Celestial In Style Bersama Butik Chenta Lunar Lebaran Ini
CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI | Assalammualaikum semua. Bagaimana dengan persiapan lebaran anda sekeluarga? Jika masih belum mencari pakaian muslimah dan anak perempuan, Ruby nak rekemen butik di Shah Alam ni. Walaupun Shah Alam ni dah penuh dengan segala jenama dan menjadi hub fesyen. Ada satu butik pakaian istimewa untuk kalian iaitu Butik Chenta Lunar.
Butik ini bukan sekadar menyediakan pakaian Ready-To-Wear (RTW) sahaja, malah perkhidmatan tempahan menjahit pakaian turut disediakan. Apabila butik dari kalangan tukang jahit, pakaian RTW mereka sangat selesa. Ruby kalau ke butik pakaian, wajib cuba dulu. Dah selesa, kita terus beli. Tambahan pula ada diskaun sempena raya. Berbaloi-baloi.
CELESTIAL IN STYLE BERSAMA BUTIK CHENTA LUNAR LEBARAN INI
Baju raya adalah satu perkara wajib bagi semua orang termasuk para wanita dan ibu-ibu yang teliti menyediakan persiapan hari raya buat seisi keluarga. Buat anda yang mencari kelainan dalam Aidilfitri tahun ini, BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua.
Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.
Butik Chenta Lunar yang terletak di 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H. Butik ini diinspirasikan oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya.
Dalam usaha bangkit selepas pandemik COVID-19, di samping mahu memberi peluang pekerjaan kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali oleh orang ramai.
Tahun ini Butik Chenta Lunar membawakan variasi busana hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, baju kebaya, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi.
Bagi anda yang ingin mencari baju korporat seperti dress, office attire, casual, cardigan, jump suit semuanya tersedia di Butik Chenta Lunar. Selain itu, baju kurta eksklusif turut dijual.
Bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi pelanggan yang membeli-belah RM150 dan ke atas, hadiah istimewa dari Butik Chenta Lunar tersedia untuk anda. Pemberian sampul duit raya juga ada!
Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit.
PROMOSI HARI RAYABermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak akan dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tetapi mampu tampil bergaya di hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.
Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya turut disediakan. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.
Menjelang kedatangan Syawal tidak lama, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan pelbagai rekaan dan warna menawan. Sudah tentu akan memberikan anda sekeluarga pilihan yang banyak untuk tampil lebih bergaya di hari raya.
BUTIK CHENTA LUNAR (bersebelahan dengan PKNS Biz Point)65,Jalan Plumbum P7/P, Seksyen7, Shah Alam,Selangor
Waktu Operasi: Selasa - Ahad | 10 pagi - 7 malamBuat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705
FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2023/04/celestial-in-style-bersama-butik-chenta.html