Check Kwsp Guna Nombor Ic
CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP)
Berdasarkan situasi sekarang,ramai ahli KWSP yang ingin mengeluaran duit EPF(KWSP) akaun 1 melalui i-SINAR dan akaun 2 melalui i-Lestari.
Antara masalah yang timbul adalah terlupa nombor ahli KWSP,bagaimanakah cara CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC?
Berikut adalah cara nak check KWSP guna nombor IC:
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP MELALUI EPF CMC
1.Sila hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) di talian 03-89226000.
2.Sila maklumkan masalah anda berkaitan “terlupa nombor ahli KWSP”
3.Anda perlu menjawab beberapa soalan untuk proses verifikasi
4.Jika anda berjaya menjawab dengan betul,pihak EPF CMC akan memberikan nombor KWSP anda
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP DI KAUNTER EPF
Sila ke kiosk KWSP yang berdekatan dengan anda untuk membuat semakan nombor ahli KWSP. Untuk mengetahui lebih lanjut,rujuk CARA GUNA KIOSK KWSP
SEMAKAN NOMBOR AHLI KWSP MELALUI i-AKAUN KWSP
Antara dokumen dan maklumat yang perlu dibawa adalah kad pengenalan dan maklumat tentang nombor ahli KWSP
Sila ke cawangan KWSP terdekat untuk tujuan pendaftaran i-Akaun.
Selepas pendaftaran, ahli akan diberi kata laluan sementara melalui SMS bagi tujuan pengaktifan i-Akaun.
Kemudian sila layari https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Masukan nombor ahli pada ruangan ID pengguna dan masukan kata laluan yang diterima melalui SMS dan Klik LOG MASUK
Anda akan diarah untuk menukar id pengguna kata laluan,imej online,frasa keselamatan yang baru.Sila ikuti proses ini sehingga selesai
Anda telah berjaya log masuk i-AKAUN KWSP dan boleh semak baki dan membuat urusan pengeluaran.
SOALAN LAZIM
Dimanakah tempat untuk daftar i-Akaun KWSP?
Di cawangan/kaunter KWSP
Bagaimanakah cara untuk dapatkan nombor ahli KWSP?
Rujuk artikel di atas
Dimanakah lokasi kiosk KWSP?
Rujuk DISINI
Bolehkah daftar i-Akaun melalui emel ?
Boleh,sila rujuk CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN i-AKAUN AHLI KWSP MELALUI E-MEL
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenari nombor ahli KWSP, boleh menghubungi talian bantuan seperti berikut:
Telefon: 03-8922 6000
Facebook KWSP: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Laman Portal Rasmi KWSP
The post CHECK KWSP GUNA NOMBOR IC(NOMBOR AHLI KWSP) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/check-kwsp-guna-nombor-icnombor-ahli-kwsp.html