Cabaran Uruskan Anak Sakit Pertukaran Sekolah


Menjadi ibu memang penuh dengan cabaran, terutama bila anak sakit dan dalam masa yang sama perlu urus pertukaran sekolah. Awal Februari jadi permulaan satu perjalanan yang benar-benar menguji tenaga dan emosi saya.
Appointment Kesihatan Anak-anakAwal bulan Februari memang penuh dengan temujanji doktor. Bermula 3, 4, dan 5 Februari, kemudian sambung lagi 12 dan 13 Februari. Dalam masa yang sama, Rayyan yang baru 5 tahun mula masuk tadika. Dia yang paling risau, saya pun sama!
Qisya pula dapat tawaran ke Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), tapi bukan dalam senarai pilihan. Dia ditempatkan di Maahad Dini, Jengka – tiga jam dari rumah. Kami tak pernah pilih sekolah ini pun! Sebab itu saya buat rayuan, cuba dan terus cuba.
Allah berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah, 2:216)
Ayat ini benar-benar memberi kekuatan. Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang kita mahu, tetapi Allah aturkan sesuatu yang lebih baik.
Proses Rayuan dan Pertukaran SekolahAlhamdulillah, akhirnya Qisya berjaya ditukar ke SMA Bukit Ibam. Tapi timbul lagi satu cabaran – dia ada masalah kesihatan dan perlukan rawatan bulanan di UIA, Kuantan. Kakaknya pula di SMATAF. Jadi, saya mohon lagi pertukaran ke SMATAF supaya lebih mudah urusan sekolah dan rawatan.
JAIP setuju, tapi kena daftar dulu di SMA Bukit Ibam. Pada 19 Februari, saya daftar Qisya dan terus mohon pertukaran. Sementara tunggu kelulusan, dia tak masuk asrama dulu sebab ada appointment hospital pada 21, 24, dan 25 Februari untuk masalah gastrik. 2 Mac dia warded, 3 Mac endoskopi. Disebabkan jarak jauh, saya mohon cuti terus dari 19 Februari hingga 3 Mac.
Syukur, JAIP akhirnya luluskan pertukaran ke SMATAF. Saya terus hubungi sekolah dan daftar dia pada 25 Februari supaya tak ketinggalan pelajaran. 28 Februari dia balik asrama sebab cuti hujung minggu, sambung cuti sampai 4 Mac. Keputusan endoskopi tak nampak masalah pada dinding usus, tapi masih tunggu hasil ujian sampel usus.
Qaireen Diserang AsmaBelum sempat lega, anak nombor tiga, Qaireen pula kena serangan asma. Doktor beri MC sebab dia tak boleh aktif atau berjalan jauh, nanti semput. X-ray tunjuk ada radang di paru-paru, jadi dia kena makan ubat radang selama tiga hari.
Saya pun ambil langkah bersihkan rumah sepenuhnya – karpet dilipat, habuk semua disapu. Nampaknya masalah asma dia agak serius, jadi kena lebih berjaga-jaga.
Dalam hadis sahih, Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, atau kebimbangan, bahkan duri yang mengenainya, melainkan Allah akan menghapus sebahagian dari dosa-dosanya." (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengingatkan saya bahawa setiap kesusahan yang kita hadapi, ada penghapusan dosa yang Allah berikan. Mungkin ini cara Allah mengangkat darjat saya sebagai ibu.
Letih Tapi Tetap Kena KuatTerus terang, memang letih. Rasa macam tiap hari keluar rumah urus itu ini, tak ada rehat. Tapi inilah kehidupan seorang ibu. Kadang rasa penat sangat, tapi demi anak-anak, saya tetap kena kuat.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (Surah Al-Insyirah, 94:6)
Saya yakin, setiap ujian ada hikmahnya. Semoga kesihatan anak-anak bertambah baik dan semua urusan dipermudahkan. Buat ibu-ibu lain yang sedang lalui perkara sama, kita tak sendirian. Walau letih macam mana pun, kasih sayang seorang ibu tak pernah luntur.
Semoga Allah beri kekuatan untuk terus bertahan. 



Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/03/cabaran-urus-anak-sakit-pertukaran-sekolah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

Dah Berapa Kali Daddy Datang Tapi Fatima Sakit Fattah Dakwa Tak Dapat Jumpa Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2025 - jumlah : 116 hits
Pelakon dan penyanyi sensasi Fattah Amin ada memaklumkan bahawa keadaan kesihatan anak perempuannya Nur Fatima Aisya berada dalam keadaan yang tidak baik Malah Fattah turut memberitahu bahawa dia gagal berjumpa Fatima selepas beberapa kali ...
Tips Elak Anak Mudah Sakit 5 Cara Betul Basuh Botol Susu

Tips Elak Anak Mudah Sakit 5 Cara Betul Basuh Botol Susu

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 100 hits
Tak kira sama ada ibu bagi anak minum susu formula atau susu ibu penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul Tahukah ibu semua kalau botol susu tidak dicuci betul ...
Bapa Ubah Suai Basikal Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Meninggal Dunia

Bapa Ubah Suai Basikal Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 146 hits
Seorang bapa yang pernah tular ubah suai basikal untuk hantar anak ke sekolah dengan meletakkan bumbung serta tong sampah agar buah hatinya tidak terkena panas serta hujan dilaporkan telah meninggal dunia Menerusi perkongsian dari Facebook ...
Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Anak Panik Terima Surat Cinta Rakan Sekelas Malu Pergi Sekolah

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 109 hits
Perkongsian Angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bercerita mengenai anak lelakinya yang menerima surat cinta dari rakan perempuannya menyorot perhatian ramai Kongsi bapa kepada tujuh orang cahaya mata anak kembarnya Noah ...
Cikgu Dedah Perangai Pelik Ibu Bila Anak Buka Sekolah Tak Sangka

Cikgu Dedah Perangai Pelik Ibu Bila Anak Buka Sekolah Tak Sangka

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 118 hits
Isu ibu bapa yang sering bertanya mengenai kerja rumah anak kini menjadi perbincangan hangat seolah olah mereka yang hadir ke sekolah menggantikan anak anak Begitulah luahan seorang guru yang tular di media sosial mencetuskan pelbagai reaks...
Mak Ayah Anggap Sekolah Kafa Membebankan Risau Anak Penat Belajar Guru Luah Rasa Bimbang

Mak Ayah Anggap Sekolah Kafa Membebankan Risau Anak Penat Belajar Guru Luah Rasa Bimbang

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 151 hits
Benarkah kelas Al Quran dan Fardu Ain membebankan murid Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak anak setiap hari Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang Walhal inilah satu satun...
Jangan Give Up Ulang Alik Hantar Anak Sekolah Ibu Akan Kenang Saat Ini Dengan Senyuman

Jangan Give Up Ulang Alik Hantar Anak Sekolah Ibu Akan Kenang Saat Ini Dengan Senyuman

papar berkaitan - pada 4/3/2025 - jumlah : 97 hits
Ada ibu yang mengalami burnout apabila setiap hari perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah mengikut jadual yang ketat Rutin yang berulang ini ditambah dengan tanggungjawab lain di rumah boleh menyebabkan keletihan fizikal dan emosi...
Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 132 hits
Alias Abd Ranibhnews bh com myTertuduh yang memberi anak saudara perempuan berusia lima minum air ketum sebelum dirakam video dan dikongsi di media sosial didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini NSTP Alias Abd RaniBATU PAH...
Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 164 hits
Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila mendakwa bekas suaminya tidak memberikan nafkah kepada anak mereka Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fa...
Flood Situation In Sabah Worsens

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Rm500 000 Fine Or Jail For 3r Violations Warns Fahmi

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Aaron Wooi Yik End Title Drought With Bac Victory

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Hukum Membatalkan Puasa Ganti

Hadiah Birthday Yang Tertangguh

Pelita Raya Memeriahkan Suasana Raya

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Lirik Lagu Tum Hi Ho Dan Terjemahan Arijit Singh