Cara Nak Saman Pemandu Mabuk Yang Mengakibatkan Kematian



Assalamualaikum. Nak kongsi ilmu sikit...

Cukup ramai dah yang ulas tentang kes pemandu mabuk langgar orang sampai mati ni. Jadi, aku tak nak ulas tentang hukuman dan pendapat aku tentang undang-undang pemandu mabuk yang bunuh orang ni.

Cuma, aku tertarik dengan beberapa komen mengatakan yang sistem undang-undang Malaysia tidak adil sebab, kalau pemandu tu didapati bersalah, denda tu hanya diberikan kepada kerajaan sahaja, dan tidak kepada keluarga si mati

Sebenarnya, ya, duit denda tu takkan diberikan kepada keluarga si mati. Namun begitu, sebenarnya, ada cara untuk keluarga si mati ni dapat ganti rugi daripada pemandu mabuk ni. Keluarga boleh failkan saman ke atas pemandu mabuk tersebut. Bila boleh saman ni? Sekarang pun boleh.

Maknanya, pemandu mabuk ni akan menghadap 2 mahkamah berbeza. Satu, mahkamah yang bicarakan kes jenayah dia. Dua, mahkamah yang bicarakan kes saman keluarga si mati. Mahkamah tu, hakimnya bukan orang yang sama, perbicaraannya bukan pada tarikh yang sama, dan hukuman pun takkan sama.

Yang sedang diorang alami sekarang ni adalah prosedur jenayah. Yang kita nak minta saman-saman ini adalah prosedur sivil. Dua benda yang berbeza. Satu, negara Malaysia saman. Dua, keluarga si mati saman. Dalam undang-undang Malaysia, mana-mana ahli keluarga yang merasai kesakitan atau menderita ke atas kematian yang dilakukan oleh orang lain, ada hak untuk menyaman.

Keluarga si mati boleh minta sekurang-kurangnya 2 tuntutan. Yang pertama, Dependency Claim iaitu, tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk ini bayar sejumlah wang yang sepatutnya arwah boleh provide kalau arwah masih hidup sampai umur 55 tahun. Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Contohnya, arwah ni masa hidup, dia provide RM2500 sebulan untuk menyara keluarga. Umur dia 45 tahun. Jadi, keluarga arwah boleh tuntut RM2500 x 12 bulan x 10 tahun one lump sum daripada pemandu mabuk ni. Keluarga hanya boleh tuntut pendapatan dia yang sampai 55 tahun sahaja. Lagi muda, lagi bergandalah tahun-tahun tersebut. Namun, ianya semua tertakluk kepada keputusan hakim.

Yang kedua, Bereavement Claim. Keluarga si mati boleh tuntut pemandu mabuk ni untuk 'bayar' kesedihan yang dialami satu keluarga sebab matinya si arwah. Contohnya, disebabkan arwah meninggal, anak-anak menangis sebut-sebut nama arwah siang malam, isteri jadi macam orang gila sebab hilang tempat bermanja, suami rasa trauma sebab isteri mati dalam keadaan tragis. Namun, tuntutan ini tak boleh lebih RM10,000.

Yang ketiga, Loss Of Support. Berbeza dengan Dependency tadi, Loss Of Support ni lebih kepada perbuatan yang tak keluarkan duit. Ianya tuntutan ke atas kehilangan tempat untok bergantung dari segi tenaga. Contohnya, arwah merupakan ibu yang ada anak kecil. Suami memang bergantung kat arwah untuk jaga anak, dari bagi susu, mandikan, pakaikan baju dan tidurkan anak tersebut. Disebabkan arwah dah meninggal, takda siapa nak buat kerja-kerja tu. Maka, suami dia boleh tuntut kat pemandu mabuk tu tentang kehilangan support ini.

Yang keempat, Estate Claim. Yakni, tuntutan kecederaan si mati. Keluarga tersebut boleh tuntut kepada pemandu mabuk ini sejumlah bayaran disebabkan 'kesakitan' yang dialami oleh si mati. Hak ini telah termaktub dalam Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Kalau arwah masih hidup, arwah lah yang buat tuntutan ini. Tapi, sebab arwah sudah pergi, keluarga arwah pula yang menuntut, tapi, hanya bergantung kepada laporan perubatan doktor. Sebab apa kena bergantung laporan perubatan doktor? Sebab, keluarga tak tahu pun si mati ni sakit macam mana. Tuntutan ini memang banyak bergantung kepada laporan perubatan. Keluarga boleh tuntut kesakitan, penderitaan semasa kemalangan dan kehilangan tubuh badan si mati. Jumlah tersebut tidak dispesifikkan, dan keluarga boleh letak seberapa banyak yang dimahukan. Namun, semuanya terserah kepada hakim.

Dalam tuntutan ini juga, keluarga boleh tuntut bil hospital, duit transport dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

Yang kelima, tuntutan kos guaman. Sekiranya keluarga si mati menang, keluarga boleh tuntut supaya pemandu mabuk ini membayar kesemua kos guaman mereka

Bagi Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support ni, tempoh untuk mulakan saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian. Kiranya, kalau meninggal 21 Mei 2020, last untuk saman adalah 20 Mei 2022. Lepas 20 Mei 2022 ni, keluarga tak boleh tuntut claim ni. Bagi Estate Claim, tempoh untok mulakan saman adalah dalam tempoh 6 tahun selepas kematian

Kalau keluarga ni menang, lepas tu, pemandu ni masuk penjara pulak sebab kalah kes jenayah, lepas tu dia tak nak bayar saman tu. Macam mana? Kalau pemandu ni dah kalah saman, tapi tak nak bayar, ada beberapa perkara yang keluarga ni boleh buat:

- Minta PDRM sita semua aset dan barang yang dia ada, kemudian lelong sampai cukup duit
- Minta orang lain yang berhutang dengan pemandu mabuk ni supaya lepas ni, segala hutang tu dibayar kepada keluarga itu sahaja
- Jual share syarikat pemandu mabuk ni kalau ada
- Minta Mahkamah declare pemandu mabuk ni bankrap sekiranya pampasan melebihi RM50,000

Berdoalah kita agar makin tingkat kesedaran pemabuk-pemabuk ini supaya jangan jadi bodoh memandu masa kepala pening. Dan berdoa, agar Tuhan lindungi kita menjadi kedua-dua pihak. Doa agar Tuhan tak jadikan kita mangsa dan tak jadikan kita pemangsa.

Post asal dari Tuan Mufarwa Farid. Terima kasih, rakan-rakan blogger. Abam Kie tolong kongsi sahaja.

#DoBetter4Malaysia #APTB#OTAKOTwww.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/07/cara-nak-saman-pemandu-mabuk-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk Dan Ops Samseng Jalanan

23 Pemandu Mabuk Dikesan Dalam Ops Mabuk Dan Ops Samseng Jalanan

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 305 hits
AMPANG Kira kira 23 individu yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol ditangkap dalam Op Mabuk dan Samseng Jalanan yang dilancarkan sejak 2 hari lepas di seluruh Selangor Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Sela...
Penjara 20 Tahun Denda Rm150 000 Nanti Pemandu Mabuk

Penjara 20 Tahun Denda Rm150 000 Nanti Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 398 hits
Oleh Mohd Nasaruddin ParziMenteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini NSTP ASYRAF HAMZAHKUALA LUMPUR Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150 ...
Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun Denda Maksimum Rm150 000

Pemandu Mabuk Bakal Dipenjara Maksimum 20 Tahun Denda Maksimum Rm150 000

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 370 hits
Kalau korang ikut sesi Sidang Dewan Rakyat yang bersambung hari ini isu berkaitan pemandu mabuk antara topik utama yang dibahaskan dan nampaknya satu jalan penyelesaian telah diperolehi Ini berkaitan dengan Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1...
Pemandu Mabuk Langgar Tembok Masjid

Pemandu Mabuk Langgar Tembok Masjid

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 273 hits
Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk cedera parah selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh pagar Masjid Jamek Tengah Berapit di Jalan Berapit di sini awal pagi tadi Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah AC...
Bantuan Khas Rm600 Kepada Pemandu Bas Sekolah Cara Permohonan Semakan Kelulusan

Bantuan Khas Rm600 Kepada Pemandu Bas Sekolah Cara Permohonan Semakan Kelulusan

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 1792 hits
BANTUAN KHAS RM600 KEPADA PEMANDU BAS SEKOLAH CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELULUSAN Kerajaan telah meluluskan bantuan khas RM600 seorang kepada 35 000 pemandu bas sekolah yang layak di seluruh negara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Si...
Ini Cara Nak Buat Sambal Sotong Paling Sedap

Ini Cara Nak Buat Sambal Sotong Paling Sedap

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 436 hits
Ada macam macam style nak buat sambal sotong Nak dapatkan sambal sotong yang sedap kena basah basah sikit Lepas tu warna pun memainkan peranan Yang penting rasanya cukup lengkap Ada pedas ada manis ada masin Fuhhhh Melalui facebook Isya San...
Cara Simpan Ayam Khusus Untuk Ibu Nak Jimat Masa Tak Berbau Tahan Lama

Cara Simpan Ayam Khusus Untuk Ibu Nak Jimat Masa Tak Berbau Tahan Lama

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 396 hits
Biasa bila beli stok bahan mentah kebanyakan ibu akan beli untuk tempoh seminggu Alasannya sebab tak mahu berulang ke pasar banyak kali kerana kesuntukan masa Cuma bila dah beli banyak sangat risau ayam berbau dan bila masak pun tak sedap S...
Apa Waris Nak Buat Jika Kematian Penama Atau Pembeli Coway

Apa Waris Nak Buat Jika Kematian Penama Atau Pembeli Coway

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 397 hits
Coway adalah jenama penapis air pilihan rakyat Malaysia hari ini Kebanyakan rumah rumah di Malaysia terdapat sebuah penapis air untuk menjamin kebersihan air yang diminum setiap
Denda Rm100 000 Terhadap Pemandu Mabuk Dalam Draf Pindaan Ruu

Denda Rm100 000 Terhadap Pemandu Mabuk Dalam Draf Pindaan Ruu

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Denda maksimum RM100 000 terhadap pemandu mabuk terkandung dalam draf cadangan pindaan Rang Undang undang Pengangkutan Jalan 2020 yang akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat sekarang Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjelas...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah