Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan, Perak.Semalam petang dalam perjalanan balik - mulanya kami masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kemudian masuk pula laluan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sebab Encik Suami perlu ke Sitiawan, Perak. Laluan di sini lebih tenang dan lapang dengan pemandangan ladang sawit terbentang luas di kanan kiri jalan
Pukul 7.13 pagi tadi - Masya Allah...warna langit nan indah di rumah Perlis. Suasana nyaman dengan udara sejuk. Tapi semasa entri ini ditaip, udara di sini panas kering dengan suhu 35℃
Jadual waktu permulaan puasa dan waktu berbuka bagi kami di negeri Perlis. Biasanya jadual begini akan nyatakan 'waktu imsak', tapi di Perlis terus dinyatakan 'waktu permulaan berpuasa'
Pengisytiharan kadar zakat fitrah bagi negeri Perlis sebanyak RM9. Cuma satu kadar sahaja, tiada pilihan bayaran mengikut jenis beras dimakan. InsyaAllah tahun ni merupakan tahun kedua kami suami isteri bayar zakat fitrah di sini. Tahun lepas kadar zakat fitrah sebanyak RM10|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |