Cara Claim Kemalangan Dari Kenderaan Tanpa Insuran



Minggu lepas masa aku balik dari kerja, aku kemalangan. Agak teruk juga la. Moto R25 aku si #GadisBertudungBiru sampai pecah cover set fairing sebelah kanan. Aku pulak, merasa la naik ambulan ke hospital sebab disyaki kaki patah. Nasib baik lepas x-ray rupanya tak ada apa-apa.


Bertambah malang, kereta Volvo lama (yang body keras tu) yang langgar aku tu rupanya tak ada road tax. Tak boleh nak claim insuran dia la. Memang kena claim insuran sendiri la. Habis NCD aku.



Cara claim kemalangan dari kenderaan tanpa insuran
Aku pun cari kot-kot ada cara nak claim kemalangan kalau dilanggar kenderaan yang tak ada insurance. Ada tu memang la ada, tapi ada kelemahannya jugak kalau nak buat cara ni. Susah. Ada 2 cara kalau korang nak buat. 

Claim dengan MIB (Motor Insurers’ Bureau)

MIB ni biro yang ada dana khas untuk melindungi pengguna jalan raya yang dilanggar kenderaan yang tak ada insurans. Antara info tambahan pasal MIB ni adalah :

1. Claim MIB boleh buat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tidak terima kes langgar lari. Mesti tahu nombor plat kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita lantik peguam dan mahu saman kenderaan melanggar itu, mesti maklumkan kepada MIB dalam 30 hari sebelum memfailkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan. Ganti rugi kenderaan, harta benda, kehilangan pendapatan dan seumpamanya  tidak dilindungi.
6. Jumlah bayaran ditentukan MIB sendiri

Nampak tak kelemahannya disitu? MIB Cuma boleh claim kecerderaan sahaja. Gantirugi kenderaan tak termasuk. Aku cedera sikit saja, motor yang teruk. Jadi, tak berbaloi la kalau nak buat.

Kalau korang nak buat, kena ada :

1. Surat kepada MIB mengandungi perincian kejadian, sebab tuntutan dan senarai dokumen.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan

Hantar dokumen di atas kepada:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma Piam
No 150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Faks: 03-2274 5910

Claim melalui saman mahkamah

Ni cara extreme sikit. Korang boleh saman ke mahkamah dan minta ganti rugi terhadap pesalah/pelanggar tersebut. Tu pun kalau korang memang tak bersalah la dalam kemalangan tu.

Cara nak saman ni datang daripada seorang peguam bernama Nor Zabetha. Ini cara yang beliau berikan :

1) Tangkap gambar kereta yang melanggar, tangkap gambar kereta kita (untuk simpanan peribadi atau sebagai rekod sendiri walaupun selepas laporan polis, polis akan tangkap gambar. Lebih elok jika ada rekod sendiri).

2) Tangkap gambar/ salin no plat kenderaan yang melanggar.Maklumat no.pendaftaran penting sebab perlu buat carian JPJ untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan pemilik kenderaan.

3) Tangkap gambar roadtax pelanggar (untuk pastikan roadtax/insurans masih ada untuk kita tahu tindakan seterusnya seperti memasukkan dalam report polis)

4) PENTING!!!- Minta nombor telefon dan nama pelanggar-nama penuh, kalau dia hendak berikan kerjasama minta nama dan nombor kad pengenalan. Kita boleh menyaman pemandu dengan informasi yang cukup. Kalau dia enggan terpaksa kita ambil tindakan terhadap pemilik.

5) Buat laporan polis bagi kemalangan dalam tempoh 24 jam. Polis akan tangkap gambar kemalangan dan membuat laporan penuh serta lakaran kemalangan.

6) Hubungi pihak insurans anda.

7) Sekiranya pelanggar tiada lesen atau insurans. Anda selesaikan urusan pembaikian dahulu. Lantik peguam. Mulakan tindakan di mahkamah. Selepas dapat perintah untuk pelanggar membayar oleh mahkamah (penghakiman) mulakan tindakan untuk membankrapkan atau menyita atau lain-lain.

Kalau aku nak buat macam ni, memang banyak cerita pulak nanti siap nak bawa kes ke mahkamah. Banyak kerja pulak. Hmm.. last2, aku terpaksa calim insurance sendiri je. Sabor je la.


sumber dan rujukan :
1. Blogmazeer. (2018 Dec 13). Apa yang perlu anda buat jika kenderaan dilanggar pemandu tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh? peguan ini ajar cara selesaikan, jangan panik ok!!. Blogmazeer.com. dipetik dari https://www.blogmazeer.com/2018/12/apa-yang-anda-perlu-buat-jika-kenderaan.html
2. pandulaju. (2017 May 21). #ApaNakBuat: Kena Langgar, Tapi Kenderaan Tiada Insurans, Boleh Claim atau Tidak. dipetik dari https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kena-langgar-tapi-kenderaan-tiada-insurans-boleh-claim-atau-tidak/
3. Nor Zabetha (2018 Jun 25). facebook post. dipetik dari https://www.facebook.com/zabetha/posts/10214041104214922



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.budakpening.com/2019/09/cara-claim-kemalangan-dari-kenderaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Maut Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim

Dua Maut Empat Cedera Kemalangan Lima Kenderaan Di Kulim

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 483 hits
Alor Setar Dua maut manakala empat termasuk dua kanak kanak cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Padang Serai menghala ke Tasek Gelugor Kulim pagi tadi Penolong Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba ...
Kemalangan Empat Buah Kenderaan Tiga Maut Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan

Kemalangan Empat Buah Kenderaan Tiga Maut Tong Gas Bertaburan Di Atas Jalan Akibatkan Kesesakan

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 357 hits
Seremban Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di KM269 9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai telah meragut tiga nyawa semalam Kejadian yang berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Seremban kira kira ja...
Cara Mudah Dan Murah Wangikan Kenderaan Anda

Cara Mudah Dan Murah Wangikan Kenderaan Anda

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 373 hits
Anda pasti pernah berdepan dengan masalah kenderaan berbau busuk disebabkan hapak kasut atau tumpahan makanan dan minuman Biarpun selepas dicuci kadangkala aroma yang kurang menyenangkan itu masih melekat Justeru bagi mengatasi masalah bau ...
Agong Turun Kenderaan Periksa Mangsa Kemalangan

Agong Turun Kenderaan Periksa Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 367 hits
Sikap keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak dapat dinafikan lagi apabila kali ini Seri Paduka bertindak turun dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan seorang mangsa kemalangan b...
Cara Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan Irakyat

Cara Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat Menggunakan Irakyat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1139 hits
Bayar Pinjaman Yayasan Bank Rakyat lebih mudah dengan menggunakan internet perbankan iRakyat Pelajar yang kini sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi yang ingin memohon mana mana bantuan kewangan Pinjaman Yayasan Bank Rakyat boleh and...
Facebook Page Dah Cecah Lebih 7 Ribu Follower Cara Naik Kan Jumlah Follower Dalam Masa Singkat

Facebook Page Dah Cecah Lebih 7 Ribu Follower Cara Naik Kan Jumlah Follower Dalam Masa Singkat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 280 hits
Hi semua Macam tak percaya je saya punya facebook page dah lebih 7 ribu follower Facebook page saya tu awal nya milik orang lain masa tu tak ramai follower pun Post pun tak banyak like dan share Mungkin sebab ianya lebih fokus pada sukan Sa...
Panduan Bergambar Cara Ikat Mata Kail Pancing

Panduan Bergambar Cara Ikat Mata Kail Pancing

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 1866 hits
Cara mengikat mata kail secara betul sering menjadi masalah kepada mereka yang tidak mahir atau baru berjinak jinak dengan dunia memancing Di sini disertakan gambar gambar yang berkaitan cara ikat mata kail pancing yang betul Semoga bermanf...
Ini Cara Teknik Mudah Buat Page Number List Of Table Dan Table Content Untuk Siapkan Assigntment Tesis

Ini Cara Teknik Mudah Buat Page Number List Of Table Dan Table Content Untuk Siapkan Assigntment Tesis

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 343 hits
Teknologi komputer banyak membantu urusan seharian seperti memudahkan akses dokumen ketika berada di mana mana dan mengurangkan penggunaan kertas Oleh itu kemahiran dalam menggunakan perisian komputer merupakan satu perkara asas dalam keban...
Info Punca Dan Cara Mudah Rawat Bibir Kering

Info Punca Dan Cara Mudah Rawat Bibir Kering

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 499 hits
Kenapa Kulit Bibir Mudah Menjadi Kering Bibir tidak seperti kulit dimana ia tidak memiliki kelenjar minyak Oleh sebab itulah bibir sangat mudah kering Jika dibiarkan ia akan menjadi lebih parah dan menjadi pecah pecah dan luka Baca Antara p...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025