Cara Daftar Penang Smart Parking
CARA DAFTAR PENANG SMART PARKING (Guna Aplikasi & Check Kadar)
Kepada warga penduduk Pulau Pinang, anda terkini tidak perlu bersusah payah mencari mesin bayaran parking kenderaan lagi. Kini dengan menggunakan aplikasi PenangSmart Parking anda boleh membuat bayaran letak kenderaan di mana-mana kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Prai.
Bagaimana cara daftar aplikasi Penang SmartParking? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU PENANG SMART PARKING
Penang SmartParking adalah sistem parkir berdasarkan aplikasi telefon pintar yang diperkenalkan di Pulau Pinang pada 19 Ogos 2019. Ia menggantikan penggunakan kupon parkir yang akan tamat hayat selepas 31 Disember 2020. Kemudahan parkir ini merangkumi 36 petak letak kereta yang dipunyai Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai.
MUAT TURUN APLIKASI PENANG SMART PARKING
Anda hanya perlu memuat naik aplikasi PenangSmart Parking terlebih dahulu kemudian install di handphone anda:
Play Store bagi pengguna Android
Apple Store bag pengguna IOS
KADAR PARKING PENANG SMART PARKING
Dari 1hb Januari, 2020, kadar parkir di Pulau Pinang ialah 40 sen untuk setiap setengah jam, dari 8:00am hingga ke 6:00pm, dari Hari Isnin ke Hari Sabtu. Parkir percuma pada hari Ahad dan hari cuti am.
CARA DAFTAR PENANG SMART PARKING
Setelah anda install aplikasi Penang SmartParking di Handphone anda, berikut adalah merupakan cara daftar:
Buka aplikasi Penang SmartParking.
Klik pada Daftar
Daftar ID pertama anda dengan menggunakan no telefon
Ciptakan kata lalaun anda.
Seterusnya pada menu utama klik pada butang fungsi untuk masukkan No kenderaan anda
Buat kali pertama, anda seharusnya tambah nilai minima RM10 (pembayaran boleh menggunakan FPX) pada bahagian Tambah Nilai
Selesai, sekarang anda boleh menggunakan Penang SmartParking.
CARA GUNA PENANG SMART PARKING
Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adalah cara penggunaan Penang SmartParking:
Buka Aplikasi tersebut setelah anda meletakkan kenderaan dalam mana-mana kawasan di Pulau Pinang.
Klik pada Parkir & Bayar
Masukkan No kenderaan anda.
Kemudian pilih tempoh masa untuk meletakkan kenderaan
Sahkan tempat parking kenderaan dan tempoh masa beserta bayaran yang akan dikenakan
Terdapat loceng amaran untuk mengingatkan anda apabila tempoh kehabisan, dan perlu bayaran tambahan. Caj parkir bermula sebaik anda tekan bukang okay.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN APLIKASI PENANG SMART PARKING
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda menggunakan aplikasi ini:
Tidak perlu lagi cari mesin bayaran parking.
Tiada lagi masalah kalau mesin rosak.
Tiada masalah mesin telan duit.
Tidak perlu lagi letak tiket parking pada dashboard kereta.
Tidak perlu lagi keluar dari pejabat untuk tambah tiket parking.
Tak perlu lagi sediakan duit syiling. Kalau tak ada, jenuh nak tukar pula duit kertas dengan duit syiling.
Tak perlu lagi pergi cari kupon gores dan parking.
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN ZAKAT PULAU PINANG MAINPP 2022
The post CARA DAFTAR PENANG SMART PARKING (Guna Aplikasi & Check Kadar) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/penang-smart-parking.html