Caltexgo Bayar Minyak Lebih Mudah Di Stesyen Minyak Caltex
Bagi pelanggan Caltex, anda boleh membuat pembayaran minyak dengan lebih mudah menggunakan aplikasi CaltexGO.
Apabila Petronas memperkenalkan aplikasi Setel satu ketika dahulu, ianya telah merevolusikan proses pembayaran minyak di stesyen minyak.
Aplikasi Setel sangat mudah digunakan dimana setelah sampai di stesyen minyak, anda hanya perlu memilih nombor pam minyak dan dengan beberapa klik sahaja, anda boleh mengisi minyak tanpa perlu beratur untuk membayar di kaunter.
Sebenarnya, pihak Caltex juga mempunai aplikasi dengan fungsi yang seakan-akan sama dengan Setel melalui CaltexGo.
Apa itu CaltexGO?
Aplikasi CaltexGO telah dilancarkan pada 2022 bagi kemudahan pelanggannya.
Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh membuat pembayaran minyak terus dari aplikasi, mengumpul mata dengan setiap pembelian minyak dan sebagainya.
Ketika fasa awal pengenalannya, aplikasi ini hanya boleh digunakan untuk stesyen minyak di Lembh Klang sahaja namun telah diperluaskan ke seluruh negara.
Artikel berkaitan: Shell App : Bayar Minyak Lebih Mudah di Stesyen Minyak Shell
Muat turun aplikasi
Anda boleh memuat turun aplikasi CaltexGO melalui pautan di bawah:
App Store (Untuk pengguna iOS)
Google Play (Untuk pengguna Android)
Daftar akaun
Untuk menggunakan segala kemudahan yang ditawarkan oleh aplikasi ini, anda perlulah mendaftarkan akaun anda terlebih dahulu.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftarkan akaun anda dengan CaltexGo:
Buka aplikasi
Ketik “Daftar” pada skrin alu-aluan
Masukkan Nombor Mudah Alih anda. Kod laluan sekali sahaja (OTP) akan dihantar ke telefon bimbit anda sebagai pengesahan.
Masukkan Alamat E-mel anda. Kod laluan sekali sahaja (OTP) akan dihantar ke alamat e-mel anda sebagai pengesahan. Ini akan digunakan untuk menerima kemas kini berkaitan transaksi/ perkhidmatan daripada Caltex.
Sediakan kata laluan CaltexGO anda. Anda akan menggunakan kata laluan ini untuk log masuk ke akaun anda pada masa hadapan.
Masukkan Nama Pertama, Nama Keluarga, dan Bulan & Tahun Lahir anda.
Bayar minyak menggunakan aplikasi ini
Bayar minyak dengan CaltexGO
Bayar minyak di stesyen minyak Caltex semudah ABC dengan aplikasi aplikasi ini.
Ikuti langkah-langkah berikut untuk bayaran minyak di stesyen minyak Caltex:
Ketik “Pam & Bayar” pada skrin utama untuk bermula.
Pastikan anda telah membenarkan penggunaan lokasi anda kerana aplikasi ini akan mengesahkan lokasi anda
Sahkan nombor pam anda daripada pilihan dan ketik “Teruskan”.
Setelah mengisi minyak selesai dan anda telah memulangkan hos, sila tunggu CaltexGO untuk mengesahkan butiran transaksi anda
Semak dan sahkan kaedah pembayaran dan pilihan program kesetiaan anda.
Ketik “Bayar” untuk menyelesaikan pembayaran dalam aplikasi.
Anda boleh mula mengisi minyak setelah skrin memaparkan pembayaran telah berjaya
Klik “Lihat Butiran Transaksi” untuk melihat bilangan mata kesetiaan yang dikumpul. Ringkasan transaksi digital juga akan dihantar ke alamat e-mel anda.
Persoalan
Hubungi talian hotline CaltexGO di 1800-88-3188
Isnin hingga Jumaat: 8 pagi hingga 6 petang
Sabtu: 8:30 pagi hingga 12:30 tengah hari
Chevron Malaysia Limited
Level 3, Menara Milenium, No. 8, Jalan Damanlela
Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +60 3 2289 6688
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/caltexgo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=caltexgo