Celebrate Birthday Di Jungle Gym Kl East Mall


Tanggal 22 Januari lepas adalah merupakan hari Ulang Tahun Kelahiran anak ketiga Diah, Airis Safiya. Genap dia berumur enam tahun.


Alhamdulillah pada usia dia enam tahun, dia berkelakuan dan berfikiran matang berbanding usia sebenar. Ini adalah hasil didikan bila ada abang dan kakak yang tak jauh beza umur.

Apa saja kelakuan kakak dan abang semua dia nak tiru. Ikut perancangan tahun ni dia akan masuk Pra Sekolah. Perasaan teruja nak ke sekolah memang tak pernah padam sejak dia mula kenal ABC.

Tahun lepas dia masih ragu-ragu nak ke sekolah atau tidak. Selalu soalan bila borak dengan dia ialah “kalau”. Dia risau betul kalau kawan-kawan tak suka dia.

Kalau cikgu garang macamana? Jadi ambil pendekatan terangkan ikut logik di samping tunjuk dekat dia sekolah itu menyeronokkan.

Cepat je masa berputar, hari ni masuk Pra Sekolah esok dah graduasi. Emosi betul bila cerita bab anak ni.












Celebrate Birthday Di Jungle Gym KL East Mall
Seperti biasa yang jadi tukang fikir mestilah tugas ibu, tugas ayah pula kena keluar duit. Suami pun tiada bantahan memandangkan anak-anak memang suka playground.
 









Berbeza dengan tahun sebelumnya, biasa kami celebrate birthday, kami biasanya akan makan dekat restoran yang dia pilih dan belikan kek.

Selalu celebrate  birthday makan di Gula Cakery. 
Bosan asyik ulang perkara yang sama jadi tahun ni kita buat kelainan. Tahun ni sengaja tukar sedikit agenda dan aktiviti yang lebih bersesuaian. 



Kami bawa anak-anak ke indoor playground sebab mama tak suka berpeluh ketiak ahaks. Lagipun senang sikit ada kemudahan macam-macam.














Indoor Playground - Jungle Gym KL East Mall
Sempena birthday anak, suami ambil cuti untuk habiskan masa dengan keluarga. Kerja pejabat tak pernah habis jadi pandai-pandai kawal.

Alhamdulillah suami tak pernah berkira bab anak. Sengaja pilih indoor playground dan yang paling dekat dengan rumah semestinya Jungle Gym dalam KL East Mall.

Lagi seronok kami pergi hari bekerja jadi memang Jungle Gym tu ada sorang pelanggan je waktu tu. Terasa book Jungle Gym untuk kami sekeluarga.

Istimewa gitu. Anak-anak memang teruja. Selesaikan urusan pembelian tiket maka bergembiralah kami kat dalam tu.









 




Harga tiket Jungle Gym KL East Mall
Harga tiket Jungle Gym KL East Mall waktu weekdays dan weekends berbeza. Terbahagi kepada tiga peringkat umur.

Harga toddler (bawah dua tahun), kids (atas dua tahun) dan juga guardian (17 tahun ke atas).

Weekdays - Toddler (RM25), kids (RM48) dan juga guardian (RM10).

Weekends - Toddler (RM35), kids (RM66) dan juga guardian (RM10).

 

Harga tiket valid untuk satu hari waktu operasi Jungle Gym KL East Mall. Boleh keluar untuk makan dan solat kemudian boleh sambung main dekat dalam tu.

Cuma jangan tanggalkan tag dekat tangan je.

Ada disediakan café dan juga tandas. Pendek kata selesa la kalau ibu bapa tunggu anak-anak bermain. Anak-anak dah dapat bermain memang tak ingat nak berhenti ya.









 




Review Jungle Gym KL East Mall
Tak mahu komen bab harga tiket sebab kemampuan setiap orang adalah berbeza. Terasa juga bila bayar tapi memandangkan setahun sekali je belanja anak kita pejam mata lah.

Jungle Gym ni ada dua Tingkat. Bahagian atas ada laluan berhalangan. Material jenis foam lembut tapi kukuh. Jadi anak-anak akan enjoy melepasi laluan berhalangan.

Lenguh lutut ya berkejaran dengan anak dekat atas. Tingkat atas dan bawah disambungkan dengan slide. Waktu awal kami sampai slide tu tak licin sangat tapi masih menakutkan.

Elok je pekerja dia bersihkan, entah apa dia letak terus jadi laju dan licin. Anak-anak suka. Diah tak berani.











Bahagian bawah pula ada banyak seksyen. Ada bahagian khusus untuk bola-bola kecil tu. Dekat sini kena hati-hati sebab mudah sangat nak terjatuh bila terpijak bola.

Lantai memang penuh dengan bola, kalau kena baling dengan bola tu boleh tahan pedih ya. Bagusnya peralatan / mainan dia intergrasikan dengan sains.

Jadi akan meransang minda kanak-kanak. Ada juga seksyen alat muzik bersaiz besar seperti piano, gendang dan alat perkusi berpic macam Xylophone.










Ada juga jongkang jongket, bola getah, kerusi pusing dan punching bag. Pendek kata, perkakas permainan dekat sini sesuai untuk anak-anak sebab bukan sekadar bermain tetapi meransang deria dan minda.







Cuma yang kurang dekat sini ialah bahagian memanjat dan bergayut. Rules pun simple kan pakai stokin.

 




Kesimpulan

Secara keseluruhan, Celebrate Birthday Airis di Jungle Gym KL East Mall bukan setakat gembirakan dia tapi kakak dan abang dia juga.

Waktu lunch kami makan di Ali, Muthu dan sebelum balik singgah Melawati Mall beli kek dekat Komugi. Kedai bakery kesukaan kami sekeluarga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/02/celebrate-birthday-di-jungle-gym-kl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Celebrate Birthday Kak Yang Amanda Di Cosy Place Wangsa Maju

Celebrate Birthday Kak Yang Amanda Di Cosy Place Wangsa Maju

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 397 hits
Januari bulan kelahiran Kak Yang Amanda dan seperti kebiasaan sebolehnya nak sambut hari lahir anak pada tarikh yang sama walau hanya sepotong kek Ada beberapa kali tak kesampaian disebabkan jadual kerja habibi atau tarikh lahir tu kena pul...
Leceh Jugalah Bawa Orang Tua Pergi Mall Netizen Terhibur Zain Gurau Kasar Dengan Che Ta

Leceh Jugalah Bawa Orang Tua Pergi Mall Netizen Terhibur Zain Gurau Kasar Dengan Che Ta

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 265 hits
Pasangan selebriti Rozita Che Wan atau Che Ta dan suami Zain Saidin sering membuatkan ramai peminat terhibur disebabkan gelagat lucu mereka Video mereka berdua yang dimuat naik di TikTok baru baru ini meraih perhatian dan mencuit hati warga...
Mega Mall Mid Valley Setelah 10 Tahun Berlalu

Mega Mall Mid Valley Setelah 10 Tahun Berlalu

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 321 hits
Mega Mall Mid Valley is a place filled with sweet memories nestled in the heart of Kuala Lumpur It has been a witness to the growth of our children as we often accompanied their dad who worked in this area and stayed in one of the nearby ho...
Apa Ada Di Malakat Mall Cyberjaya

Apa Ada Di Malakat Mall Cyberjaya

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 234 hits
Alhamdulillah Majlis Pembukaan QM Jewellery di Malakat Mall berjalan dengan lancar Bermula dengan Briefing pada pukul 9 30 pagi diikuti dengan bacaan doa selamat terus pembukaan soft launching yang terus diserbu oleh pengunjung pengunjung d...
Grand Opening Kid S Box Di Ioi Mall Kulai

Grand Opening Kid S Box Di Ioi Mall Kulai

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 239 hits
Grand Opening Kid s Box di iOi Mall Kulai Terkini Kid s Box sebuah indoor playground telah dibuka Dan mula beroperasi khusus buat semua Kanak Kanak Majlis Grand Opening Kid s Box di iOi Mall Kulai telah berlangsung pada 19 Januari 2024 deng...
Eco Plus Concept Store Kini Dibuka Di Ioi City Mall Putrajaya

Eco Plus Concept Store Kini Dibuka Di Ioi City Mall Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 343 hits
Eco Plus Concept Store Kini Dibuka Di IOI City Mall Putrajaya Assalamualaikum semua Siapa sini selalu shopping di Eco Shop Ha meh nak sep sikit sebab kita geng Yeahhh semua pasti tahu mengenai kedai Eco Shop yang terkenal dengan barangan be...
Prism Umumkan Pelancaran Kedai Terbesar Di Aeon Mall Tebrau City

Prism Umumkan Pelancaran Kedai Terbesar Di Aeon Mall Tebrau City

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 340 hits
Johor Bahru 31 Januari 2024 PRISM jenama elektronik pengguna yang terkenal teruja untuk mengumumkan pembukaan besar cawangan ketujuhnya di Malaysia di Aeon Mall Tebrau City Sebagai sebahagian daripada pelancarannya jenama itu akan menawarka...
Um Activist Defends Protesting Gym Segregation Speaking Mandarin

Um Activist Defends Protesting Gym Segregation Speaking Mandarin

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 266 hits
A student activist has rebuffed criticism against his objections to Universiti Malaya s plans to separate operating hours for male and female students to use the campus gym Dhurgesswaran Veeran also dismissed criticisms against him for spea...
Dapat Ole Ole Dari Labuan Pakej Hadiah Birthday

Dapat Ole Ole Dari Labuan Pakej Hadiah Birthday

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 234 hits
Tantiu to my ex officemate a k a kawan rapat masa kat office lama dulu tolong delivery barang yang sis order Sekali lah melawat sis kat tempat kerja baru sekarang hehe Dulu nak jumpa hari hari tak ada hal sekarang dah susah sebab sis dah tu...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada