Cap Dan Sam Kecewa Kelulusan Eia Untuk Pan Island Link




Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia Malaysia (SAM) amat kecewa dengan pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini bahawa Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk Pan-Island Link (PIL) telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan 56 syarat.

Kami juga amat terkejut JAS telah meluluskan EIA walaupun mendapat maklum balas daripada orang awam.



Kami adalah antara ribuan penduduk Pulau Pinang dan kumpulan yang telah menyuarakan kebimbangan kami mengenai EIA, yang mempunyai banyak kecacatan.

Kami tidak bersetuju sepenuhnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B. Chow, yang mendakwa kelulusan EIA PIL merupakan satu peristiwa penting dalam menangani masalah lalu lintas di Pulau Pinang.

PIL bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada masalah lalu lintas kita. Laporan EIA mendakwa bahawa terdapat pengurangan masa yang ketara tetapi tidak mempedulikan analisis lalu lintasnya sendiri bahawa kemampuan penuh akan dicapai menjelang 2030. Untuk membelanjakan RM8 bilion bagi jalan ini adalah satu pembaziran sumber awam yang sangat besar yang bukanlah penyelesaian jangka panjang bagi masalah lalu lintas kita.

Bahkan kita juga telah menjelaskan bahawa laporan EIA itu salah dalam mendakwa bahawa tiada struktur warisan yang akan terjejas. Bagaimanapun, ini tidak benar memandangkan Sekolah Por Tay, Sekolah St. Nicholas, Sekolah Tinggi Perempuan Cina, Kuil Shree Muniswarar, Keretapi Bukit Bendera, Kuil Kek Lok Si dan Empangan Air Itam – semuanya melebihi 50 tahun dengan kepentingan budaya dan sejarah, yang akan terjejas oleh PIL.

PIL merupakan lebuh raya bertingkat dengan enam lorong akan memusnahkan sepenuhnya keindahan pemandangan kerana ia akan menjadi suatu pandangan yang menyakitkan mata,dengan kesan sampingan terhadap taman yang hijau dan hutan bukit bukau.

Pelan lebuh raya ini akan menjadikan sungai seperti terusan sedangkan di seluruh dunia kota rayanya berusaha untuk mengekalkan aliran sungai secara semula jadi.

Sebagai tambahan, laporan EIA juga tidak menangani penggunaan dua taman rekreasi terkenal iaitu Taman Belia dan Taman Jajar, di laluan lebuh raya bertingkat itu. Pengguna taman rekreasi itu termasuk kanak-kanak akan terdedah kepada paras pencemran bunyi yang melebihi 75 dB, (saranan maksimum 60 dB) dan meningkatkan pencemaran udara.

Tiada langkah pencegahan yang akan menangani bagaimana ciri-ciri pulau ini akan berubah, dengan lebuh raya bertingkat ini sudah tentu ia akan menjadi amat hodoh.

Kami amat terkejut apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang enggan untuk mendengar sebahagian besar penduduk Pulau Pinang yang mengkaji EIA dan yang telah memberikan maklum balas serta ulasan.

Kami mengulangi gesaan kami kepada kerajaan supaya menyiarkan 56 syarat yang dikenakan oleh JAS. Memandangkan bantahan ramai terhadap PIL adalah penting bagi Kerajaan Negeri untuk tidak menyembunyikan syarat bagi kelulusan.



S. M. Mohamed Idris

Presiden

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/04/cap-dan-sam-kecewa-kelulusan-eia-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lynas Is Being Unscientific Not Sam Or Cap

Lynas Is Being Unscientific Not Sam Or Cap

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 287 hits
Sahabat Alam Malaysia and the Consumers Association of Penang refer to the reported in Malaysiakini on 5 April 2019 which says that our about the plant s wastes are false and ignore scientific fact The controversy is over the definition of ...
Ketua Dpw Pan Jateng Akui Terima Rp 600 Juta Dari Taufik Kurniawan

Ketua Dpw Pan Jateng Akui Terima Rp 600 Juta Dari Taufik Kurniawan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 226 hits
Ketua DPW PAN Jateng Wahyu Kristianto mengaku menerima uang suap dari Wakil Ketua DPR Taufik Kurniawan senilai Rp 600 juta Namun dana tersebut sudah dikembalikan ke Komisi Pemberantasan Korupsi
Deklarasi Dukung Jokowi Waketum Pan Bima Arya Siap Tanggung Segala Risiko

Deklarasi Dukung Jokowi Waketum Pan Bima Arya Siap Tanggung Segala Risiko

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 254 hits
Hidup itu pilihan saya Bima Arya memutuskan untuk memilih Jokowi Memilih harus dengan hati Hati saya untuk jokowi tuturnya
Ustaz Zaharuddin Jurucakap Th Pakar Palsu Ahli Pan

Ustaz Zaharuddin Jurucakap Th Pakar Palsu Ahli Pan

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 558 hits
Updated 10 54 amDalam satu artikel yang di terbitkan Malaysiakini Ustaz Zaharuddin antara lain membuka tulisan beliau dengan kata2 adalah di ingatkan tulisan ini bukan dari orang politik saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk bacaan oran...
Tiba Tiba Ketum Pan Berterima Kasih Kepada Ustaz Abdul Somad

Tiba Tiba Ketum Pan Berterima Kasih Kepada Ustaz Abdul Somad

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 298 hits
Terima kasih Ustaz Abdul Somad Insya Allah saya dan PAN akan terus menjaga kepercayaan itu ungkap Ketua MPR ini
Pan Kerahkan Jutaan Kader Untuk Putihkan Kampanye Akbar Prabowo Sandiaga Di Gbk

Pan Kerahkan Jutaan Kader Untuk Putihkan Kampanye Akbar Prabowo Sandiaga Di Gbk

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 270 hits
Kita akan putihkan Jakarta pada kampanye akbar Prabowo Sandi besok pagi Insya Allah jutaan kader dan simpatisan PAN yang berasal Jakarta Bogor Tangerang dan Bekasi akan hadir kata Ketua DPW PAN Jakarta Eko Hendro Purnomo alias Eko Patrio da...
Prabowo Menang Pan Ingin Audit Belanja Berbau Politik Di Era Jokowi

Prabowo Menang Pan Ingin Audit Belanja Berbau Politik Di Era Jokowi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 271 hits
Partai Amanat Nasional penting dilakukan audit investigasi terhadap APBN yang dikelola oleh rezim Joko Widodo PAN ikut mendorong jika Prabowo Sandiaga menang pada 17 April nanti tata kelola APBN selama Jokowi memimpin segera dilakukan audit
Bima Arya Membelot Dukung Jokowi Pan Tegaskan Solid Ke Prabowo Sandi

Bima Arya Membelot Dukung Jokowi Pan Tegaskan Solid Ke Prabowo Sandi

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 301 hits
Sekjen PAN Eddy Soeparno memastikan sikap Bima Arya tidak akan berpengaruh terhadap soliditas internal PAN mendukung pasangan capres cawapres nomor urut 02 Prabowo Sandi
How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amalan Dan Hukum Seputar Ramadhan

Mengelaskan Haiwan

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony Masuk Penjara

Bagaimana Wang Rm170 Juta Boleh Terdedah Ini Adalah Antara Spekulasinya

Potongan Dari Pentadbiran Trump Boleh Gugat Usaha Penyelidikan Ai

Ladang Padi Berkilau Peninggalan Kuil Purba Dan Pengrajin Tembikar Mencerminkan Mala