Cemburu


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَ Assalamualaikum pelayar alam maya?


DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih.  Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.    Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya.  Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.  Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. 
 Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung.  Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya
  Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung)  bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain
  Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.  Dengan itu terdapat  dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif. 
 Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka  beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya.  Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu.  Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal. 
 Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal.  Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai).  Dalam hal ini rasa  cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.  Hakikatnya dia sedar bahawa sikap  cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya.  Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya.  
Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak.  Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu. 
1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa  dengan  sifatnya  itu.    Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan.  Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya. 
2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.  Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati. 
3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya.  Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya.  Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai. 4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain. 
5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya.  Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan. 
‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’.  Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga.  Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.  Yang penting adalah kesederhanaan.  Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada.  Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong.  Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan.  Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. 
 Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan.  Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.  Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat  cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya

  Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga.  Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat.  Kata  orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’.  Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH  SWT Maha Cemburu’.  Maksudnya?  Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya.  Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG  LAIN’! 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thankz2you.blogspot.com/2013/01/cemburu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Yang Efektif Berdamai Dengan Cemburu

Cara Yang Efektif Berdamai Dengan Cemburu

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 76 hits
Api cemburu yang terlanjur membakar hati memang sukar untuk dipadamkan Namun dengan memberikan kepercayaan pada pasangan untuk menjelaskan hal tersebut rasa cemburu pun perlahan terbenam Adakah Anda merasa terganggu ketika seorang lelaki be...
Ph Dengki Cemburu Dan Sakit Hati Kenapa

Ph Dengki Cemburu Dan Sakit Hati Kenapa

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 143 hits
Inilah masaalahnya dengan PH Mereka marah bila kita kata PH kurang bijak hipokrit dan bengong tapi itulah mereka Terbaru Hanipa Maidin PAN cuba menafikan sumbangan kerajaan PN di dalam membendung wabak Covid 19 Siapa yang tidak kenal Hanipa...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang