Cerita Hari Pertama Puasa 2021


Cerita Hari Pertama Puasa 2021

Alhamdulillah bertemu lagi bulan Ramadan bulan mulia pada tahun ini. Bersyukur masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menyambut Ramadan bersama keluarga. Tahun ke 36 mengenal erti puasa.

Syukur hari pertama puasa tiada drama yang teruk dari anak bujang. Tahun ni dia berumur 10 tahun jadi expectation aku agak tinggi supaya dia tak minta berbuka puasa. Almaklumlah cuaca yang sekejap terik sekejap hujan agak mencabar bagi anak-anak yang baru mula serius nak berpuasa.

Sesi persekolahan diteruskan macam biasa. Gembira sebab walaupun Ikhwan bangun sahur dan kemudian kena bersiap ke sekolah, dia nampaknya okey je. Cukup rehat dan tenaga. Berbanding tahun sebelumnya yang agak sukar nak kejut ke sekolah.




Menu Sahur Dan Berbuka Hari Pertama

Sehari sebelum puasa aku ada beli sambal tempoyak petai jadi sahur pertama tu aku masak Tempoyak Petai Ikan Patin. Kebetulan ada ikan Pantin adik aku belikan masa dia balik kampung bulan lepas.

Balik kampung atas urusan kerja jadi dah alang-alang tu aku kirim Ikan Patin Sangkar Temerloh. Kami hanya boleh telan Ikan Patin Temerloh.

Pernah beli Ikan Patin Sangkar katanya dari Perak di Pasar Tani Taman Melawati, malangnya berbau tanah. Nasib beli sekor je. memang tak boleh telan langsung.

Menu berbuka hari pertama pula aku sediakan Ayam Masak Merah Kenduri macam aku plan sebelum ni, Nasi Minyak versi aku dan ikan Bawal goreng untuk budak kecik dekat rumah.

Sahur hari kedua pula, aku panaskan Ayam Masak Merah dan aku goreng telur dadar. Menu sahur kami memang tak berat sangat. Semua tiada selera nak makan banyak.






Diserang Anjing Liar Di hadapan Rumah

Aku terima berita sedih dari kawan sekampung yang anak ketiga dia lingkungan usia 5 tahun telah diserang dua ekor anjing liar ketika bermain di hadapan rumah pada pagi Ahad lepas.

Luluh hati bila dia maklumkan anak dia kini berada di ICU HKL.

Alhamdulillah sehingga saat ini, anak dia memberikan respon yang positif terhadap rawatan. Telah menjalani dua kali pembedahan disebabkan kecederaan yang dialami.

Terbaru kawan aku maklumkan yang doktor nak tunggu luka disaluran pernafasan bercantum secara semulajadi atau perlukan pembedahan ke tiga.

Kemungkinan besar luka besar bukan disebabkan gigitan anjing tetapi kesan dari jatuh terhentak. Sekarang anaknya, Muhammad Dayyan bin Mohamad Razif diberi ubat tidur dan bantuan oksigen untuk menghadkan pergerakkan dia supaya tak ganggu luka.

Mohon kawan-kawan doakan yang terbaik untuk adik Dayyan ya. Moga cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Puasa Semasa Pandemik

Tahun kedua puasa dan tak dapat balik berbuka bersama emak. Perasaan sedih tu tak tahu nak ungkap macamana. Beruntunglah anak-anak yang berada dekat dengan ibu bapa. Ada peluang boleh jenguk mak ayah.

Harapan nak sambut Raya tahun ini masih samar-samar. Di hari puasa ke tiga dah kedengaran berita tidak dibenarkan rentas negeri semasa Aidilfitri.

Kes bilangan Covid macam makin menaik je. Sejujurnya aku penat berharap. Doa tak tinggal, cuma itulah. Entah bila.

Untuk kau orang yang senasib dengan aku yang masih ada ibu bapa di kampung tetapi kita terhalang untuk bertemu jom kita panjatkan doa semoga tercapai hendaknya jumpa mak ayah.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoag kita dapat menggunakan setiap detik saat di bulan Ramadan sebanyak-banyaknya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/04/cerita-hari-pertama-puasa-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku 039 Puasa Pertama Ali 039 Laris Habis Dijual Dalam Tempoh Kurang 7 Hari

Buku 039 Puasa Pertama Ali 039 Laris Habis Dijual Dalam Tempoh Kurang 7 Hari

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 325 hits
SINGAPURA Mungkin tidak mudah dan agak mencabar bagi kanak kanak yang berpuasa buat pertama kalinya dalam bulan Ramadan Tidak boleh makan tidak boleh minum Pasti akan berasa letih dan lemah Namun apabila melihat orang dewasa di sekeliling m...
Menu Berbuka Puasa Pertama 13 April 2021

Menu Berbuka Puasa Pertama 13 April 2021

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 618 hits
Assalamualaikum Hi korang Menu berbuka puasa pertama SA semalam hehehe nampaknya bulan puasa ni banyak la update bab menu berbuka kan takpe SA cuba pelbagaikan entry ye nanti jadi blog masakan plak kan apapun pengalaman puasa SA semalam ya ...
Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

Syukur Anak Mama 6 5 Tahun Puasa Penuh Hari Ini Almy Nadia Kongsi Moment Hari Pertama Puasa

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 407 hits
Semalam merupakan hari pertama buat seluruh umat islam menunaikan ibadah berpuasa Ramai yang berkongsi di laman media sosial tentang perkembangan hari pertama berpuasa termasuklah selebriti selebriti terkenal tanah air Pelakon Almy Nadia tu...
5590 Hari Pertama Kerja Mangsa Tertekan Diugut Along Terjun Tasik Harian Metro 21 04 2021

5590 Hari Pertama Kerja Mangsa Tertekan Diugut Along Terjun Tasik Harian Metro 21 04 2021

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 421 hits
Kuala Lumpur Hari pertama bertugas sebagai kakitangan Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberikan pengalaman berharga buat Mohd Al Amin Zakaria Ini kerana dia berdepan detik cemas apabila pengadu kes along nekad te...
Fidyah Tidak Tahu Berapa Hari Puasa Ditinggalkan

Fidyah Tidak Tahu Berapa Hari Puasa Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 371 hits
FIDYAH TIDAK TAHU BERAPA HARI PUASA Ditinggalkan Bertangguh qada puasa menyebabkan kadangkala terlupa berapa dah ditinggal Bila dah berusia baru ada kesedaran Jadi macam mana ni Nak bayar fidyah macam mana Jangan risau ada penjelasannya SOA...
Buffet Ramadan 2021 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Me Nate Steak Hub

Buffet Ramadan 2021 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Me Nate Steak Hub

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 782 hits
Buffet Ramadan 2021 Menu Istimewa Berbuka Puasa Di Me nate Steak Hub Assalamualaikum semua Setelah setahun kita menempuh dugaan dengan pandemik yang melanda akhirnya tahun ini kita telah mula membiasakan diri untuk menjalani kehidupan denga...
Jadwal Imsakiyah Dan Buka Puasa 1442 H Tahun 2021

Jadwal Imsakiyah Dan Buka Puasa 1442 H Tahun 2021

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 767 hits
Marhaban Ya Ramadhan Hanya tinggal beberapa waktu lagi kita memasuki Ramadhan 1442 Hijriah Dan seperti biasanya jadwal imsakiyah dan buka puasa 1442 H tahun 2021 sudah bisa digunakan sebagai penunjuk waktu puasa dan berbuka sesuai dengan da...
Niat Puasa Ramadhan Dan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2021 1442h Malaysia

Niat Puasa Ramadhan Dan Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2021 1442h Malaysia

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 704 hits
Salam Jumaat Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan barakah bagi umat Islam Beberapa hari lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan Hukum puasa adalah WAJIB bagi yang cukup syarat menunaikan ibadah puasa Jangan mengelat Dulu zaman kanak kanak mul...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi