Chess Tart Cream Pup Comel
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ke udara maya lagi malam ini, semoga semua pembaca maya dan yang selalu klik blog Pesona Etuza semuanya sihat, tenang dan damai meneruskan kehidupan.
Chess Tart & Creem Pup Comel
Paparan kali ini adalah tentang Chess Tart yang comel dan Cream Pup. Sebaik berkahwin anak lelaki Etuza yang ke 5, sangat rajin belajar membuat kuih muih dengan cara yang betul, sukatan yang betul termasuk juga kepanasan pada oven pembakar rotidipelajari. Dia belajar menerusi isterinya yang memang ada kemahiran membuat kuih muih dan juga menerusi Tik Tok dan vedio.
Belajar Dan Tidak Putus Asa
Dia aplikasi dan memperbaiki rupa bentuk kuih yang dibuat tanpa putus asa. Akhirnya tanpa di duga ada adik beradik Etuza mengetahui kuih yang terlihat seperti biskut adalah dari hasil air tangan anak Etuza. Bermula lah mereka suami isteri mempormosikan kuih yang comel ini kepada staff IPDAS dan kepada kawan-kawan mereka serta di kampung-kampung melalui group whatssup. Inilah hasilnya apabila mereka tidak putus asa belajar dan menyediakan kuih yang disukai ramai dan kelihatan ada kuliti dan daya tarikan untuk dijual. Etuza melihat mereka gigih belajar dan masa itu bulan November 2024 ketika mana baru bernikah.
Mereka merancang untuk cari tambahan kewangan, anak lelaki Etuza masa itu bekerja sebagai guru ganti di sebuah sekolah di daerah Keningau. Kini anak Etuza sedang tunggu penempatan sebagai guru Pendidikan Agama Islam, baru sahaja selesai menjalani Latihan Mengajar. Baiklah mari kita lihat gambar-gambar Chess Tart dan Cream Pup hasil masakan anak lelaki Etuza.
Hantar oder di sekolah tempat Etuza bertugas
Chess Tart disusun rapi mengikut corak.
Ini Cream Pup yang lembut rasanya sedap hingga menjilat jari.
2 kotak Chess Tart yang comel-comel
Dihidangkan untuk tetamu semasa kenduridoa selamat di rumah Etuza
Siap paking oder di Hospital Keningau
Pengumuman : Blog Pesona Etuza sedang memasukkan link ke Bloglist hasil penacarian blog yang aktif 2025. Sila klik pada perkataan Tunjukkan Semua pada item bloglist tersebut agar dapat melihat blog yang sudah tersenarai. Kepada yang tersenarai diucapkan tahniah. Berminat klik SINI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2025/07/chess-tart-creem-pup-comel.html