Cik Epal Buat Hidung


Memula aku nak ignore je. Tapi makin melarat pulak isu hidung Cik Epal (CE) ni. Sampai kat posting aku throwback kenangan pernah join event ada CE pun terpalit isu hidung dia. Korang dah kenapa weh? Syok eh tambah dosa yang bertimbun dah tu?
Aku ni bukan la nak backup CE. Bukan diehardfans (walaepal bak kata netijen) dia juga. Aku just adore dia sebab pernah jumpa secara face to face siap berpeluk lagi dan memang dia tak sombong pun tau. Dah la cantik semulajadi. Masa aku jumpa dia tu memang dia mekap light je. Aku memang suka tengok orang cantik even aku ni normal, lurus tak belok-belok

Posting Tentang Cik Epal Di Threads
Oh. Sebelum tu, ni link entri 11 tahun lalu yang aku pernah face to face dengan CE : Sesi Bersama Cik Epal. Kami berjumpa dalam Event Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti anjuran Fair&Lovely. Best sangat event ni. Event blogger pertama yang aku join. Kenangan indah walaupun sampai sekarang dah 15 tahun jadi blogger tak naik taraf jadi blogger selebriti pun. Hahahaha


Ni la posting aku tu. Aku cuma mention dia cantik dan friendly. 


Masa kes tengah hangat hari tu, aku ada la tumpang ombak post gambar kami berdua. Sekadar nak throwback. Tak sentuh langsung pun pasal kes dia. Sebab aku tak koser nak masuk campur hal peribadi orang lain. Sekadar ambil tahu sikit-sikit. Itu pun bila dah kecoh yang bermula dari ex dia sendiri. 
Aku follow CE ni lama amat dah tau. Waktu zaman blog tengah in. Dari tahun 2009. Lepas tu aku friend juga dengan dia di FB dan follow di IG. Memang takde langsung hint dari dia tentang masalah rumahtangga yang dia hadap. Biasa je posting dia pasal kehidupan seharian dia

Kekecohan tu bermula totally dari ex dia dan dipanjangkan netijen yang follow ex dia. Aku memang tak follow ex dia pun. Follow CE je. Bila dah kecoh tu, memang terkejut gila la. 'Awat takda apa-apa 'bunyi' pun dari CE?' Haaa..gittew hati aku berkata-kata masa memula kekecohan tu viral. Siap pi skodeng IG dia sebab dah lama tak buka IG. Still tak jumpa apa-apa sampai la ex dia buat tindakan yang melampau batas kesabaran baru dia stand up


Betul Ke Cik Epal Buat Hidung?
Bila kes semakin hangat sebab CE dah tak berdiam diri lagi, ramai la haters CE mula menyerang dia. Lawak pun ada rasa. Dia tak kacau orang pun, tapi netijen bitter teruk eh? Sampai penampilan dia pun dorang sakit hati nak kondem itu ini. Pasal hidung tu paling lawak sekali. Tepuk dahi aku baca. 

Ni komen yang aku dapat pagi tadi kat posting Threads aku yang dah berbulan tu. Gigih ye dia komen pasal hidung CE. Sabor je la.

Aku tahu maksud orang yang duk kecam kata CE buat hidung tu nak tuduh dia ubah ciptaan Allah dengan buat pembedahan plastik atau cucuk filler. Kenapa la nak fitnah dia buat hidung dengan cara tu? Yakin pulak tu tuduh dia cenggitu. Mana korang tau dia pi bedah hidung atau letak filler bagi mancung? Tak baik tau bersangka-sangka buruk macam tu. Fitnah namanya. Berdosa tau

Tapi itulah. Sebabkan isu hidung CE, terus aku dapat ilham nak tulis artikel ni dengan izin Allah. Nak bagi tazkirah kat yang suka menfitnah tu sekali kongsi ilmu juga. Terima kasih la naaa sebab bagi otak aku rajin bekerja untuk menulis

Tips Hidung Pesek Jadi Mancung
Korang tahu tak, sebenarnya ada banyak cara nak bagi hidung yang tak berapa nak mancung tu transform jadi tajam tirus. Tak semestinya kena pi buat pembedahan plastik atau cucuk filler

Buat pengetahuan korang, tulang kat hidung kita ni lembut je tau. Yang kat bahagian hujung tu. Bahagian tu ada tulang rawan yang fleksibel. Cuba la rasa sendiri dengan jari tu. Kalau tak percaya, tengok gambar tengkorak. Haaa, tu bukti paling kukuh yang tulang hidung kita bahagian hujung ni lembut. Yang keras pun kat bahagian atas hidung dekat dengan mata tu

Sebabkan bahagian situ lembut, ada kemungkinan struktur hidung boleh berubah juga secara semulajadi. Ye ke boleh? Ye sayang. Tapi ada la cara dia yang kita kena buat

