
Berat beg boleh jadi berganda2 bila dah pewai. huuuuuuu
Nota Kaki : Setiap Gunung Ada Ceritanya Sendiri. Klu tanya Sis Yg Sipot Ni, Trek Dia Boleh Lah Tahan. Sbb Style Roller Coaster .
Ada Trek Mcm Kat Berembun, Nuang, Liang, Angsi,Akinabalu Semua Pakej Ada.
Tp From My Personal Opinion, Start Dari Kubang Ke Bonsai Mmg Menguji Mental & Fizikal. Alhamdulillah 4 Hari Cuaca Sangat Cantik. Tak Hujan. Tp Trek Berselut. Salah Pijak, Terbenam Kaki Sampai Betis. Ni Tak Hujan Ye. Bayangkan Kalau Hujan? Allahu. Nangisss. Sis Suka Trek Jenis Pacak.. Kau Memacakkkkkkk La Sampai atas, Tup2 Sampai Peak. Klu jenis Roller Coaster Ni Lemmahhhhhh Betul
.
Apepun Alhamdulillah.
Grad Gunung Tahan
Sis Lanje Gambauuuuu
Sekian,,,,,
Gunung Tahan, M2M, K2M, K2K, M2K, Mendaki Gunung Tahan, 2022, Bukit Botak, Kem Kor, Sungai Relau, Jabatan Perhutanan Pahang, Hiking Gunung Tahan,Apa yg perlu di bawa mendaki gunung tahan?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://shiemacma.blogspot.com/2022/06/cma-hiking-gunung-tahan-m2m-merapoh.html