Cara Sambut Hari Raya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cara Sambut Hari Raya | Alhamdulillah... lepas juga sebulan sambut Ramadhan tahun ni... Walaupun pelbagai dugaan dan rintangan ku tempuh jua...
Ramadhan kali ni berbeza dengan ramadhan sebelum ni bagi MF sekeluarga.
Jika tahun lepas, kita sambut puasa dan raya dalam musim Covid-19, tapi tahun ni, MF sekeluarga hadapi sendiri Covid-19 tu...
Alhamdulillah... walaupun tak dijangkiti, tetapi pengalaman menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19 satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Nak pula kena bulan puasa.
Insha Allah... kita akan sambut raya...
Macam mana nak sambut raya
Cara mana nak sambut raya musim Covid-19 ni
Ada makna ke raya tahun ni, tak dapat balik kampung...
MF tahu dan faham kita semua sedih tak boleh balik kampung merayakan hari raya Aidilfitri.
Tapi, kita wajib tahu.. Hari Raya Wajib disambut walau dalam keadaan apa pun.
Apa makna Raya?
Raya bermakna hari membesarkan Allah... sebab tu adanya takbir raya.
Raya untuk kita meraikan kemenangan kita berjaya berpuasa, mengekang hawa nafsu kita selama sebulan. Jadi, Allah berikan hari Raya kat kita untuk kita raikan kemenangan tu. Haram puasa pada hari kemenangan kita. Nampak tak maksud raya tu
Jadi, walaupun tak dapat balik kampung...
Kita boleh sambut raya...
Cara nak sambut rayaMeh sini MF nak ceritakan.... Macam mana kita nak raya...
Sebenarnya dalam Islam digariskan panduan dan cara sambut hari raya menurut sunnah Nabi s.a.w
Amalan sunat semasa sambut hari raya1. Mandi sunat pada pagi hari rayaBangun pagi, kejut ahli keluarga dan ingatkan untuk mandi sunat hari raya.
Mandi sunat hari raya sama je macam mandi wajib atau mandi harus cuma berbeza pada niatnya
2. Pergi dan balik masjid menggunakan jalan yang berlainan.Tahun ni terhad kan nak pergi solat sunat hari raya.. Jadi, bagi yang tak boleh pergi solat di masjid dan surau, buat secara berjemaah di rumah
3. Memakai pakaian yang cantik dan bersihSunat dihari raya memakai pakaian yang terbaik... Cantik, bersih dan tak semestinya baru. Jadi, yang frust dah beli baju raya tu... pakailah... ikut sunnah... dapat pahala.
View this post on Instagram A post shared by Maria Firdz (@maria_firdz)
4. Memakai wangi-wangian bagi lelakiIni sunnah bagi lelaki... tapi sebab tahun tak boleh ke mana, jadi wanita pun boleh berwangi-wangian... untuk ahli keluarga... dapat pahala kan..
5. Bermaaf-maafanBermaafan di pagi raya, sunnah bukan adat.. Tahun ni kita kena guna cara baru lah... #rayagayabaru.
Videocall atau Google Meet bersama keluarga yang jauh untuk saling bermaafan sesama kita.
6. Bayar zakat fitrah.Bagi yang belum bayar zakat fitrah, bayarlah sebelum solat hari raya...
Sekarang tak susah nak bayar zakat, zakat online kan ada.\
7. Berwajah ceria dan senyum kepada setiap orangSenyum dan ceria di pagi raya satu sunnah yang digalakkan.
Jangan sedih dipagi raya.. sedih macam mana pun kena cover... huhu.... (kalau boleh la kan)
8. Bersarapan sebelum solat hari raya.
Makanlah juadah raya sebelum mula solat hari raya...
Dah penat memasakkan, ni lah masa nikmatinya...
Tahun ni sendiri masak, sendiri makan... Tapi boleh juga kalau nak tukar juadah dengan jiran sebelah menyebelah kan...
9. Menghidupkan malam raya dengan takbir.Malam raya, hidupkan dengan takbir raya..
Tanda syukur dan membesarkan Allah memberikan kita nikmat sepanjang Ramadhan.
Banyakkan juga zikir dan amalan sunat lain seperti membaca al-Quran dan tahajjud.
Ok, dah tau dah cara nak sambut raya tahun ni.. Ikutilah sunnah di atasi...
Insha Allah balik kampung tak balik kampung, raya tetap raya.. Raya tu anugerah Allah buat kita... Jadi, hargai dan raikan dengan sederhana... Jangan terus menolak dengan tak nak raya...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mariafirdz.com/2021/05/cara-sambut-hari-raya.html