Meh aku kongsi dengan korang macam mana caranya nak hidung pesek transform jadi mancung

1. Teknik shading dan contour sewaktu mekapSemua tahu, dengan kuasa mekap wajah seseorang boleh berubah jadi lebih cantik. Yang pipi tembam boleh nampak pipi kurus. Yang banyak noda boleh jadi flawless. Semuanya dengan teknik mekap

Hidung pun macam tu jugak la. Yang pesek pun boleh transform jadi mancung. Masa mekap tu guna je teknik shading dan contour. Confirm hidung nampak mancung tak beragak. Tapi masa wajah bermekap je la nampak mancungnya. Buang mekap nampak pesek balik la hidung tu. Hihi


Teknik mekap dan filter pun boleh buat wajah kita nampak lain.


Betul. Teknik mekap memang boleh buat hidung nampak tirus. Ni komen kat posting aku tu jugak.


2. Pakai alat mancungkan hidung (Nose Lifter) sebelum mekapKalau korang suka tengok video teknik mekap, mesti tahu pasal satu alat ni. Orang kita jarang guna. Tapi kalau video mekap dari negara luar, dorang selalu guna untuk bagi effect hidung mancung nampak real bukan guna teknik shading dan contour. Tak percaya try tengok make up tutorial dari Thai

Alatnya yang macam kat bawah ni. Boleh beli kat kedai oren : Alat Mancungkan Hidung
Ada 3 jenis klip ikut keluasan lubang hidung. Hahaha.

Ni cara pakai klip mancungkan hidung ikut lubang hidung.


3. Konsisten pakai alat mancungkan hidung (Nose Up Clip)Lagi satu alat yang boleh mancungkan hidung ialah Nose Up Clip. Korang cepit la hidung tu guna alat ni konsisten setiap hari. 10-15 minit setiap pagi, petang dan malam. Kena rajin tau. Haaa..nanti lama-lama hidung kat hujung tu jadi tirus. Baru la nampak mancung semulajadi

Alat ni kat Watson atau Guardian pun ada jual. Kalau malas nak pergi sana, kedai oren pun ado. Nah gi beli :
Nose Up Clip plastik & getah.


Nose Up Clip yang ni macam mesra hidung sikit.

Tak pun kalau kendekut sangat nak membeli nose up clip, cepit je dengan penyepit baju. Kepit hidung tau. Bukan letak kat atas hidung macam dalam gambar AI aku generate ni. Hahaha. Risiko tanggung sendiri.

4. Rajin buat urutan di hidungCara paling jimat dan confirm secara alami ialah buat urutan kat hidung. Duduk sesaja tu korang picit-picit je hidung tu dari pangkal ke hujung. Tang hujung hidung tu tarik-tarik sikit. Buat je secara konsisten. Lama-lama nanti akan mancung la hidung tu. Hilang hujung hidung yang bulat tu ha. Terus tajam boleh sodok orang. Hahaha

Kalau malas guna jari, boleh urut dengan alat khas dia macam kat bawah ni. 
Feeling pulak tengok dia ni guna Pengurut hidung mancung

Berdosa Tak Mancungkan Hidung?
Kalau pi buat pembedahan plastik sebab sesaja nak nampak cantik hidung terletak dan mancung, ya memang BERDOSA. Sengaja ubah ciptaan Allah secara kekal tanpa sebab, itu haram ya

Tapi andai ada sebab munasabah contohnya ada masalah kesihatan melibatkan hidung (resdung teruk) atau alami kecederaan akibat kemalangan dan terpaksa buat pembedahan di hidung, insyaAllah yang tu takde masalah. Dibolehkan dan tak berdosa. Ada alasan yang kukuh atas faktor kesihatan. Kalau nak tahu, bila ada buat pembedahan di hidung sebab masalah kesihatan, struktur hidung memang akan berubah dan jadi terletak elok serta mancung

Mancungkan hidung menggunakan teknik mekap berdosa ke tidak? 
Bagi bukan muslim takde masalah. Yang Islam tu faham kot maksud tabaruj, kan? So, nak mekap pakai teknik apa pun dan ditunjuk pada khalayak ramai, tanggung la sendiri dosa bertabaruj. Itu dosa individu. Nak kata perbuatan mekap tu haram, agama kita tak melarang pun nak bercantik-cantik. Cuma ada syaratnya. Boleh je nak mekap buat shading bagi hidung mancung bagai. Tapi..mekap dan bercantik-cantik la HANYA untuk tatapan suami, anak-anak dan keluarga sahaja. Ambik gambar pun simpan untuk tatapan sendiri

Kalau guna alat-alat atau urutan untuk mancungkan hidung macam mana pulak? Dosa tak? Tidak, sebab tak ubah secara kekal struktur hidung. Alat-alat dan urutan tu cuma bagi kesan sementara saja. Kalau berhenti guna dan tak buat urutan lagi, hidung kita tak kekal mancung pun. 
Hidung Kita Ciptaan Allah Yang Unik
Ketahuilah yang Allah memang cipta hidung kita ni ada keunikannya iaitu tulang hidung kita lembut dan fleksibel. Disebabkan oleh tu, possibility struktur hidung untuk berubah-ubah secara semulajadi memang boleh berlaku. 
Perasan tak? Kalau badan kita terlebih isipadu, wajah kita mengembang dan hidung nampak pesek. Bila dah kurus, muka jadi runcing dan hidung nampak kecil tirus. Bila dah tua, tetiba hidung jadi jatuh senget pulak dan tak terletak elok padahal masa muda kemain mancung lagi

Ya. Itulah bukti kebesaran Allah yang mencipta setiap inci tubuh kita ni. Tak perlu ubah apa-apa secara kekal yang memang haram dan berdosa. Hidung tu memang akan berubah secara semulajadi seiring perubahan fizikal kita. Tapi itulah eh, memang kena eh hidung mancung? Kalau pesek tak boleh nak bernafas ke? 😌
 Ni komen di post aku tu juga. Siap crop gambar aku nak bandingkan CE yang 11 tahun dulu dengan CE yang sekarang. See.. Dia memang cantik pun weh. Ciptaan Allah yang elok sangat.

Korang kalau teringin nak hidung mancung jugak walaupun effect sementara, buat je la urutan atau pakai alat bagi hidung mancung tu ha. Boleh la feeling hidung tajam macam orang Arobbb. Begituhhh. 
Sudah-sudah la tu buat spekulasi dengan menuduh CE buat hidung juga ye. Fitnah tu dosa besaq tau! Pi jadi rajin jaga kecantikan macam dia. Korang bukan tau yang dia punya gigih duk urut-urut hidung tetiap hari bagi ada effect mancung, tetiba korang pi tuduh dia buat pembedahan/cucuk filler. Tak baik tau suudzon


Bisik-bisik :: Betul la ye kalau dah tak suka tu, semua benda nak dijadikan isu. Sampai hidung pun kena kondem. Hahahaha. Lawak tau korang ni!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2024/11/cik-epal-buat-hidung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

Cik Epal Dapat Hak Penjagaan Penuh Mengalah Demi Anak Anak Asalkan Anak Gembira Punya Ayah

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 124 hits
Pempengaruh media sosial Cik Epal mendapat hak penuh penjagaan ke atas dua anaknya Han dan Yuki di dalam jagaannya Menerusi Instagramnya Cik Epal berkongsi mengenal hal itu kepada pengikutnya di Instagram malah bersedia mengutamakan anak an...
Hiburan Cik Epal Excited Lagu Baru Hampir Siap Nak Caras Kedudukan Aliff Syukri Sebagai Penyanyi No 1 Malaysia

Hiburan Cik Epal Excited Lagu Baru Hampir Siap Nak Caras Kedudukan Aliff Syukri Sebagai Penyanyi No 1 Malaysia

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 236 hits
Baru baru ini usahawan dan pempengaruh Cik Epal berkongsikan di bahawa lagu barunya sudah siap dan kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk ke studio bagi membuat rakaman Dalam pada itu Cik Epal turut berseloroh bahawa dirinya akan menca...
Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 142 hits
Hampir semua orang ingin mendapatkan kemenangan saat berperang Lalu kembali kepada keluarganya dengan membawa ghanimah dan tawanan Namun tidak demikian dengan Abdullah bin Jahsy Sahabat Nabi ini justru ingin syahid dalam kondisi hidung dan ...
Kek Pisang Emas Cik Ani

Kek Pisang Emas Cik Ani

papar berkaitan - pada 3/11/2024 - jumlah : 153 hits
Bahan bahan 2 cawan tepung gandum 2 sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil baking powder 3 biji telur gred B 1 cawan gula 1 cawan minyak Secubit garam 10 biji pisang emas 5 biji pisang berangan 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil perisa ...
Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 167 hits
Untuk berjaya dalam dunia perniagaan pemahaman mendalam tentang bidang tersebut adalah penting Selain daripada pengalaman bertahun tahun meneruskan pendidikan juga boleh memberikan kelebihan besar dalam jangka masa panjang dan itulah yang s...
Disaran Pergi Memancing Tenggiri Dengan Ayoh Cik Bakal Pm Pn Ditempelak Isu Bonus

Disaran Pergi Memancing Tenggiri Dengan Ayoh Cik Bakal Pm Pn Ditempelak Isu Bonus

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 85 hits
HarapandailyNovember 21 2024Calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional terus ditempelak termasuk disaran memancing tenggiri dengan Ayoh Cik susulan isu bonus penjawat awam di Terengganu yang hanya akan diterima setelah diluluskan Kemente...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025