Cinta Sang Biawak
Siapa kata Sang Biawak tidak pandai bercinta? Malahan mungkin lebih romantik daripada manusia.
Hehe, habis la Master kalau Mommy nampak gambar2 ni. Mesti nanti Mommy kata Master tak seromantik Sang Biawak.
Mungkin juga kita boleh guna biawak sebagai bidalan, "Romantik seperti Biawak."
Oleh itu Tedi cadangkan kepada kaum wanita agar jangan teruskan membaca, takut2 anda diselubungi cemburu yang teramat sangat! Takkan cemburu dengan biawak kot?
Foto2 ini diambil oleh Alexey Tymoshenko di laman belakang rumah ibu bapanya setelah memerhatikan gelagat biawak ini selama bertahun-tahun. Foto2 ni dah lama, tahun 2011, Tedi baru terjumpa dalam notebook, hehe. Tedi kongsi semula la untuk segarkan memori, mana tau ramai lagi yang tak pernah tengok gambar2 ni.
Tedi tak tahu binatang apa sebenarnya ni, tapi Tedi panggil biawak je la. Nak panggil Cicak, besar sangat la pulak!
Biawak jantan bawa bunga ke atas sepohon bunga jugak. Kemudian diikuti Biawak betina yang turut memanjat. Kemudian saling merenung mata masing-masing. Bunga kemudiannya diserahkan kepada si betina.
Opps, si betina tergelincir la pulak! Si jantan segera menghulurkan bantuan. Terjun pun sanggup! Biasalah, cinta itu perlukan pengorbanan, begitu juga kalau kita kata cintakan Allah subhanahu wa ta'ala dan Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam, turut menuntut pengorbanan yang selalunya tak manis namun bisa mendamaikan jiwa.
Bahagianya mereka. Alangkah indahnya hidup kalau diriku seekor biawak.. Errr, acah je la... hahaha
Ini berita sebenar, "Lizard love: Male warms heart of female with a bunch of flowers", tak sia-sia Tedi simpan dalam notebook, ada guna jugak rupanya, hahaha. Tapi mungkin dah ramai blogger kongsikan gambar-gambar ni.
Advertlets biawak?Tadi sebelum kirim artikel ni, Tedi cari dulu blog mengenai biawak supaya tiadalah banyak sangat artikel biawak ni. Maksudnya kalau dah ada orang kirim, baik Tedi simpan link dia sahaja & kemudian baca di blog dia.
Tapi apa yang Tedi jumpa adalah "Advertlets biawak penipu!". Hah, ambil Tedi bagi link besar2. Cuma Tedi tak terus la mempercayai berita ni, tetapi Tedi terpanggil juga nak kongsi, mana tau ada siapa2 sudi memberi pencerahan mengenai isu ini.
Hehehe, Tedi suka guna "memberi pencerahan" ni sebab ni ayat seorang manusia yang tidak perlulah disebut nama beliau di sini.
Berbalik kepada "Advertlets biawak" ni, tak sangka lak ada kes sebegini, tapi Tedi tak kisah sangat pun sebab sehingga hari ini Tedi tak berminat nak menceburkan diri ke bidang pengiklanan ni, cuma kalau ada iklan sesuai yang orang nak Tedi iklankan, Tedi letak je la, minta2 ada siapa2 baca la iklan mereka tu, hehehe... maaf ya pak kalau iklannya tak laku... :) 20130609
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/06/cinta-sang-biawak-3-foto-oleh-alexey.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29