Char Kuey Teow Pak Inche


 Assalamualaikum WBT
MASA beli belacan di Arked Tanjung Dawai tuari, Pak Inche beli sebotol sos perencah Char Kuey Teow jenama Otaku. Duluuuuuu.. pernahlah sekali beli sos ni, mungkin dua kali atau sekali. Kemudian, selalu je Pak Inche nak beli lagi tapi Sk kata, tak payah beli. Setakat Pak Inche sorang nak makan CKT, baiklah makan atau tapau di kedai. Sk tak minat sangat CKT terutama yang jenis berkuah ni. Jadi, kat Tanjung Dawai hari tu, dia tanya, nak beli tak? Belilahhh.. penat dah larang 🤭.


Semalam, balik dari ambil kereta dari Iman kat kolej, Pak Inche kata, nak singgah kedai, nak beli papadom makan dengan Nasi Baryani Wak Gondan. Beli papadom aje pun katanya, tapi tak sampai-sampai ke rumah. Bila Pak Inche masuk rumah, nahhh.. patutlah lambat, dia beli udang, kerang, taugeh, kucai dan kuey teow. Hurmm.. dah dibeli kuey teownya memang tak boleh tangguhlah masak. Kuey teow kalau dah masuk peti sejuk terus keras dan boleh dipatah-patah, tak sedap. Yang kelakar, rupanya ada papadom sebungkus belum buka dalam laci kabinet 😆.

Pukul 9 baru masak sebab belum lapar sangat. Makan baryani tu pun dah petang, memang lambat la laparnya. Walaupun Pak Inche kata nak masak, bagi mengelakkan dapur berselerak, Sk la tukang siapkan bahan-bahannya. Pak Inche tinggal masak aje 🤗

Bila Pak Inche mula memasak, memang rasa kembang jer kepala menahan darah naik 🤣. Dengan pasang api besar-besar, dia kata kat kedai dorang buka api besar-besar. Dahlah tak ikut arahan pada label sos. Ditambahnya garam la, sos ikan la, tak perasan pulak kalau dia tambah gula 🤭. Lepas tu nak goreng sepinggan-sepinggan jugak macam kat kedai, hihi


Super duper special ni, ada tiga ekor udang saiz XXL dan kerang setengah mangkuk. Kuey teow selambak, yang ni untuk Sk. Lepas tu baru goreng hat dia pulak. Sk tak makan dulu la, tunggu Pak Inche punya siap, habis serap semua kuah. Makan dengan cili padi hijau barulah kick tapi yang afdhal makan dengan cili jeruk. Pak Inche tak habis makan, banyak sangat dan penat masak, dia kata. Haaaa.. baru tau ke memasak tu penat? Orang dah kata, makan kat kedai jer CKT ni, tak payah susah-payah masak kat rumah setakat nak makan sepinggan. Sk berjaya habiskan laaa cuma udang tak habis, simpan la dalam peti ais. Esok-esok boleh campak dalam nasi goreng pulak 🤭

Boleh baca kisah Sk masak Char Kuey Teow DI SINI.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/char-kuey-teow-pak-inche.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuey Teow Goreng

Kuey Teow Goreng

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 224 hits
Assalamualaikum WBTSEJAK tersebar berita kematian pelakon Korea Lee Sun kyun drama bersiri My Mister mula diviralkan Ia bukanlah drama baharu tapi telah ditayangkan pada tahun 2018 Selain dari My Mister banyak lagi drama lakonan mendiang ya...
Resepi Kuey Teow Sup Ala2 Kopitiam

Resepi Kuey Teow Sup Ala2 Kopitiam

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 438 hits
Bahan bahannya 2 Labu Bawang Putih 1 Cawan Minyak Masak 3 ketul Dada Ayam 2 Kuib Pati Ayam Kek Ikan Bebola Ikan Minyak Bijan Air utk merebus Garam Kuey Teow Sawi Pak Choy Cili Padi Kicap Manis Masin Cara caranya 1 Panaskan Minyak goreng baw...
Wapres Pose Tiga Jari Saat Ultah Pdip Jk Mau 1 2 3 Terserah Pak Ma Ruf Lah

Wapres Pose Tiga Jari Saat Ultah Pdip Jk Mau 1 2 3 Terserah Pak Ma Ruf Lah

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 289 hits
JK juga tak ingin banyak berkomentar terkait Ma ruf Amin yang berpose tiga jari
Pak Mat Western Dikriti Adakah Ianya Original Atau Satu Lagi Kontent Dari Pak Mat

Pak Mat Western Dikriti Adakah Ianya Original Atau Satu Lagi Kontent Dari Pak Mat

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 411 hits
adalah sebuah jenama perniagaan yang menjual kambing perap dan bebola daging yang sangat popular di Malaysia Perniagaan ini dimiliki oleh adik beradik yang mendapat inspirasi daripada bapa mereka Pak Mat yang merupakan tukang gunting rambut...
Video Muncul Lagi Ucapan Prabowo Gregetan Di Debat Pak Anies Pak Anies

Video Muncul Lagi Ucapan Prabowo Gregetan Di Debat Pak Anies Pak Anies

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 311 hits
Anies meminta Prabowo untuk lebih mengutamakan kebutuhan masa depan dibandingkan beli alutsista
Anies Datang Warga Kampung Bayam Langsung Tagih Janji Hunian Usai Digusur Pak Nasib Kami Gimana

Anies Datang Warga Kampung Bayam Langsung Tagih Janji Hunian Usai Digusur Pak Nasib Kami Gimana

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 205 hits
Anies juga memeluk sambil menenangkan salah satu warga yang menangis mengeluhkan nasib mereka
Lelaki Mengaku Sungai Dibuat Bapanya Siap Larang Pak Cik Memancing

Lelaki Mengaku Sungai Dibuat Bapanya Siap Larang Pak Cik Memancing

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 212 hits
Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengaku sungai dibuat bapanya sehingga melarang pak cik melakukan aktiviti memancing Menerusi satu perkongsian di TikTok Riezan memuat naik video memperlihatkan pak cik itu sedang memancing di at...
Video Jokowi Jawab Tegas Isu 15 Menteri Termasuk Sri Mulyani Pak Bas Mau Mundur

Video Jokowi Jawab Tegas Isu 15 Menteri Termasuk Sri Mulyani Pak Bas Mau Mundur

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 191 hits
Presiden Joko Widodo membantah isu 15 menteri di Kabinet Indonesia Maju termasuk Menteri Keuangan Sri Mulyani mau mundur
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif