Cara Elak Rumah Anda Didiami Golongan Jin Iblis Dan Syaitan
Rumah yang bahagia bermula dengan kehidupan yang berpasakkan agama, mengikut Sunnah. Kembali kepada Allah. Sejak tahun lepas, hidup saya mula terasa sukar, banyak marah, gelisah dan cepat down. Saya cuba pelbagai ikhtiar, solat, mengaji, zikir, ada perubahan tetapi masih tidak tenang.
Apa lagilah dosa saya, ujian apakah ini
Sudah tentu, banyak kesilapan yang saya lakukan. Allahu akbar, saya berharap sangat-sangat agar Allah ampunkan saya. Lalu saya teringat seorang sahabat saya, beliau diuji lebih berat, kesihatan yang teruk, kewangan yang cukup-cukup, berjauhan dengan anak tercinta namun subhanallah cinta dan keyakinan terhadap Allah sangat kuat. Saya kagum setiap kali berbual bersama beliau. Doa saya, agar Allah tempatkan sahabat saya, suaminya dan anaknya ke dalam syurga. Ya Allah, kasihanilah mereka, sayangilah mereka dan tempatkanlah mereka bersama orang-orang beriman. Aamin ya rabbal alamin
Sambung ya, satu hari, saya mengadu kepada beliau, hidup saya tak bahagia, kuat marah, bisnes merosot.. lalu beliau ajarkan kepada saya tentang makhluk JIS (jin, iblis dan syaitan).
Apakah rumah saya diduduki bersama-sama mereka? Pelik juga kan, sebab dalam satu hadis, ayat Al-Baqarah boleh menghalau makhluk lain di dalam rumah. Saya dah amalkan. Eh, apa lagi yang tak kena
Lalu beliau berkata, jangan jadikan rumah kita ini, rumah yang diduduki bersama golongan jin. Saya akan kongsikan perbualan saya dan beliau. Daripada perbualan tersebut, ini adalah beberapa perkara yang harus anda lakukan untuk mengelakkan jin duduk dan tinggal di rumah anda.
1. Membaca Bismillah dalam setiap perbuatan, baik makanan, memakai baju, masuk ke dalam bilik air, keluar rumah malah ketika menutup pintu
2. Tutup tandas setiap kali menggunakannya dan baca bismillah sebelum dan selepas menutup pintu
3. Tidak membiarkan pakaian diletakkan di dalam tandas
4. Tidak membiarkan pakaian berlonggokan di dalam rumah5. Sentiasa bersihkan sisa makanan, pinggan mangkuk, sinki sebelum tidur. 6. Jangan biarkan makanan dan minuman terdedah
7. Tutup pintu, tingkap sebelum Maghrib dan bacalah Bismillah ketika menutupnya8. Membaca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah sebelum tidur
9. Kerap membaca ayat Kursi10. Jangan merokok di dalam rumah
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Allah menyukai tempat yang bersih, cantik, oleh itu sebegitulah sepatutnya rumah kediaman kita semua
Tanda-Tanda rumah anda didiami jin dan gangguan Jin- Makanan cepat basi- Selalu terdengar bunyi guli- Sering dengar perabut ditarik- Nampak lembaga melintas- Rasa meremang bulu roma di dalam rumah
Saya alami beberapa perkara di atas ya, lagi2 bab lembaga tu.
Lagi info lanjut baca di SINICara Memagar Rumah daripada Dimasuki Jin, Iblis dan Syaitan
Sahabat sila baca artikel di bawah ini yahttps://muftiwp.gov.my/artikel/al-afkar/3889-al-afkar-71-amalan-perlindungan-dan-memagar-rumah
8 Tempat Kesukaan dan Tempat Tinggal Jinhttps://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/01/24/jin
Sahabat saya ada menyebut tentang jin sabyan kan? Boleh baca di sini, pertemuan Nabi Sulaiman AS dengan Jin Sabyan
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua suri, para suami, anak-anak. Usahakanlah seisi keluarga anda untuk pastikan penjagaan kebersihan, amalan membaca Al Quran dan sentiasalah menambah ilmu agama. Insya Allah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2023/02/cara-elak-rumah-anda-didiami-golongan.html