Chilindo My Point Of View
Chilindo : My point of view. 7 November hari tu aku mula belajo pasal benda ni kat asrama BTPN masa dok lepak-lepak nunggu slot malam. Hmmm. Boleh tahan jugak. Malam tu jugak aku dapat satu spek dengan harga 70 sen. Malam tu jugak aku belajo sikit pasal autobid. Masuk dan letak beberapa autobid. Esok paginya nengok 30 barang aku dapat. Boleh tahan jugak. Lepas bayar dia terus pecahkan ikut item. Ingatkan semua masuk satu kotak jugak. Rupanya dia pecah ikut barang ada tak ada. Tak kisah la. Yang mana kita tak nak kita leh delete dulu. Dia akan masuk saved item. Kelebihannya. Masa berfikir untuk kita samada nak amik atau tak. Keduanya. Ringan sikit pembayaran, sebab bila kita nak semula kita leh masukkan semula ke cart kita dengan harga yang sama tu. Cuma. Bila dah masuk saved item, ikut suka dia la nak bagi ke tidak. Barang aku satu hilang lepas aku biar dalam dua hari. Takpe la. Sapa suruh lambatkan payment kan.
13 November, barang pertama aku sampai. Kecik aje kotaknya sebab isinya satu barang aje. Kita tunggu lagi 4 kotak sampai ya. Lepas tu hari demi hari datang sekotak demi sekotak lagi. Ye ye aku ingat dia kan datang sekotak beso. Rupanya suka ati dia aje. Barang ada, jalan. Ada beberapa kotak lagi bakal datang. Semuanya dapat disemak dengan baik menerusi apps dia. Kiranya bagi aku OK la chilindo ni. Cukup la kot dua kali membeli belah kat sini. sesaja nak ngetest ja. Barang so far ok. Satu pilihan tambahan beli belah online yang baik. Cuma. Kena pandai bidding. Dah penuh pulak barang kat opis aku ni walau aku terima barang kat rumah. Kakaka. Memang aku beli untuk tempat kerja pun.
mana yang dibuang terus masuk saved items. maknanya ada masa pikir lagi
ni yang dah dapat bid
yang dah beli dan dalam proses penghantaran
ni nak try tapi sampai ke la tak dapat
13 nov. bungkusan pertama sampai. ada 4 lagi bungkusan pecah pecah ikut item
16 nov, datang seken
antara yang paling banyak
17 nov ada lagi
hari ni semua yang berkaitan aku bawak ke opis
ada 3 lagi ya. juga untuk opis
---
#terbaeekkk #kipidap #mknaceunlimited #mknace #blogger #photography #photoblog #SJCAM #SJ4000 #J3 #Samsung #GalaxyCamera #altek #cubic #love #followme #beautiful #blogoftheday #fun #like #life #colorful #photooftheday #MyExperience #mknaceunlimited, #mknace, #blogger, #photography, #photoblog, #MyExperience,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mknaceunlimited.blogspot.com/2018/11/chilindo-my-point-of-view.html