Cara Memilih Template Blog Yang Sesuai
Cara memilih template blog yang sesuai| Selesai pertukaran blog template bagi dua blog saya iaitu blog bilalelakiberbicara.com dan noorazlantumiran.blogspot.com. Kali ini saya memilih template daripada Arlina Design iaitu template NLight. Seperti biasa template yang akan saya guna adalah bercirikan minima, responsive dan tentunya sangat mesra dengan Adsense.
Sebenarnya saya ingin menggunakan dua template berbeza bagi dua blog tersebut. Namun terdapat sedikit masalah teknikal semasa memasang template blog bagi blog bilalelakiberbicara.com. Oleh itu, saya masih menunggu kemaskini terbaru daripada Arlina Design untuk menyelesaikan masalah teknikal ini supaya saya mampu mevariasikan template blog bagi kedua-duanya
Pemilihan template blog adalah mengikut citarasa pemilik blog. Apa yang kamu suka dan bukan apa yang orang lain suka. Jadi utamakan kehendak anda dahulu. Namun pandangan daripada orang lama dalam dunia blogging ada manfaatnya. Jadi bagaimana cara memilih template blog yang sesuai untuk blog anda
Berikut adalah panduan memilih template blog yang sesuai untuk blog. Saya kira ini bukanlah tips terbaik memilih template blog yang sesuai tetapi anda boleh mendapat inspirasi daripada entri ini untuk mencuba melakukan yang terbaik bagi blog anda. Semoga entri ini memberi ilmu dan idea kepada anada tentang bagaimana untuk menjadikan blog anda sebagai medium yang memudahkan pembaca serta mendapat tempat di dalam enjin carian Google.
Tips memilih template blog yang sesuai bagi sesebuah blog
Apabila anda melakukan blogwalking ke blog milik blogger lain, apa yang anda dapat? Jika anda adalah seorang pembaca sahaja, tentunya anda mensasarkan apa yang telah disampaikan oleh blog tersebut. Namun jika anda seorang blogger, beberapa perkara anda perlu lihat selain daripada seisi blogwalking ke blog blogger lain
1. Fast-Loading blog template
Apabila sesebuah blog memerlukan lebih masa pembaca untuk membuka blog tersebut, hal ini akan merencatkan minat anda untuk menunggu terlalu lama. Begitu juga pengunjung ke blog anda. Anda fikir mereka sanggup menunggu untuk membaca blog anda? Tentu sekali tidak. Oleh itu, perkara pertama yang sangat penting adalah kepantasan sesebuah blog. Pilih template yang memiliki ciri-ciri fast-loading dan anda boleh mencuba Live Preview terlebih dahulu untuk membuat penilaian
2. Template blog mesra Google Adsense
Jika anda belum lulus Google Adsense sekali pun, anda perlu memilih template blog yang mesra Adsense kerana seperti yang anda tahu, untuk mendapat kelulusan Adsense sangat rumit. Anda perlu mematuhi beberapa kriteria penting supaya mampu lulus Google Adsense dengan mudah. Kriteria paling mudah adalah sebuah blog perlu ada halaman contact, privacy policy, disclaimer dan sebagainya. Maka pilih lah template blog seumpamanya dan jangan diabaikan halaman-halaman tersebut agar kelihatan anda begitu serius dalam membangun sesebuah blog. Selain daripada itu, template mesra Adsense biasanya memudahkan anda melakukan aturan iklan pada paparan layout blog. Jadi letaklah iklan apa pun yang anda ada jika anda belum lulus Adsense sekalipun. Pilih template yang sudah tersedia Ads Ready agar menjimatkan masa anda untuk melakukan olahan pada template blog
3. Responsive Template Blog
Sangat penting. Cuba buka di komputer, laptop atau telefon bimbit terlebih dahulu. Template blog yang cantik tidak semestinya nampak cantik di mata pengunjung. Ada template yang nampak tidak tersusun semasa membuka pada peranti berbeza. Usah buang masa melakukan pengubahsuaian pada template blog jika hasilnya sangat mendukacitakan pengunjung blog. Tambahan lagi, jika anda tidak memiliki template jenis responsive, biasanya pengunjung akan mengambil sedikit masa untuk membaca entri anda dengan memerlukan mereka membuat pelarasan pada paparan terlebih dahulu sebelum dapat membaca entri anda
4. Ciri template blog minimalist lebih baik
Pada saat ini, template jenis minimalist mula mendapat tempat dikalangan blogger. Ya ia nampak simple tetapi pengunjung ingin membaca entri anda dan bukan untuk stalker blog anda. Maksud stalker adalah selak satu persatu apa yang ada dalam blog anda. Pilih template yang memudahkan pengunjung membaca kecuali jika anda memilih untuk menjadikan blog sebagai diari peribadi dan bukan mengharapkan pengunjung membacanya. Jika itu pilihannya, anda boleh meletakkan seberapa banyak widget yang anda suka. Usah fikir keperluan orang lain, yang penting kepuasan diri sendiri terlebih dahulu
5. Beli template blog lebih berbaloi
Mengapa saya menyarankan anda membeli template blog? Pertama anda boleh buang kredit daripada pemilik template blog. Kedua anda boleh mendapatkan bantuan teknikal daripadanya. Ketiga anda boleh membuang script yang boleh membuatkan blog anda kurang mendapat tempat di enjin carian. Keempat anda boleh simpan template blog dan mendapatkan kemaskini template blog tersebut. Kelima, anda tentu suka bila anda berjaya memiliki Green Card (Geran) kenderaan anda sendiri kan? Itulah perumpamaannya. Kebebasan melakukan hal apa pun pada template blog anda tanpa menyalahi hak pemilik asal template blog
6. Miliki kepuasan melalui template blog anda
Pilih template blog yang anda suka terlebih dahulu kerana setiap hari anda mungkin akan menghadapnya. Jika anda benci pada template blog anda, bagaimana anda mampu menghasilkan entri yang bagus dan menghabiskan masa dengannya. Mood yang baik hadir dengan pelbagai cara. Salah satunya melalui template yang membahagiakan anda melihatnya. Cuma pastikan memilih template blog yang telah terbukti keberkesanannya dalam enjin carian Google agar mampu membantu anda mengembangkan potensi blog pada masa hadapan
Template blog adalah baju anda
Template blog ibarat baju sendiri. Oleh itu sangat mengerti jika terdapat blogger memuat status menukar baju blog. Sampai satu saat anda pasti akan menukar selera template blog anda sendiri. Oleh itu cubalah seberapa banyak template blog sehingga anda merasa puas dengannya. Anda akan melihat perbezaannya sendiri. Namun semakin kerap menukar template, ianya merugikan kedudukan blog anda dalam enjin carian
Berapa harga template blog saya ini? Harga cuma lebih kurang RM32 sahaja. Semakin mahal harga template blog, semakin tinggi nilai karyanya, pasti ada sesuatu yang menarik mengenainya. Namun jika anda tidak begitu arif untuk mengubahsuai template code, anda boleh mendapatkan khidmat orang lain untuk melakukannya untuk anda. Ramai juga kenalan blogger yang menyediakan perkhidmatan servis ubahsuai blog dan seumpamanya. Tentu anda akan berpuas hati dengan hasil kerja mereka
Kata-kata akhir untuk entri pada kali ini, pemilihan template blog yang sesuai perlu mengambil kira aspek teknikal bagaimana sesebuah blog mahu beroperasi, apa yang anda mahu persembahkan kepada pengunjung dan adakah anda cukup berpuas hati dengan template blog yang anda lihat saban hari. Semoga bermanfaat kepada anda. Wallahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bilalelakiberbicara.com/2017/12/cara-memilih-template-blog-yang-sesuai.html