Cermin Mata Untuk Rabun Silau
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cermin mata untuk rabun silau | Zaman sekarang ramai orang mengalami rabun silau. Rabun silau ni paling senang dan dihadapi oleh ramai orang
Punca rabun silauSebab apa boleh rabun silau
Sebabnya mata kita sekarang banyak terdedah dengan cahaya
Mata kita banyak mengadap skrin telefon atau skrin komputer dalam tempoh yang lama
Bila mata banyak sangat terdedah dengan cahaya itu yang boleh jadikan kita silau dan mata jadi sensitif dengan cahaya
MF sendiri pun rabun silau juga. Sebab zaman Blogging muda-muda dulu… MF mampu mengadap skrin komputer lama-lama. 5 6 jam menulis blog takde hal lah… Sekarang usia dah hampir 40 ni…Mengadap 30 minit dah rasa sakit kepala… sakit mata…Anak mata rasa macam nak terjojol
Letih mata dibuatnya
Tapi kerja macam MF ni memang banyak mengadap skrin komputer juga
Cikgu zaman melinnium. … Semua benda online Aje. Tak mengadap phone.. mengadap laptop. Mau nya tak rabun kan. Ramai juga dah kawan-kawan MF mula pakai cermin mata
Cari cermin mata onlineDisebabkan tu lah MF mula buat survey online… cari cermin mata online… yang boleh atasi rabun silau MF ni… Nak tak nak kena juga lah pakai terutama berkerja atau masa memandu
Cari punya cari MF jumpa website ni, nama website dia Mouqy Eyewear… macam best.
Dok survey lah kan… ada tak cermin mata untuk rabun silau macam MF ni… Uikk… ada lah… kat sini ada juga cermin mata dengan teknologi yang terkini… Cermin mata untuk lelaki dan wanitaBagus betul website jual cermin mata ni…dia suggest kan terus cermin mata yang sesuai ikut jantina… senang nak pilih
Bahkan boleh cuba juga tengok bingkai cermin mata tu sesuai ke tak untuk muka kita
Ada banyak pilihan dan jenis serta warna bingkai cermin mata dan juga ada panduan pemilihan saiz cermin mata. Jadi, memang senang nak beli... Insha Allah tak kan tersilap
Cara beli cermin mata onlineBuat pertama kalinya, MF jumpa website yang boleh beli cermin mata online. Dan MF rasa, website ni sangatlah membantu dan mempunyai ciri-ciri kedai cermin mata online yang lengkap
Boleh ikut langkah-langkah ni untuk beli cermin mata online:Pilih jenis bingkaiKemudian, pilih saiz berdasarkan paparan saiz yang diberikan. Setiap bingkai ada saiz nya yang tersendiri. Jadi, ukur dan tengok padanan yang sesuai.Pilih warna bingkai jika bingkai yang dipilih mempunyai lebih dari satu warna.Pilih jenis kanta. Ada dua jenis kanta untuk kedai cermin mata online ni... 1 Kanta jenis jelas dan 1 lagi kanta jenis anti blue light. Macam MF yang memang kerjanya banyak mengadap gadjet dan laptop MF pilih kanta jenis blue light lah... Dan boleh juga tambah coating untuk lebih tahan lasak dan anti calar.Dah siap pilih, bolehlah add to cart dan buat pembayaran seperti biasa.Tunggu je spek mata kita beli tu sampai ke rumah.Senang je kan...
Jenis kanta cermin mata
MF nak kongsikan juga jenis kanta cermin mata mengikut teknologi yang terkini. Zaman sekarang dah banyak jenis kanta cermin mata yang ada... Makin canggih juga dan sesuai dengan keperluan masa kini
Mata kita sekarang banyak terdedah dengan cahaya, itu menyebabkan rabun dan juga silau pada mata
Jadi, walaupun tak rabun, tapi pasti mudah silau juga kan
Orang yang silau ni, susah nak memandu terutama waktu malam. Matanya sakit dan boleh jadi blind pada waktu malam
Jadi, kena pilih kanta yang sesuai
Kat website ni ada dinyatakan jenis kanta cermin mata yang mereka ada
Antaranya, MF cuba kongsikanlah sikit kat korang, Orang yang berbeza mempunyai keperluan visual yang sama sekali berbeza. Ada yang memerlukan bantuan untuk melihat objek berdekatan, ada yang memerlukan bantuan melihat jauh, dan banyak yang jatuh di antaranya
Berikut adalah beberapa kanta paling biasa di pasaran yang memenuhi keperluan tersebut:1. Kanta penglihatan tunggalKanta penglihatan tunggal ialah jenis kanta preskripsi yang paling biasa. Kanta dalam cermin mata ini hanya mempunyai satu pembetulan preskripsi optik. Ia biasanya digunakan untuk cermin mata jarak atau membaca. Dalam erti kata lain, ia biasanya digunakan untuk membetulkan rabun dekat (miopia) atau rabun jauh (hiperopia)
2. Kanta jarak penglihatan tunggalKanta jarak penglihatan tunggal menyediakan pembetulan penglihatan yang betul untuk orang yang sama ada rabun dekat atau rabun jauh. 'Penglihatan tunggal' merujuk kepada fakta bahawa kanta hanya menyediakan satu jarak fokus
Contohnya, jika tidak dapat menonton TV dengan jelas dari seberang bilik, tapi jika diberi sepasang cermin mata dengan preskripsi jarak penglihatan tunggal, korang dapat melihat skrin dengan jelas
3. Kanta bacaan penglihatan tunggalKanta membaca direka untuk membantu melihat sesuatu pada jarak yang dekat. Secara amnya, banyak preskripsi bacaan adalah untuk orang yang mempunyai preskripsi (+), namun orang rabun dekat juga boleh memerlukan cermin mata membaca apabila melakukan tugas yang memerlukan tumpuan dekat
4. Kanta astigmatismeKanta penglihatan tunggal biasanya ditetapkan untuk membetulkan astigmatisme juga. Penghidap astigmatisme biasanya mengalami masalah biasan di mana cahaya tidak dapat difokuskan secara sama rata pada retina, yang mengakibatkan penglihatan kabur apabila melihat pada jarak atau dekat
Cara jaga kesihatan mataMF kongsikan juga petua dan cara untuk jaga kesihatan mata untuk elak daripada rabun dan kerosakan mata
1. Makan nutrien yang betul2. Bersenam dengan kerap3. Berhenti merokok4. Pakai cermin mata hitam dan alat pelindung5. Pilih kanta cahaya biru6. Ambil rehat skrin biasa7. Jadualkan pemeriksaan mata secara berkala
Jadi, penjagaan mata ni penting untuk elak rabun dan rabun silau. Petua untuk menjaga kanta cermin mataKanta cermin mata perlu dijaga supaya tidak mudah calar, rosak atau pecah. Jadi, MF kongsikan juga cara jaga kanta cermin mata untuk lebih tahan lama
Sentiasa simpan cermin mata di tempat yang bersih dan kering seperti bekas cermin mata dengan cangkang keras.Jangan letakkan cermin mata yang tidak dilindungi dalam beg tangan, poket atau beg.Elakkan mengelap kanta cermin mata dengan tisu atau tuala kertas, kerana ini boleh mempunyai permukaan kasar yang boleh mencalarkan kanta cermin mata.Gunakan kain yang tidak berbulu, seperti kain mikrofiber, dilembapkan dengan air atau larutan pembersih untuk membersihkan kanta cermin mata. Mata adalah satu pancaindera daripada Tuhan. Jagalah mata dengan sebaiknya bagi yang belum rabun tu. Inilah antara yang MF boleh kongsikan. Tapi yang pasti memang best lah masuk website tu... Semuanya kau nak try tu Virtual try-on ... Haha… Ada virtual yang kita boleh try semua spek mata yang ada.... Memang syok layan... Dan mudah lah kita nak beli cermin mata untuk rabun silau walaupun secara online.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2022/07/cermin-mata-untuk-rabun-silau.html