Cara Buat Kuih Kalakatar Yang Mudah Tetap Sedap Wangi


Cara buat kuih kalakatar atau bingka kelapa. Merupakan hidangan tradisi masyarakat Banjar, kuih ini terkenal dengan rasa lemak manis, tekstur lembut dan aroma wangi daripada kelapa muda serta air kelapa.
Kaedah asli dibakar menggunakan sabut kelapa sekaligus memberikan rasa dan bau yang lebih autentik. Tapi kalau tak mahu rumah penuh asap boleh saja bakar menggunakan oven. Rasanya sama sedap cuma kekurangan aroma sabut kelapa saja.
Cara Buat Kuih Kalakatar / Bingka Kelapa
Bahan-bahan 1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu terlalu manis)
2 biji telur gred B
4 cawan air kelapa muda
1 mangkuk isi kelapa muda
½ sudu teh garam
1 sudu besar marjerin (Buttercup digalakkan untuk rasa lebih lemak)
Cara Penyediaan 1. Dalam mangkuk besar, satukan gula, marjerin dan telur. Kacau hingga gula larut.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan garam. Tuang air kelapa sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.
3. Tapis adunan untuk pastikan ia halus dan bebas dari ketulan.
4. Masak adunan di dalam periuk bersama sedikit isi kelapa, guna api sederhana. Kacau sentiasa sehingga adunan pekat dan berkilat.
5. Sapu loyang dengan marjerin supaya kuih tak melekat. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
6. Taburkan baki isi kelapa di atas adunan sebagai hiasan.
7. Bakar pada suhu 180°C selama 1½ jam atau sehingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis oven.

8. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.
Tip Ekstra – Untuk rasa lebih wangi, boleh tambah sedikit daun pandan ketika memasak adunan.
– Jika mahu tekstur lebih halus, tapis air kelapa terlebih dahulu sebelum digunakan.
– Pastikan kuih benar-benar sejuk sebelum dipotong supaya potongannya kemas dan tak mudah hancur.
INFO: Dalam bahasa Banjar, kalakatar sebenarnya bermaksud kala iaitu ketika dan katar pula bererti panas. Lazimnya, kuih berkenaan dimakan ketika masih lembut dan panas.
Kredit Resipi & Foto: Adrina Lavender Taurus
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
 


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/09/cara-buat-kuih-kalakatar-yang-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 6046 hits
Teringin makan murtabak mi segera Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah senang sesangat rupanya Orang orang bujang mesti suka ni bahan asasnya hanya mi segera telur Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je Kalaua nak tahu macam mana m...
Resipi Bingka Roti Pandan Kuih Tradisional Mudah Wangi

Resipi Bingka Roti Pandan Kuih Tradisional Mudah Wangi

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2532 hits
Bingka roti pandan memang antara kuih tradisional Malaysia yang digemari ramai Teksturnya lembut harum dengan aroma pandan dan rasa lemak manis santan yang membangkitkan selera Lagi menarik resipi ini sangat mudah sebab hanya menggunakan ro...
Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

Cara Masak Pad Kra Pao Daging Sedap Resipi Asli Selatan Thailand

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 4838 hits
Sedapnya Pad Kra Pao Daging ni Bagi penggemar sajian Thailand pasti tidak asing lagi dengan menu yang satu ni Ia merupakan salah satu sajian Thailand yang tersohor yang dimasak menggunakan daun thai basil atau daun selasih Sangat wangi dan ...
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 2135 hits
Resipi Mudah Cepat Ini Cara Buat Kari Sotong Ala Mamak Di Rumah Bagi penggemar makanan berempah sotong kari mamak sememangnya antara hidangan yang mampu membuka selera Kari sotong merupakan antara hidangan tradisional yang cukup digemari di...
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 663 hits
Cara Semak Nombor Telefon Akaun Bank Scammer Dengan Mudah Sejak kebelakangan ini kes penipuan dalam talian semakin menjadi jadi Hari hari ada sahaja kisah mangsa yang kehilangan duit beribu ringgit Lebih memilukan duit yang lesap itu kadang...
Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah Sedap Hirup Panas Panas

Resipi Sup Ikan Jenahak Yang Mudah Sedap Hirup Panas Panas

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 4303 hits
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung lagi berselera makan lauk sebegini Cara membuat sup ikan jenahak ini juga mudah bahan bahannya yang biasa biasa saja...
Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

Cara Buat Acar Limau Kasturi Paling Sedap Rasa Masam Manis Pedas Perfect

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 6025 hits
Cara buat acar limau kasturi menu ini boleh lauk sampingan yang cukup membuka selera Gabungan rasa masam manis pedas dan masin menjadikan acar ini sesuai dimakan dengan nasi putih penambah rasa pada lauk utama Selain mudah disediakan acar l...
Resipi Ayam Kukus Kicap Menu Jimat Sihat Sedap Paling Mudah Masak

Resipi Ayam Kukus Kicap Menu Jimat Sihat Sedap Paling Mudah Masak

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 3375 hits
Pernah cuba sajian Ayam Kukus Kicap Resipi perkongsian dari saudari Dani J Tang ni nampak sangat mudah dan sedap Memang senang sahaja cara memasaknya Bagi anda yang sukakan lauk pauk yang lebih sihat resipi ini tentunya boleh dicuba Sesuaik...
Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 5760 hits
Google Drive ni sebenarnya macam almari awan atau cloud untuk kita simpan fail Semua dokumen gambar video atau tugasan boleh diletakkan di situ Bestnya bila kita simpan di Google Drive kita boleh buka semula di mana mana sama ada guna kompu...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Susu Rosak Jangan Buang Transform Jadi Keju Cottage Homemade Sedap Dan Puas Hati

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Jangan Fitnah Walaun Hati Hati Tentang Maklumat

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Why Abu Dhabi Is The New Hotspot For Girls Weekend Getaways

Baru Tahu Ternyata Ada Heater Kolam Renang Hemat Listrik Hampir 600

Yeayy Aaira Dah Bergambar Konvo

Mee Goreng Yang Dirindui

Ayam Masak Kicap Berempah

Networking Is A Lifeline For Startups