6.45 pagi - pemandangan indah bukit batu kapur di Ipoh. Mendamaikan
7.40 pagi - melewati pemandangan indah bukit-bukau disinari matahari pagi di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands. Kali ini kami terpaksa melalui Cameron Highlands kerana nak mengelak melalui Kuala Lumpur/Selangor yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Boleh juga isi borang permohonan dan cop di Balai Polis terdekat dengan rumah, tapi tak sempat nak buat gitu
8.30 pagi - singgah sekejap untuk sarapan pagi di YZ Agro Farm, Kampung Taman Sedia, Tanah Rata. Berbeza dari kunjungan sebelum ni, pagi ni Kampung Taman Sedia nampak agak lengang. Mungkinkah sebab orang-orang Kuala Lumpur/Selangor/Putrajaya tak dapat datang
Buah strawberi di YZ Agro Farm, boleh beli yang dah siap dipetik. Harganya RM12 untuk 500 gram.
Dari Tanah Rata, perjalanan diteruskan melalui Jalan Ringlet - Sungai Koyan. Nampaknya banyak bahagian jalan yang runtuh dan yang ni paling teruk. Keseluruhan jalan tak boleh dilalui, rosak teruk. Pihak berkaitan dah membina sebatang jalan sementara di bahagian bahu jalan yang tak terjejas, muatlah untuk laluan sehala. Perlu bergilir dengan kenderaan yang datang dari hadapan.
Pandangan dari sudut lain runtuhan jalan tadi. Saya sempat ambil gambar dari dalam kereta sebab menunggu giliran melalui jalan sementara. Pemandangan yang ngeri dan menakutkan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |