Cara Paling Mudah Buat Nasi Lemak Simple


Cara Paling Mudah Buat Nasi Lemak Simple. Assalamualaikum hallo fellas. Aku tak lah reti sangat memasak. Simple dan paling simple pun masak sayur tumis, goreng ikan, erk tak goreng telur, masak maggi. Sudah. Selesai. Asal saja perut terisi dari dia tergedik-gedik menari kat dalam tu. 
Lagi satu, aku jenis takut dengan minyak masak meletup-letup dekat kuali tu. Sah-sahlah kan kalau dekat rumah mak aku yang masak. Boleh terbakar dapur mak kalau aku yang dah start masuk. Hahaha

Tapi. Sekarang ini, memandangkan tak boleh nak balik kampung. Lebih-lebih lagi sebagai seorang penjawat awam yang berjiwa raga patriotik, menyahut seruan kerajaan Malaysia, duduk rumah sahaja dan tekak rasa nak makan nasi lemak, sekarang juga aku nak cari resepi cara buat nasi lemak simple. 
Ok dah jumpa! Aku kongsi. Mari masuk dapur sekarang. Haha

Kredit Gambar Google
Cara Buat Nasi Lemak Simple
1. Basuh dan Sukat Beras
Apa pun bila nak masak nasi, kenalah basuh bersih-bersih beras. Aku selalu basuh 7 kali beras sambil selawat ke atas Nabi dalam hati. Petua moga nasi tak cepat basi. Ya lah kot kan. Tak tahu. Haha

2. Sukat Air
Sukatan air bergantung kepada beras seperti masak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau 1 paras garisan di jari. Alah senang mudah faham, macam kita biasa masak nasi je lah

3. Masukkan Santan
Sekarang paling senang nak dapatkan santan dalam kotak tu je lah. Memandangkan tak boleh nak keluar ke pasar raya beli santan kelapa original tu lah kan

4. Masukkan Halia
Paling senang. Masukkan macam biasa, seperti masak sup ikan. Hehe

5. Masukkan Pandan
Masukkan pandan yang telah dipotong kecil-kecil. 5 batang padan sudah memadai, ikut suka kamu. Wangi padan pada nasi lemak memang menyelerakan

6. Masukkan Perisa
Masukkan garam lah maksudnya.
7. Masukkan Sedikit Minyak Masak
Oh, ni kali pertama pula dengar masukkan sedikit minyak masak. Haha. Nampak sangat aku tak reti masak. Hehe. Fungsinya mengelakkan nasi menjadi lembik. 
8. Masukkan dalam rice cooker
Ok, dah boleh letak dalam rice cooker dan tekan butang cook. Tapi jangan masukkan beras dahulu. Tunggu sehingga menggeledak air santan dan daun pandan tadi

9. Masukkan Beras
Ok, dah boleh masukkan beras

10. Kacau setiap 5 minit sehingga masak
Katanya kena kacau setiap 5 minit sehingga nasi masak sekata dengan santan. Ok senang je lah kan. Macam kita masak nasi biasa, kena perhatikan nasi tu masak. Begitu juga dengan nasi lemak ni tadi

Alhamdulillah selesai buat nasi lemak simple. Namun, nasi lemak tanpa sambal tumis seperti buat kopi tanpa gula. Haha. 
Ok, aku kongsi juga resepi sambal tumis simple yang kebetulan sekali dalam blog ni yang dikongsi. Senang nak follow the step

Gambar dan Cara Mudah Buat Nasi Lemak Kredit and Thanks to: Siraplimau.com
Cara Buat Sambal Tumis Simple
1. Kisar
Paling mudah, kisar sahaja bawang merah 1 biji, bawang putih 3 ulas, halia seinci, belacan (agak-agak ikut kamu). Belacan selalunya aku main bakar sekejap jer dan ikan bilis (agak-agak ikut kamu nak) dan goreng dahulu
2. Tumis
Siap kisar, tumis bahan-bahan tadi dalam kuali yang masih ada bekas goreng bilik itu tadi. Kalau nak letak lagi ikan bilis, boleh sahaja. Aku lagi suka tambah ikan bilis tu

3. Letak Perasa
Letak garam, agak-agak. Air asam jawa, pergh sedap. Boleh letak gula perang (agak-agak juga)
4. Tungguh mendidih
Akhirnya selesai. Tunggulah sambal tu mendidih dan sejukkan. Selesai, dah boleh makan. Kalau lapar, teringin sangat, tak payah nak tunggu sejuk. Terus makan. Haha

Ok, itu sahajalah perkongsian daripada aku, langkah mudah buat nasi lemak simple yang senang difahami rasanya. Haha

Semoga bermanfaatYatieOwner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yatieowner.com/2020/03/cara-paling-mudah-buat-nasi-lemak-simple.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 796 hits
Cara Masak Sardin Paling Mudah Bagi Yang Baru Belajar Memasak Sejak kita semua kena duduk rumah diam diam dalam sebulan ni ramai pula yang melayari blog picisan kisah resep ini Carian terbanyak adalah cara nak buat kuih tradisional Alhamdul...
Cara Paling Mudah Nak Buat Dalgona Coffee

Cara Paling Mudah Nak Buat Dalgona Coffee

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1300 hits
Cara paling mudah nak buat Dalgona Coffee Assalamualaikum dan salam sejahtera Hari ini hari ke lima seluruh penduduk Malaysia menjalani perintah kawalan pergerakan Dan sehingga ke hari tiada tanda tanda covid 19 akan reda malah semakin hari...
Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

Resepi Lempeng Nasi Paling Mudah Lembut Amp Sedap Guna Nasi Lebih Je

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 870 hits
Kadang kadang tu buntu juga nak masak apa untuk sarapan Naik jemu makan roti canai dan nasi lemak setiap hari kan Sesekali pekena lempeng cicah sambal atau kari pun seronok juga Boleh buat guna lebihan nasi semalam je Taklah membazir Sesuai...
Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

Tips Kulit Glowing Kurang Kusam Paling Mudah Dan Berkesan

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 435 hits
Siapa je yang tak stress kalau hari hari asyik hadap masalah kulit yang sama je Even dah macam macam steps skincare routine kita follow pun still not much improvement Yelah nak istiqamah dan konsisten dengan skincare routine yang sama setia...
Kopi Viral Kini Trending Jom Tengok Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

Kopi Viral Kini Trending Jom Tengok Cara Buat Dalgona Coffee Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 807 hits
Ternyata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini diguna sebaiknya oleh rakyat Malaysia dgn mencuba resepi kopi viral Jom tengok cara buat Dalgona Coffee dgn beberapa bahan
Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah

Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 562 hits
Cara Buat Homemade Pes Tomyam Yang Mudah Pernah terlintas dalam fikiran nak buat sendiri homemade pes tomyam tak Sebelum ini sis sendiri tak pernah nak buat sebab mudah dapat kat kedai dan senang tak adalah bersilat kat dapur semata mata na...
Jumpa Pakcik Di Tengah Hi Way Jalan Kaki 20km Nak Ke Pekan Sedih Baca

Isteri Penentu Kejayaan Wakil Rakyat Bn Datuk Seri Najib Tun Razak

Brother Ni Tegur Seorang Pemuda Yang Belajar Agama Sebab Dia Hisap 39 Vappe 39 Ini Respon Dia

Kotak Perfume Custom Murah Berkualiti Pilihan Tepat Untuk Usahawan Kosmetik

Kesihan Wanita Andartu Ini Di Reject Bakal Mertua Atas Alasan Sukar Bagi Anak Namun Akhirnya

A Rose For A Rose Ros S First Puma Collection Is A Personal Tribute

Selamat Maju Jaya Puan Dayu

Roti Kering Bergula


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 160

Kelas Tuisyen Online Sekolah Rendah Fly High Education Centre

Istemewa Hari Ini Kepada Rakan Guru Dan Staff Sokongan

Ideas Hello Fresh Beef Burger Recipe

Ogos Bulan Kelahiran Dak Adik

Aktiviti Majlis Hi Tea Harmoni Prihatin Malaysia Merdeka Untuk Gaza Ppim 28 08 2025