Cadangan Ambil Pekerja Asing Warga Afrika Ditarik Balik


MalaysiaGazette Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran
KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran menarik balik cadangan membawa masuk pekerja asing dari Afrika bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor peladangan kelapa sawit.

Keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan untuk mengimport pekerja dari Afrika.

“Oleh sebab perdana menteri berkata tidak ada keperluan membawa pekerja dari Afrika, maka saya akan memaklumkan kepada pemilik ladang bahawa keseluruhan cadangan membawa masuk pekerja asing ke Malaysia digugurkan,” kata Kula Segaran dalam kenyataan yang dilaporkan portal FMT.

Mengulas lanjut, Kula berkata, kenyataannya sebelum ini mengenai perkara itu dipetik di luar konteks sehingga menimbulkan kontroversi.

Kula berkata, cadangan itu timbul dalam sesi bertemu pemilik ladang di Cameron Highlands yang memberitahu bahawa mereka berdepan masalah kekurangan pekerja.

Mereka seterusnya mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan kemungkinan mengambil pekerja dari Afrika, terutama dari negeara di mana Malaysia membuat pelaburan.

“Ia kelihatan seperti cadangan yang munasabh berlatarbelakangkan masalah kekurangan pekerja di estet di Malaysia,” kata Kula.

“Dalam konteks sesi pertemuan inilah saya timbulkan idea bahawa kerajaan mungkin perlu melihat ke Afrika bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di sektor peladangan di negara ini.

“Dalam pada itu turut ditimbulkan ialah keperluan mendapatkan kelulusan Kabinet mengenai cadangan itu. Ia tidak berlaku pun.”

Kula berkata, pemilik estet menganggarkan kerugian kira-kira RM10 bilion setahun akibat buah tidak dipetik kerana kekurangan pekerja.

Katanya, buah kelapa sawit perlu dipetik dalam tempoh 21 hari selepas masak, dan masalah kekurangan pekerja untuk memetiknya menyebabkan berlakunya lambakan.

Beliau berkata, pemilik estet juga memberitahu bahawa pekerja dari Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Vietnam tidak lagi berminat untuk bekerja di ladang kelapa sawit, sebaliknya lebih cenderung kepada pekerjaan lain yang enggan dilakukan oleh rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/cadangan-ambil-pekerja-asing-warga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Asing Cadangan Pengambilan Tenaga Kerja Afrika Belum Muktamad

Pekerja Asing Cadangan Pengambilan Tenaga Kerja Afrika Belum Muktamad

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 307 hits
JohorTimes kebanyakan orang Malaysia nak jadi bos bab kerja ini kalau boleh taknak bebankan tangan masing masing Jika tiada manusia warganegara Malaysia yang ingin berkerja ambil sahaja warga asing dalam tempoh yang tidak lama warganegara M...
Pengambilan Pekerja Asing Afrika Akan Dipertimbangkan

Pengambilan Pekerja Asing Afrika Akan Dipertimbangkan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 224 hits
Sebelum ini kita ada terdengar beberapa cadangan untuk membawa masuk pekerja dari Afrika bagi sektor perladangan dan ini merupakan respon dari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Kita belum buat apa apa pemilihan pun setakat ini Hanya c...
Kerajaan Sedang Pertimbang Ambil Pekerja Asing Dari Afrika

Kerajaan Sedang Pertimbang Ambil Pekerja Asing Dari Afrika

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 259 hits
Kerajaan akan mempertimbang untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang Menteri Sumber Manusia M KulaSegaran berkata ini kerana pekerja asing dari Vi...
Menteri Cadangan Bawa Pekerja Dari Afrika Tak Diteruskan

Menteri Cadangan Bawa Pekerja Dari Afrika Tak Diteruskan

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 241 hits
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata cadangan untuk mengambil pekerja Afrika untuk sektor perladangan tidak akan diteruskan Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata kenyataannya telah dipetik di luar konteks dan disalah tafsir k...
Kerajaan Ambil Pekerja Afrika Sebab Orang Malaysia Tak Mahu

Kerajaan Ambil Pekerja Afrika Sebab Orang Malaysia Tak Mahu

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 312 hits
KUAH Keengganan rakyat Malaysia terlibat dalam sektor peladangan menyebabkan kerajaan bercadang untuk mengambil pekerja Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja dalam sektor berkenaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata se...
Idea Bawa Masuk Pekerja Afrika Digugurkan Kata Kulasegaran

Idea Bawa Masuk Pekerja Afrika Digugurkan Kata Kulasegaran

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 291 hits
Idea bawa masuk pekerja Afrika digugurkan kata Kulasegaran Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun 2019 9 59PM
4 000 Lagi Pekerja Asing Dijangka Terkorban Siapkan Stadium Menjelang Piala Dunia Fifa 2022

4 000 Lagi Pekerja Asing Dijangka Terkorban Siapkan Stadium Menjelang Piala Dunia Fifa 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 300 hits
Menjelang tahun 2022 Qatar akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2022 Ekoran itu Qatar sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan ini dan salah satunya ialah pembina...
Dihempap Traktor Pekerja Warga Indonesia Maut

Dihempap Traktor Pekerja Warga Indonesia Maut

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 230 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Elak Ditahan Pihak Berkuasa Warga Asing Tinggal Bayi Di Tepi Jalan

Elak Ditahan Pihak Berkuasa Warga Asing Tinggal Bayi Di Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 231 hits
Seorang warga asing sanggup meninggalkan bayinya di tepi jalan bagi mengelakkan diri ditangkap dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigiresen Kuala Lumpur awal pagi Ahad JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANA...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids