Ceria Selalu Perjuangan Tetap Diteruskan


 Hari ini (08 Julai 2024) ambo keluar kumpulan WhatsApp Skot Siri XXX. Kumpulan ini dianggotai pegawai Ambilan Siri XXX Kursus Pegawai Graduan Tentera Darat Malaysia Tahun 19XX. 
Sebahagian besar Skot Siri XXX masih dalam perkhidmatan dan ada yang sudah bersara, dan ada yang berhenti awal mengikut Tamat Tempoh Perkhidmatan (TTP) pertama tanpa menyambung perkhidmatan. Ambo salah seorang yang berhenti setelah TTP pertama, iaitu tujuh tahun. 
Skot yang masih berkhidmat kini semua berpangkat sama ada leftenan kolonel, kolonel dan brigedier jeneral. Tunggu yang akan naik pangkat ke mejer jeneral dalam masa terdekat ini, insya-Allah. Tahniah skot.
 
Kembali kepada mengapa ambo keluar kumpulan WhatsApp Skot Siri XXX, yang penting bukan kerana merajuk atau bergaduh. Tua-tua ini tidak elok merajuk. Macam budak-budak. Kalau kerana bergaduh, lagilah bodoh. Bodoh tahap gaban jika bergaduh.
 
Ia berpunca satu hantaran (dimajukan) skot tentang cabaran yang terpaksa dihadapi kepimpinan kerajaan Pusat sekarang bagaimana untuk menangani masalah rasuah dan beberapa isu lain. Tidak adapun komen memburuk-burukkan kerajaan Pusat.
 
Pada ambo hantaran itu memang baik untuk dijadikan renungan bersama. Bahkan patut dimajukan kepada kumpulan WhatsApp lain.
 
Tetapi, ada ahli kumpulan kata itu “isu politik” dan tidak elok dikirimkan ke dalam kumpulan untuk menjaga sensitiviti ahli. Itu pun ambo setuju juga. Tambahan pula sebahagian mereka masih dalam perkhidmatan.
 
Sebenarnya, kumpulan ini memang tidak pernah membincangkan tentang politik secara melulu. Kalau ada yang membuat hantaran, sama ada terus diberi “amaran’ atau tidak ada siapa yang peduli tentangnya. Jadi, hantaran itu akan terhenti setakat itu sahaja.
 
Hakikatnya, hantaran yang kononnya berbaur politik itu pun sebenarnya tidak layak untuk dikategori sebagai isu politik. Sekadar politik tepi gelanggang. Tidak sebut nama parti pun. Sekadar sipi-sipi dan yang tidak difahami maksudnya secara jelas.
 
Kembali kepada hantaran tadi, apabila ada yang memberi “amaran” ada pula ahli yang kata boleh bincang politik dalam kumpulan WhasApp. Kalau tidak bincang politik, nanti negara akan dipimpin oleh orang yang tidak selayaknya. Skot itu baharu sahaja menamatkan perkhidmatan. Mungkin baharu kenal politik di luar.
 
Bab kata boleh bincang politik dalam kumpulan WhatsApp itu ambo tidak kisahpun. Dalam kumpulan WhatsApp itu ambo sekadar menjadi pemerhati sahaja. Jarang sekali buat hantaran. Kalau ada hantaran dibuat, ia dalam bentuk pautan daripada blog.
 
Dengan kata lain, ambo tidak kisah tentang kandungan kiriman. Tetapi, ambo kisah jika kandungan itu ada tidak disukai oleh ahli lain. Hormatilah pegangan dan pandangan orang lain. Kumpulan WhatsApp itu mengeratkan hubungan, bukannya mewujudkan satu keadaan “tegang”.
 
Jangan fikir perkara “betul” mesti diterima oleh orang lain. Kiriman yang dikatakan betul itu boleh dikirimkan kepada orang atau kumpulan lain yang suka menerimanya. Jangan paksa orang terima apa yang kita suka, sedangkan perkara itu tidak disukai orang lain.
 
Untuk mengelak keadaan menjadi “panas” (sebenarnya tidak ada pun kerana tidak banyak yang menjawab -  mereka matang dan bijak menilai), ambo terpaksa buat satu “pengorbanan” keluar kumpulan WhatsApp tersebut.
 
Biar yang lain sedar agar tidak cuba buat main-main dengan perkara tersebut. Akan ada orang terasa (ambo tidak terasapun). Ambo ambil kisah perkara ini kerana pernah ada ahli lain keluar kumpulan WhatsApp kerana sedikit disentuh isu politik. Dan mungkin perkara sama akan berlaku atas dasar betul-betul tidak puas hati.
 
Sebelum tekan butang “keluar”, ambo buat kiriman ini: “Kalau hendak cakap tentang politik, carilah tempat lain. Boleh bincang 24 jam. Kalau hendak bincang politik di sini, ambo undur diri dahulu. Tuan-tuan boleh bincang sepuasnya.”
 
Sebenarnya ambo tidak ambil hati atau berasa marah jika ada orang mengatakan sesuatu yang buruk tentang parti dan kerajaan yang ambo sokong. Selama kira-kira 33 tahun menjadi ahli UMNO, macam-macam caci nista telah ambo terima dan lalui.
 
Kalau setakat dikata “bodoh” itu tidak dikira kudis di badan ambo. Tidak terjejas hati dan perasaan amboi untuk terus bersama UMNO. Kerana ayah ambo telah melalui pengalaman lagi teruk disebabkan menjadi ahli dan penyokong UMNO, seluruh ahli keluarga (anak-anak) telah dituduh kapir dan dipulau oleh masyarakat.
 
Ayah ambo seorang imam masjid Mukim Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan. Disebabkan menyokong dan menjadi ahli UMNO, dia dituduh kapir. Disebabkan kononnya berimamkan ayah ambo tidak sah, maka ada masjid (tempat sembahyang) dibina oleh parti lain.
 
Ada pasangan dinikahkan oleh ayah ambo mengadakan kembali akad nikah dengan kadi lain atau dilakukan sendiri oleh bapa atau wali pengantin perempuan. Pergi mengadap ayah ambo dan diadakan akad nikah sekadar untuk mendapatkan sijil nikah.
 
Kerana berlainan parti, ambo selalu dipandang rendah, Tidak ada masa hadapan dan tidak mungkin berjaya dalam pelajaran. Apabila ambo lulus Sijil Rendah Persekolahan (SRP) maka dikatakan itu nasib, sebab format peperiksaan diadakan secara objektif. Teka-teka pun boleh lulus. Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa ambo adalah pelajar terbaik SRP di sekolah pada tahun itu.
 
Apabila ambo lulus SPM (tidak cemerlang, tetapi layak ke universiti), dikatakan ambo sekadar nasib baik sahaja. Itupun masuk Universiti Pertanian Malaysia (UPM – sekarang Universiti Putra Malaysia). Sedangkan pada waktu itu, satu kampung hanya tiga orang berjaya mendaftar ke pusat pengajian tinggi, ambo terus diploma, seorang matrikulasi (asasi sains) dan seorang lagi persediaan ke luar negara (pelajar asrama penuh).
 
Apabila ambo gagal meneruskan pengajian tahun kedua (kerana deman panas sepajang minggu belajar dan sepanjang menduduki peperiksaan), maka banyak yang bertepuk tangan, mengatakan itulah yang sebenarnya – ambo dikatakan memang tidak layak ke universiti.
 
Buruk sungguh sikap bodoh penganut politik taasub. Sebenarnya bukan ayah dan ambo sahaja dihina. Mek (ibu) dihina kerana beranak banyak. Beranak banyak pun dianggap salah. Ambo ada 16 orang adik beradik seibu sebapa. Sebelas orang pertama lelaki dan lima orang terakhir perempuan.
 
Mek yang pernah dihina, diangkat menerima anugerah peringkat negeri Kelantan sebanyak dua kali sebagai ibu contoh atau ibu mithali. Sekali menjadi calon (tiga orang) akhir untuk anugerah ibu mithali peringkat kebangsaan.
 
Ini semua sebagai pengiktirafan kejayaan mek ambo mendidik anak sehingga kesemua 16 orang berjaya menjejak kaki ke universiti di dalam dan luar negara. Ambo sendiri selepas gagal di UPM berjaya menamatkan pengajian di UiTM, UUM dan OUM. Dan beberapa sijil ATM sepajang berkhidmat dengan tentera.
 
Selaps menamatkan perkhdmatan dalam tentera, ambo terus aktif dalam UMNO. Sekadar ahli biasa, tetapi sering diberikan tugas yang kadang-kadang luar biasa untuk ahli biasa. Ambo menjadi fasilitator dan penceramah untuk kursus-kursus kepimpinan UMNO, bukan sehaja di peringkat bahagian, negeri bahkan peringkat pusat.
 
Ambo pernah mendapat anugerah penceramah kenegaraan dan politik matang terbaik negeri kelantan yang diberikan oleh sebuah agensi kerajaan Pusat.
 
Dahulu pernah juga menjadi Pegawai Media Kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri.  Pernah diberikan tanggungjawab peringkat negeri dan bahagian serta DUN, sepanjang berjuang dalam UMNO.
 
Kini ambo menjadi salah seorang pembimbingan di peringkat pusat. Terlibat dalam pelbagai aktiviti latihan dan kursus kepada pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara apabila khidmat diperlukan.
 
Biarpun tanpa jawatan penting, ambo terus setia bersama UMNO, meneruskan perjuangan ayah. Kalau ayah sanggup berdepan dengan pelbagai cacian, hinaan, tomohan dan paling teruk dilabelkan kafir, siapalah ambo untuk lari dari perjuangan UMNO dengan hanya kerana sedikit cacian atau dikatakan bodoh oleh ahli parti lawan.
 
Opss ... jauh sangat sudah melencung daripada tajuk asal keluar kumpulan WhatsApp. Bagaimana atau apa reaksi ahli kumpulan apabila ambo keluar kumpulan?
 
Selang beberapa minit selepas keluar kumpulan ada beberapa orang hantar WhatsApp peribadi. Ada yang buat panggilan terus. Ambo biasa sahaja. Boleh bercakap soal politik dengan skot itu. Kira panjang jugalah sebelum dia tanya mengapa keluar kumpulan WhatsApp. Soal politik kira pembuka bicara kerana dia tahu ambo suka politik
 
Ada yang minta kebenaran untuk masukkan kembali ambo dalam kumpulan WhatsApp Skot Siri XXX. Dia tulis “kau dah make your point” atau dalam kata mudah “kau telah mendapat tujuannya”.
 
Jadi, tidak sampai 30 minit selepas keluar, ambo dimasukkan kembali menjadi ahli kumpulan WhatsApp Skot Siri XXX.
 
Tua-tua ini jangan peduli sangat apa yang orang buat, tetapi pedulikan apa yang kita buat. Apa yang kita buat itu menentukan dosa dan pahala. Ceria selalu. Sekian. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2024/07/dfc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjuangan Anak Buruh Ukir Kayu Raih Beasiswa Hingga Lulus S2 Di Ugm Sempat Dicemooh Tetangga Karena Ekonomi Pas Pasan

Perjuangan Anak Buruh Ukir Kayu Raih Beasiswa Hingga Lulus S2 Di Ugm Sempat Dicemooh Tetangga Karena Ekonomi Pas Pasan

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 137 hits
Ulfa mampu membuktikan bahwa anak yang lahir dari keluarga ekonomi sederhana bisa bersaing dengan lulusan lainnya
Anwar Kalau Takut Risiko Jangan Bicara Tentang Perjuangan

Anwar Kalau Takut Risiko Jangan Bicara Tentang Perjuangan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 147 hits
Anwar kalau takut risiko jangan bicara tentang perjuangan ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be fgmVi4BZvYc src in org https www youtube com embed fgmVi4BZvYc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www...
Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Hari Lagi Diteruskan Apa Cerita

Mahkamah Tolak Permohonan Reman 4 Hari Lagi Diteruskan Apa Cerita

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 150 hits
Pasangan suami isteri pempengaruh media sosial yang terpalit isu dakwaan menyeleweng kutipan derma kekal ditahan reman empat hari selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Majist...
Video Blak Blakan Jokowi Tiap Kunjungan Ke Daerah Pusat Selalu Diminta Cawe Cawe

Video Blak Blakan Jokowi Tiap Kunjungan Ke Daerah Pusat Selalu Diminta Cawe Cawe

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 121 hits
Presiden Jokowi bercerita bagaimana dirinya selalu diminta cawe cawe gubernur dan bupati tiap kunjungan kerja
Ceria Hadir Prosiding Khalwat Ruhainies Akui Tak Pandai Berlakon Menangis Depan Kamera

Ceria Hadir Prosiding Khalwat Ruhainies Akui Tak Pandai Berlakon Menangis Depan Kamera

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 125 hits
Pelakon Ruhainies akui tak pandai berlakon menangis depan kamera dan sekali gus menyangkal dakwaan tidak sensitif kerana hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar bagai tiada rasa bersalah Aktres berusia berusia 32 tahun itu tampil menjelaska...
Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi Kaya Dha Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

Sup Ikan Berkhasiat Untuk Otak Bayi Kaya Dha Ibu Bolehlah Selalu Masak Untuk Anak Makan

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 146 hits
berkhasiat untuk otak bayi kaya DHA ibu bolehlah selalu masak untuk anak makan Sup ikan memang baik untuk bayi Sarat dengan DHA Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi Sup Ikan Berkhasiat Untu...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini