Cara Rasulullah S A W Melayan Isteri




Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nickmahawangsa.blogspot.com/2011/10/cara-rasulullah-sa-w-melayan-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawan Hati Si Dia Dengan 9 Cara Memikat Hati Isteri Ini No 4 Paling Penting Tau

Tawan Hati Si Dia Dengan 9 Cara Memikat Hati Isteri Ini No 4 Paling Penting Tau

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 284 hits
Ada banyak cara memikat hati isteri yang boleh mencairkan hati para isteri Suami MESTI menguasai kemampuan ini kerana ia bukan hanya untuk hubungan ranjang semata mata Tapi ia juga untuk menguatkan ikatan emosional antara kalian Bahkan iste...
10 Cara Hilangkan Dengkur Ketika Tidur Agar Tidak Merosakkan Hubungan Suami Isteri

10 Cara Hilangkan Dengkur Ketika Tidur Agar Tidak Merosakkan Hubungan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 349 hits
Kadangkala berdengkur ketika tidur Itu normal Tetapi berdengkur hampir setiap malam sehingga menggegar katil Itu masalah yang perlu diatasi Kebanyakan orang dewasa mengalaminya terutama pada hari hari yang memenatkan Tapi adakah cara hilang...
Abaikan Isteri Dan Anak Tu Muslim Yang Baik Ke Rihana 0ksana

Abaikan Isteri Dan Anak Tu Muslim Yang Baik Ke Rihana 0ksana

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 186 hits
Saya sering ditanyakan mengenai agama saya Tapi lelaki yang abaikan isteri dan anaknya tu muslim yang baik ke
Kini Bergelar Isteri Intan Ladyana Kongsi Pengalaman Bernikah Waktu Pkp

Kini Bergelar Isteri Intan Ladyana Kongsi Pengalaman Bernikah Waktu Pkp

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 344 hits
Pelakon cantik manis Intan Ladyana yang kini sudah bergelar isteri pada tanggal 5 Februari yang lalu tampil berkongsikan sedikit sebanyak pengalaman mendirikan rumah tangga ketika wabak pandemik COVID 19 melanda dan juga sewaktu perlaksanaa...
Bekas Pegawai Miti Akan Saman Bekas Ksn Dan Isteri

Bekas Pegawai Miti Akan Saman Bekas Ksn Dan Isteri

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 208 hits
Alyaa AlhadjriSeorang bekas pegawai kanan di sebuah kementerian mahu mengemukakan saman terhadap bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa bagi menuntut ganti rugi berhubung pemecatan kerja terancang Pengarah di Kementerian Perdagangan Antara...
Alhamdullilah Tak Ada Rotan Kat Sebelah Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri Tomok Raih Pujian Peminat

Alhamdullilah Tak Ada Rotan Kat Sebelah Tak Kisah Belajar Mengaji Dengan Isteri Tomok Raih Pujian Peminat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 276 hits
Penyanyi Tomok baru baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat telah berkongsi beberapa keping foto anak anak dan dirinya sedang belajar mengaji Namun yang menariknya guru mengaji penyanyi ini dan juga anak anak adalah isterinya...
Hiburan Confirm Tak U Turn Dah Isteri Kedua Pu Abu Dedah Buat Keputusan Bercerai Selepas 7 Bulan Rujuk

Hiburan Confirm Tak U Turn Dah Isteri Kedua Pu Abu Dedah Buat Keputusan Bercerai Selepas 7 Bulan Rujuk

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 492 hits
Meskipun lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi dengan khalayak umum sebelum ini namun PU Abu baru baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menjalani proses penceraian dengan isteri keduanya Hana Azraa BACA AdvertisementSeju...
Saya Jatuh Cinta Sejak Kali Pertama Ucapan Romantis Awal Ashaari Buat Isteri Sweet Habis

Saya Jatuh Cinta Sejak Kali Pertama Ucapan Romantis Awal Ashaari Buat Isteri Sweet Habis

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 353 hits
Jumaat lepas pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah selamat menimang cahaya mata kedua Difahamkan bayi perempuan seberat 3 2kg itu telah dilahirkan di Prince Court Medical Center sekitar jam 9 15 pagi Mesti Lara Alan...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri