Cara Lembutkan Hati Orang Tua Yang Marah Bila Anda Berhenti Kerja Untuk Berniaga




Bagi anda yang masih ada emak dan ayah, apa saja yang anda buat tak ada yang lebih mendatangkan kepuasan selain dari mendapat perkenan dan restu dari mereka.
Kali pertama saya berhenti kerja untuk berniaga dulu, ketika gawat di era 1997, mak tak tahu yang saya sendiri buat keputusan untuk berhenti kerja dengan ambil tawaran VSS. Dia cuma tahu ketika itu ramai orang kena buang kerja akibat dari kegawatan ekonomi negara dan dunia. Saya selamat dari kemarahannya dalam keadaan tersebut.
Selepas itu saya berhijrah ke Lembah Kelang. Dapat kerja di syarikat multinasional dengan kerjaya yang stabil serta pendapatan mencukupi. Kerjaya tetap itu membolehkan saya mendirikan rumah tangga dan kemudiannya dalam diam-diam mula buat rancangan untuk berhenti kerja pula dan berniaga lagi.
Untuk kali kedua letak jawatan dan berniaga ini, jika tindakan itu diketahui oleh mak, sudah tentu dia akan marah besar. Untuk elakkan diri daripada kena marah, saya rahsiakan terlebih dulu tindakan itu.
Dah berhenti baru beritahuSelepas dah berhenti beberapa bulan barulah saya rancang untuk ceritakan semuanya pada mak. Untuk itu, saya ambil cuti dua tiga hari sebagai persediaan menghadapi leterennya. Sasaran yang paling penting adalah jangan balik selagi tidak berjaya meyakinkannya.
Bagaimana nak yakinkan mak?
Secara jujurnya saya memang tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan perkara tersebut. Sebaik saja saya beritahu kepadanya, dia berastaga tak henti-henti. Jelas terpancar kerisauan pada riak air mukanya. 
Selepas penat berasraga dia hanya diamkan diri tak mahu bercakap dengan saya lagi. Saya buntu dan tak tahu nak buat apa, hanya bertenang dan biarkan mak layan perasaannya terlebih dahulu sehingga dia tenang semula.
Bila nak balik semula ke Lembah Kelang, saya bersalam dengannya. Dia masih tak puas hati ketika meluahkan perasaannya pada saya ketika itu. Dia risau dan memarahi perangai saya yang baginya, tidak fikir tentang keluarga dan anak isteri.
“Hang tak fikir ka pada anak-anak yang masih kecil?", tanya mak.
Saya beritahu padanya yang semua itu sudah saya fikir masak-masak. Sekarang semuanya bergantung kepada pilihan yang mak mahu kan. Saya berikan kepadanya 2 pilihan berikut di bawah.
Mak terus marah dan tidak merestui apa yang saya buat. Hasilnya insyaallah dia akan dapat buktikan kebenaran rasa takutnya itu berlaku, iaitu saya berhadapan dengan kesusahan hidup. Atau ...Mak tenang dan bersabar serta beri restu terhadap apa yang saya lakukan, reda dengan minat saya diikuti dengan berdoa. Mohonlah pada Allah agar saya berjaya dan selamat, Insyaallah saya yakin, mak akan melihat saya berjaya.“Mak pilihlah yang mana satu?”, tanya saya perlahan.
Mak terdiam panjang menghadam apa yang telah saya sebut itu. Kemudiannya dengan perlahan dia berkata.
“Aku pilih yang kedua" 
Sejak itu dia tidak pernah lupa mendoakan kejayaan saya siang dan malam.
Alhamdulillah, saya tidak menghadapi kesusahan berniaga walaupun nampak macam susah. Bila ada kesulitan saya telefon mak sekadar bercerita atau mengadu. Biasanya masalah mudah saja selesai bila tiba masanya.
Bagi anda para usahawan, jangan sesekali lupa kan orang tua. Jadikan salah satu tugas anda untuk bahagia kan mereka. Jika mak nak duit, berikan saja padanya semampu mungkin. Tak payah nak tanya dia nak buat apa dengan duit tersebut, berikan saja.
Jangan berikan alasan sibuk untuk lupa menziarahi orang tua. Jika anda tahu betapa mereka rasa gembira dengan kehadiran anda di sisi mereka, sudah tentu anda tidak akan teragak-agak untuk meluangkan masa sekurangnya seminggu sekali untuk balik rumah, semata-mata untuk melihat wajah redup orang tua anda.
Ramai yang sebut, dab bagi saya formula itu memang mujarab.

“Bahagiakan mak, anda akan lebih mudah berusaha dan perniagaan anda insyaallah lancar”
Saya teringat pesan dari seorang kenalan saya, seorang uncle tua berbangsa Cina. Beliau seorang yang kaya raya, namun berkongsi penyesalannya pada saya pada suatu hari.
Sambil air matanya bergenang dia berkata ..
”Seandainya ibu saya masih hidup sekarang, saya akan pastikan setiap hujung minggu untuk memandu dari KL ke Johor Bharu, semata-mata untuk melihat wajahnya"
Segalanya sudah terlambat, ibunya sudah tiada. Ketika ibunya masih hidup dia terlalu sibuk mengumpul harta. Ada saja alasan untuk tidak pulang menziarahi ibunya itu. Cina tua itu berkali-kali pesan pada saya jangan lakukan kesilapan yang telah dia buat. 
Luangkan masa untuk menziarahi ibu anda sekerap mungkin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/06/cara-lembutkan-hati-orang-tua-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Mengadu Kena Marah Di Tempat Kerja Ibu Tak Puas Hati Amp Pergi Serang Majikan Di Pejabat

Anak Mengadu Kena Marah Di Tempat Kerja Ibu Tak Puas Hati Amp Pergi Serang Majikan Di Pejabat

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 270 hits
Bermacam kisah tentang Generasi Z atau Gen Z yang kita dengar sebelum ini dan setiap kali ada cerita yang ditularkan pasti menjadi bualan hangat di media sosial Terbaru seorang majikan berkongsi tentang salah seorang pekerjanya yang diangga...
Surat Berhenti Kerja 24 Jam Contoh Dan Panduan

Surat Berhenti Kerja 24 Jam Contoh Dan Panduan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 161 hits
Adakah anda ingin menghantar surat berhenti kerja dengan notis bertempoh 24 jam Tunggu dahulu Apabila anda bekerja dengan syarikat swasta dan tempoh percubaan anda telah tamat maka kebiasaannya piha syarikat atau majikan meletakkan syarat t...
8 Cara Berhenti Merokok 100 Berhasil Dan Cepat

8 Cara Berhenti Merokok 100 Berhasil Dan Cepat

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 136 hits
Cara berhenti merokok 100 berhasil dan cepat nbsp Bagi yang sudah terlanjur atau para pecandu rokok berat maupun aktif memang susah untuk berhentinya mungkin ada sebagian orang berkata besok saya akan berhenti merokok namun beberapa hari ke...
Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Cara Buat Laporan

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Cara Buat Laporan

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 168 hits
Gangguan seksual adalah salah satu perlakuan tidak bermoral yang dilakukan olehseseorang terhadap seseorang yang lain dan perkara ini banyak berlaku di tempat kerja Kebiasaannya perlakuan ini dilakukan oleh individu yang lebih berkuasa dan ...
14 Cara Menaklukan Hati Pria Zodiak Sagitarius Ampuh Dan Jitu

14 Cara Menaklukan Hati Pria Zodiak Sagitarius Ampuh Dan Jitu

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 188 hits
Cara menaklukan nbsp hati pria zodiak Sagitarius nbsp Bagi anda terutama dengan para wanita suka kepada cowok zodiak Sagitarius memang sudah wajar sekali mencintai lawan jenis anda memang cinta itu datangnya tidak tahu entah dari mana sehin...
Cara Menenangkan Hati Dan Pikiran Saat Galau Bad Mood Juga Sedih

Cara Menenangkan Hati Dan Pikiran Saat Galau Bad Mood Juga Sedih

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 180 hits
Saat keadaan kita sedang kacau kalut galau dan bad mood biasanya jadi banyak pikiran yang muncul di kepala Akibatnya jadi overthinking dan sulit berpikir jernih Lalu bagaimana cara menenangkan hati dan pikiran agar kita merasa lebih tenang ...
Tak Berhenti Berlakon Dek Kes Pandu Mabuk Kim Saeron Mula Kerja Sebagai Pengurus Kafe Kini

Tak Berhenti Berlakon Dek Kes Pandu Mabuk Kim Saeron Mula Kerja Sebagai Pengurus Kafe Kini

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 117 hits
Apa agaknya khabar Kim Sae ron Artikel Berkaitan Terbaru pelakon itu didedahkan telah mendapat kerja sebagai pengurus tetap di sebuah kafe di Seongsu dong Seoul Khabarnya dia bertanggungjawab menguruskan keseluruhan kedai Malah Kim Sae ron ...
10 Cara Memikat Hati Pria Yang Cuek Dan Pendiam

10 Cara Memikat Hati Pria Yang Cuek Dan Pendiam

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 153 hits
Cara memikat hati pria yang cuek dan pendiam nbsp Ingin tahu bagaimana tips dan cara memikat hati pria cuek paling ampuh dan jitu ataupun cara mendapatkan hati lelaki cuek dan pendiam tersebut Memang sangat sulit bagaimana cara menarik perh...
Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Yang Menarik Perhatian

Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Yang Menarik Perhatian

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 274 hits
BloggerBorneo com Surat lamaran kerja adalah salah satu komponen penting dalam proses pencarian pekerjaan Surat ini merupakan kesempatan pertama bagi Anda untuk memberikan kesan positif kepada calon pemberi kerja Surat Lamaran Kerja merupak...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus