Sebelum kita bicara cara memohon, mari kita tengok apakah syarat-syarat untuk memohon pinjaman.Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSAKakitangan Kerajaan berjawatan tetapWarganegara MalaysiaBorang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahunTelah disahkan dalam jawatanBukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertibPerjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguamPinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.Ini adalah syarat-syarat asas, biasanya kalau sudah disahkan jawatan tu maknanya sudah layaklah untuk memohon, melainkan ada kes seperti muflis, sedang dalam tindakan tatatertib dan sebagainya.Mengapa perlu menggunakan pinjaman kerajaan? Banyak kelebihannya antaranya ialah kadar faedah bagi peminjam adalah 4%. Boleh dapat pinjaman penuh 100%.Adakah pinjaman kerajaan ini patuh syariah?Terdapat 2 skim pinjaman iaituSkim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara konvensional.Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).Sebagai seorang Islam maka wajib untuk kita memilih pembiayaan patuh syariah iaitu SPPPI.
Cara Membuat Permohonan Pinjaman Perumahan KerajaanSebenarnya, permohonan pembiayaan kini sangat mudah jika betul caranya, ada yang peminjam memberikan 100% proses permohonan dilakukan oleh agen perumahan, dan ada juga yang membuat permohonan sendiri. Lebih baik anda lakukan sendiri, supaya anda dapat belajar proses permohonan dan memahami setiap potongan atau prosudernya.Setelah anda berjumpa dengan pemaju, dan memilih rumah yang hendak dibeli, dan menerima dokumen-dokumen perjanjian jual beli (Sale and Purchase) rumah anda dikehendaki membuat permohonan pembiayaan secara online di laman web:Laman Web PermohonanPENDAFTARAN ID BARUPengguna kali pertama Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) dikehendaki mendaftarkan IDpengguna.Sila klik menu Pendaftaran ID Baru.Semua maklumat yang bertanda * adalah wajib diisi.Yang ini mudah sahaja, anda lengkapkan semua maklumat-maklumat peribadi anda dan yang berkaitan, pastikan diisi dengan betul. Selepas siap pendaftaran, anda bolehlah login masuk untuk membuat permohonan pinjaman perumahan kerajaan.
Maklumat harta yang perlu diisi dengan betul, rujuk dokumen Jual Beli PerjanjianUntuk memohon Pinjaman Perumahan Perbendaharaan yang baru, pemohon perlu menyemak kelayakan pinjaman dahulu dengan menekan menu PERMOHONAN PINJAMAN.
Kelayakan Pinjaman PerumahanProses pengisian borang anda boleh rujuk sahaja Panduan Pengguna yang telah disediakan: Panduan Pengguna
Borang permohonan dan dokumen sokongan fizikal yang telah dibuat pengesahan pula perlu dihantar dalam masa empat belas (14) hari bekerja. Anda boleh menghantarnya sendiri di Pejabat LPPSA atau secara pos. Boleh juga guna pos ekspress atau pos laju, untuk lebih selamat guna pos berdaftar.Kemudian anda tunggu sahaja permohonan anda akan diproses secepat mungkin, anda juga disaran untuk sentiasa menyemak status permohonan pinjaman perumahan kerajaan anda di menu semakan status pinjaman.Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor di bawah:Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600No.9, Kompleks Kementerian Kewangan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |