Cara Berkesan Hilangkan Selsema Dan Batuk Bayi Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Bakar



Petua Minyak Bawang Putih Bakar
Bila anak bawah 6 bulan kena jangkitan selsema dan batuk, aku lah paling tak senang duduk. Iyalah, bila dah lama tak punya anak kecil lagi-lagi bayi, seakan lupa dah bagaimana nak rawat bayi bila kena sakit batuk dan selsema teruk. 
Bermula dengan anak sulung juju kena selsema teruk, kemudian bila dia sembuh berjangkit dengan juju. Bukan setakat selsema, batuk teruk yang berpanjangan pun kena sekali sampai sakit keseluruhan badan. 
Ada bayi bawah 6 bulan, bila kita tak sihat, sudah tentu sukar nak kawal batuk depan bayi tau. Qayla imani, dari sihat walafiat berjangkit juga akhirnya. Dia baru nak masuk ke angka 4 ke 5 bulan. 
Teruk juga simptom batuk dan selsema dia sampai bila waktu nak bagi dia menyusu pun habis dia luakkan balik bersama-sama lendir. Risau, risau!***Jikalau jangkitan berserta dengan demam, kalian kena bawa jumpa doktor. Jangan simpan anak dirumah, jangan biarkan, jangan tunggu dan lihat dan elak dulu rawat sendiri ya. Bagi doktor pantau seawal yang mungkin. Demam jangan dibuat mainan, lagi-lagi kalau ada masalah pernafasan dan lain-lain. Kebetulan bayi juju cuma jangkitan selsema dan batuk sahaja tanpa demam. Itu yang guna cara rawatan alternatif sebab memang tiada ubat untuk bayi yang kena selsema mahupun batuk. Bila waktu pemeriksaan wajib di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) macam biasalah suntikan imunisasi untuk bayi tu kan, sempat aku bertanya ada tak rawatan untuk ubatan bayi bawah 6 bulan untuk selsema dan batuk?
Cik misi jawab 'Tiada'. Cuma neb sahaja jika diperlukan. Tapi kena rujuklah klinik kesihatan biasa untuk itu. Hmmmm, aku cuba lagi tanya klinik swasta. Zaman sekarang kan semua di hujung jari, klinik swasta boleh wassup tepi je tanya soalan yang sama.
Jawapan yang di beri tetap sama, 'Tiada rawatan ubatan untuk anak bawah 6 bulan, neb sekiranya perlu'.
Sambung balik risau... tapi aku tak diam disitu, aku tanya kawan-kawan mak-mak blogger. Mereka cadangkan untuk buat minyak bawang putih bakar. Zasss jadi ! Gambar atas sekali tu aku cuma bakar dua ulas bawang putih selama 2 minit je, jangan lama tau nanti khasiat dia hilang pula. 
Resipi Minyak Bawang Putih Bakar Untuk Bayi
Caranya: Ambil 2 ke 3 biji ulas bawang putih - buangkan kulitLetakkan di garfu seperti gambar diatas senang nak bakar atas api dapur kecilBila agak kekuningan atau sedikit nampak kehitaman boleh angkat.Masukkan dalam bekas lenyekkan dengan sudu kecil sehingga lumat.Campur 3 sudu besar minyak zaitun ke dalam bawang putih bakar.Gaul sehingga mesra.Sebaiknya simpan dalam bekas kedap udara macam diatas.Celup dengan jari sedikit dan sapu keseluruhan dada bayi, belakang badan bayi, bawah lutut, tapak kaki serta sedikit di peha selama beberapa hari sehingga selsema dan batuknya mulai reda. 
Sebaiknya, pengalaman juju sendiri, 2 kali sehari. Waktu pagi dan waktu malam. 
Tahan lama tau dekat seminggu simpan masih elok, juju buat 4 ulas bawang putih bakar, simpan dalam minyak zaitun. Senang nak ambil bila-bila masa, baunya ada sedikitlah tapi bila lama kelamaan simpan bau bawang putih bakar tu dah mulai kurang. 
Ini baru mula-mula buat, masa ini 23 Feb 23 Qayla imani baru kena selsema dan batuk. Terus buat atas nasihat mak-mak kawan. Masa ini tak pandai lagi nak simpan dalam bekas, letak pun dalam bekas kaca gitu je. 
Khasiat Bawang Putih Bakar (Sumber bacaan: Jiwasihat.com)Kandungan antioksidan lebih tinggi dari bawang putih biasaBersifat antiradang - membantu dan mengurangkan keradangan contoh jangkitan selsema dan batuk anak berpanjangan Boleh melindungi hati dari kecederaan Baik untuk sistem penghadaman si anak - melancarkan pergerakan pembuangan air besar (ini betul, baby Qayla imani kerap membuang selepas amal)Baik untuk kesihatan otak. Qayla imani baru lepas checkup bulanan, masa ini dia tak berapa sihat lagi tengah selsema dan batuk tau. Memang masa ini hari-hari juju sapu minyak bawang putih bakar itu setiap pagi dan malam.
Kesan 10 hari bersama minyak bawang putih bakarHari pertama sapu - anak mudah tidur lena dan kurang bunyi wheezing semasa tidur.Lendir keluar banyak - semasa mandi air suam, buang air besar kerap dalam 3 kali sehari (cara lendir selsema keluar melalui najis)Batuk mulai kurang - masa mula sapu akan nampak kesan anak macam makin kerap batuk dan selsema macam makin nampak tebal. Rupanya itu lah lendir dan kahak yang cair keluar serentak. Nampak macam tak berkesan tapi sebenarnya itulah cara bawang putih bakar itu detokskan.Minum susu makin kerap - kalau selsema dan batuk anak macam tak lalu nak menelan susu perasan tak, sebab lendir tu yang menyekat saluran pernafasan diorang. Jadi bila sapu minyak bawang putih tu dia membuka sedikit rongga pernafasan, senang anak nak minum susu.Alhamdulilah, hari ini dah masuk hari ke 9 baby juju selepas kena selsema dan batuk berpanjangan. Esok hari ke-10, semalam nampak dia ceria, senyum dan masa tidur pun dah tak bunyi dah. Selsema dan batuk mulai reda. Syukur Ya Allah!
Sambil itu, juju ada juga guna produk bayi lain dipasaran sebagai selingan dalam merawat selsema dan batuk anak boleh klik 👉 SINI
Produk herbal cream tu bukan setakat membantu simptom di atas, ia juga dapat merawat masalah kembung perut bayi dan buat bayi tidur lena juga. 
Tapi, petua Minyak Bawang Putih Bakar paling ohsem kesannya, walaupun ia ambil masa lama tapi kesan positifnya sangat berbaloi-baloi. 
Memang petua ini memakan masa lama untuk sembuh.
Ibu dan ayah kena sabar. Macam juju pun tak sabar nak anak sembuh, tapi percayalah bila anda amal khasiat minyak bawang putih ini pada anak, hari-hari sapu akan nampak sinar kesihatan kebahagian itu kembali buat kita.
Sujud syukur juju bila anak semakin nak sembuh. Lepas ini, memang juju akan jadikan pati minyak bawang putih bakar sebagai rutin sapuan untuk sekali sehari selepas mandian anak. Buat pencegahan awal sekiranya perlu betul tak. 
Cubalah ya, semoga perkongsian ini dapat membantu anda yang sedang mencari rawatan alternatif untuk si comel kesayangan. Murah, senang didapati dan mudah dipraktik di rumah sahaja. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2023/03/cara-berkesan-hilangkan-selsema-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Berkesan Cuci Tile Kotor

Cara Berkesan Cuci Tile Kotor

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 292 hits
Cara berkesan Cuci Tile Kotor Tile atau jubin yang berkerak kotor dan hitam memang susah nak dicuci Memang memerlukan kekuatan fizikal nak menyental nya Kat kawasan rumah aku ni ada satu laluan bertile menuju ke rumah mak pak aku Jadi kalau...
Persiapan Ramadan Kemendag Impor Gula Hingga Bawang Putih

Persiapan Ramadan Kemendag Impor Gula Hingga Bawang Putih

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 166 hits
Kementerian Perdagangan mengimpor gula daging beras bawang putih kedelai hingga DOC broiler untuk daging ayam guna memenuhi kebutuhan bahan pokok selama periode bulan puasa dan Lebaran 2023
Dinda Permata Biar Sendiri Chord

Dinda Permata Biar Sendiri Chord

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 127 hits
OST Isteri Halal ChordEm Am Em AmEmmenatap sepi Credakan hatiEmbagaikan mimpi Cbayang ilusiD G tak bermakna lagiGEmderas degupanAmteman tangisanEmku tak tertahanAmhilang renunganD E lemahku merapahEAm Ddan ku tak lagi Bdengar kau Ememanggil...
Resipi Mi Hokkien Halal Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

Resipi Mi Hokkien Halal Boleh Cuba Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 227 hits
Mi Hokkien versi halal Wahh bolehlah cuba di rumah sebab selalu nampak resipi ni yang versi tak halal sahaja selalu di jual di kedai makan Cina Teringin lepas ni bolehlah buat sendiri Cara nak buat resipi Mi Hokkien ni pun sangat mudah dan ...
Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

Mahkamah Persekutuan Membuat Undang Undang Sendiri

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 146 hits
Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad Pada 7 Mei 2022 saya telah menaikmuatkan satu rencana bertajuk Badan Kehakiman Diugut Pandangan Sebelah Lagi untuk memberi pandangan sebelah lagi lain mengenai tuduhan terhadap Raja Petra Kamarudin yang dikataka...
Wanita Ni Buat Rumah Sendiri Untuk Kurangkan Kos Netizen Siap Puji Kerja Macam Profesional

Wanita Ni Buat Rumah Sendiri Untuk Kurangkan Kos Netizen Siap Puji Kerja Macam Profesional

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 416 hits
Hendak seribu daya tak nak seribu dalih peribahasa ini begitu dekat dengan usaha yang ditunjukkan oleh seorang wanita yang juga bergelar ibu kepada seorang anak yang masih kecil dalam usahanya membina sendiri rumahnya dengan keluasan 1 200 ...
Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang Lebih Murah Sedap

Buat Sendiri Serunding Halia Ikan Bilis Untuk Makan Ketika Berpantang Lebih Murah Sedap

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 417 hits
Serunding halia ikan bilis biasanya menjadi penyedap makanan ketika dalam pantang Lauk pantang agak kosong jadi bila ditambah dengan serunding halia ikan bilis memang boleh membangkitkan selera makan ibu berpantang Selain itu halia juga bol...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan