Cameron Highlands Antara Siapa Boleh Menang Dan Siapa Patut Menang




Pertanyaan paling kerap didengar ketika ini ialah siapa boleh menang di Cameron Highland?


Secara umum, meskipun berdepan cabaran agak sengit, Pakatan Harapan dilihat masih mampu untuk menang dalam pilihanraya kecil pada 26 Januari depan.


Ini kerana, di sebalik adanya cabaran untuk meraih undi Melayu dan Orang Asli yang  lebih tinggi berbanding BN yang meletakkan calon Melayu, kelebihan utama Pakatan Harapan ialah kini merupakan pemegang kuasa sebagai kerajaan Persekutuan.


Dengan kedudukan sebagai kerajaan itu, Pakatan Harapan mempunyai kelebihan berbanding BN, malah atas kedudukan sebagai kerajaan jugalah yang memberi banyak kelebihan kepada BN mampu memang di Cameron Highlands sebelum ini.


Hari ini, dengan BN bukan lagi sebagai kerajaan, pengundi Cameron Highlands pasti lebih terdorong untuk mengundi Pakatan Harapan berbanding BN yang sudah kehilangan kuasa dan hanya berkuasa di peringkat negeri Pahang semata-mata.


Apatah lagi, pemimpin-pemimpin yang ada jawatan dalam kerajaan, meskipun fasa kempen masih di peringkat awal, tetapi sudah mula membanjiri  Cameron Highlands untuk berkempen dan menemui pelbagai kelompok pengundi.


Maka itu, tidak mustahil Pakatan Harapan mampu merampas kerusi milik BN itu pada pilihanraya 26 Januari depan nanti.


Tetapi, jika persoalan siapa patut menang yang ditanyakan, barangkali ramai yang tidak ragu-ragu dan merasakan bahawa BN seharusnya dikekalkan kemenangannya di Cameron Highlands ini.


Isu pokok yang membelenggu Pakatan Harapan ketika ini ialah masih banyak janji-janji dalam manifesto PRU14 yang bukan saja gagal ditunaikan, bahkan seperti tidak mahu dilaksanakan sama sekali.


Berkaitan janji melunaskan hutang-hutang tidak wajar bagi peneroka Felda saja misalnya, meskipun ia dijanjikan akan diselesaikan dalam tempoh 100 hari selepas mengambil alih kerajaan, malangnya selepas lapan bulan berlalu pun ia masih lagi gagal ditunaikan.


Begitu juga dengan banyak janji lain seperti untuk menurunkan kos sara hidup dan memastikan tiada kenaikan harga barang atau kenaikannya dalam keadaan terkawal, semuanya ternampak tiada beza dengan ketika era BN dahulu.


Akibat situasi itu, jika dulu BN dimomokkan dengan ungkapan "Barang Naik", sudah kedengaran ada yang memomokkan PH sekarang ini sebagai "Price Hike" pula.


Oleh kerana tempoh pilihanraya seterusnya masih ada kira-kira selama 4 tahun 4 bulan daripada sekarang, rakyat dalam hal  ini berhak menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan berhubung perlaksanaan janji-janji tersebut.


Terus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan, mungkin akan menyebabkan kerajaan terus melengah-lengahkan atau mengabaikan sama sekali janji-janji yang pernah mereka lafazkan sebelum ini.


Namun, dengan memberikan kemenangan kepada pembangkang di Cameron Highlands ini, mungkin perlu disusuli pula di Semenyih selepas ini, ia akan menjadikan kerajaan tiada pilihan lain selain berusaha lebih keras menunaikan segala janjinya kepada pengundi jika tidak mahu kehilangan kuasa dalam PRU15 akan datang.


Dalam perkara ini, rakyat mesti bijak menggunakan undi mereka dan jangan sesekali mensia-siakan undi yang ada itu.


Antara siapa boleh menang dan siapa patut menang, tidaklah sukar memilih yang mana lebih kebaikannya. (ShahbudinHusin 13/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/cameron-highlands-antara-siapa-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 301 hits
Pakatan sukar menang di PRK Cameron Highlands kata Wan Azizah Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan
Mujahid Dakwa Petanda Buruk Jika Bn Menang Di Cameron Highlands

Mujahid Dakwa Petanda Buruk Jika Bn Menang Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 333 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa orang Melayu akan menjadi terus mundur jika isu agama dan bangsa asyik dijadikan agenda perjuangan mereka Beliau turut menyifatkan perasaan takut dalam kalanga...
Sejak Bn Menang Tiada Perubahan Berlaku Di Cameron Highlands Guan Eng

Sejak Bn Menang Tiada Perubahan Berlaku Di Cameron Highlands Guan Eng

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 281 hits
Sejak BN menang tiada perubahan berlaku di Cameron Highlands Guan EngSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa penduduk di Cameron Highlands mengundi calon Pakatan Harapan bagi memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada 26 Januari in...
Calon Bn Di Cameron Highlands Adalah Calon Yang Boleh Beri Kemenangan Parti Mohamad

Calon Bn Di Cameron Highlands Adalah Calon Yang Boleh Beri Kemenangan Parti Mohamad

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 315 hits
nbsp KUALA LUMPUR 10 Jan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti berkenaan akan berusaha keras dalam usaha membantu Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands 26
Cameron Highlands Lebih Membangun Jika Ph Menang

Cameron Highlands Lebih Membangun Jika Ph Menang

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 356 hits
LIPIS Lebih banyak projek pembangunan yang sudah dan akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan diberi kepercayaan memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Kecil 26 Januari ini Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika...
Calon Ph Cameron Highlands Ditempelak Buat Kenyataan Bodoh Belum Bertanding Dah Tunjuk Belang

Calon Ph Cameron Highlands Ditempelak Buat Kenyataan Bodoh Belum Bertanding Dah Tunjuk Belang

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR 11 Jan 8211 Ahli Jawatankuasa Pusat MIC Datuk N Muneandy hari ini menempelak kenyataan bodoh pemimpin Pakatan Harapan yang memperkecilkan kebolehan Orang Asli berhubung pemilihan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil
Pas Yakin Calon Dari Bn Sedia Bekerjasama Tawan Cameron Highlands

Pas Yakin Calon Dari Bn Sedia Bekerjasama Tawan Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 360 hits
MARANG Pas percaya calon dikemukakan BN dalam PRK Cameron Highlands pada 26 Januari nanti mampu meraih undi bagi membolehkan BN mengekalkan kerusi di Cameron Highlands Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan persetujuannya denga...
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 610 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Kayveas Barred From Using Myppp Logo During Cameron Highlands Elections

Kayveas Barred From Using Myppp Logo During Cameron Highlands Elections

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 290 hits
NEWSMaglin to Kayveas Hands off MyPPP logo or we ll alert ECThis in regards to Kayveas claim that he will contest the Camerons by election under the party s banner 2h ago by Faisal Asyraf7 We really need to applause Maglin D Cruz for instru...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya