Cat Pilihan Untuk Rumah Baru
Cat Pilihan Untuk Rumah Baru - Assalamualaikum, hai... Harini cuaca agak mendung, tapi tak menghalang kami suami isteri untuk mengecat dalaman rumah. Setelah hampir setahun... Alhamdulillah, rumah kami hampir siap. In Shaa Allah, before Fiza bersalin kot... Kami akan berpindah. Dah 5 tahun dah umur Ain... Barulah berpeluang punyai rumah sendiri. Syukur sangat². Allah permudahkan segala-galanya. Tak sangka pulak, target encik suami nak ada rumah sendiri before umur 40 tahun tercapai.
Sumber dari google image
Kini, dalam fasa mengecat dan membeli barang hiasan rumah. Tapi, beli yang termampu jela... Dulu. Al-maklumlah, encik suami sorang je yang bekerja... So, tak dapatlah nak demand right. Bersyukur dengan apa yang ada...
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Fiza percaya... One day nanti, semua kelengkapan pasti mencukupi... Yang penting, kenalah bersabar. Kan! 😊
Okey!
Sumber dari google image
Warna Puritan Black Menjadi PilihanBercakap pasal mengecat, alhamdulillah... Kami suami isteri berpakat untuk pilih cat jenama nippon paint je untuk rumah. Walaupun agak mahal bagi kami, tapi warna dia sangat cantik dan berkualiti. Kami pilih tone warna puritan black sebagai tema. Untuk deko, agar cat dinding dipelbagaikan... Fiza akan ambik beberapa color lain untuk dipadankan. Biasanya Fiza akan guna color pallete yang terdapat di pinterest.
Sumber dari pinterest
So, sesuailah dengan langsir yang Fiza pilih. Kelabu muda plus sedikit puritan black. Total up untuk 6 tingkap utama termasuk kayu penyangkut langsir... Semuanya RM856.90. Fiza beli di kedai supersave je pun. Kualiti kain memang tip top.
Selain itu, Fiza ada jugak google stail mengecat yang orang dah buat... Then, terdapat beberapa stail cara mengecat ruang dalaman rumah yang Fiza berkenan. Tapi takdelah 100%. Maybe ada sedikit yang perlu diubah nanti... In Shaa Allah...
Sumber dari google image
Alhamdulillah, walaupun mengandung Fiza ambik peluang yang ada untuk menolong encik suami mengecat jugak. Duduk sambil mengecat. Hehe... Bahagian yang sampai jela Fiza mampu tolong. So far, 40% ruang telah siap dicatkan. Nanti bila dah siap semua. In shaa Allah... Akan Fiza kongsikan di sini hasilnya.
Kenapa pilih cat jenama Nippon Paint?Mula² kami suami isteri takde terfikir pun nak beli cat nippon paint. Tapi, bila dah lama sangat nak decide. Apalagi, encik suami... Terus cadangkan guna cat Nippon paint jelah. Fiza pulak malas nak fikir banyak. On jelah. Tapi color... Dekorasi memang encik suami serahkan pada Fiza. Dah lama berkenan dengan color puritan black sebenarnya. Bila survey... Ada pulak color tu untuk Nippon paint. Apalagi terus jatuh cinta.
Setakat ni... Sehari selepas di cat... So far, bila Alia dan Ain cuba bersandar di dinding... Alhamdulillah, terbaik! Takde pulak kesan cat melekat di baju. Pendek kata, catnya tak pudar. Bau pun just nice je... Tu based on pemerhatian Fiza setelah dua hari di cat okey... Yang orang kata Nippon paint tahan lama... Kalis air, anti fungus semua tu... Wallahu'alam. Feedback tang tu kena tunggu setahun dua setelah penggunaan kot... Baru boleh sembang. Betul tak?
Settle bab pilih cat. Alhamdulillah...
Korang ada tak pengalaman dengan Nippon paint?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizacrochet.com/2019/12/cat-pilihan-untuk-rumah-baru.html