Cabaran Kehidupan Berumahtangga Dulu Dan Sekarang


 

Pernah terfikir kenapa rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih rukun dan damai? Dan kenapa makin hari makin banyak pasangan sekarang yang bergelut dengan masalah dan berantakan
Jom kita renungkan beberapa kemungkinan 1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan
 Pasangan masakini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung... kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik
 2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, & benar2 hadir dalam perbualan
 Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti & perasaan diabaikan makin menebal
 3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, & anak2 lebih jelas. Masing2 tahu tanggungjawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga
 Sekarang ni, tekanan & gaya hidup moden kadang2 membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggungjawab tak seimbang, pasangan mula la rasa terbeban & terpinggir
 4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar & kesetian . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup & memilih untuk bertahan & menyelesaikan masalah bersama
 Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan
 5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yg boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling2 pun cemburu dgn jiran beli kerusi baru
 Hari ni media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dgn orang lain. Ia boleh merosakkan rasa syukur & kebahagiaan dalam rumah tangga
 Tapi..
 Adakah org dulu2 tiada yang bercerai
 Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun & damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.  Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60
 Apa yg menjadi punca keruntuhan rumahtangga zaman dulu
 1. Perkahwinan paksa Dulu ramai yg berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela & keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta & persefahaman, perkahwinan jadi sukar utk dipertahankan
 2. Tekanan ekonomi Kehidupan orang dulu2 banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga
 3. Kurang ilmu tentang perkahwinan Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, & hak2 dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian
 4. Keganasan rumah tangga Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sbg masalah peribadi yg tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yg memilih untuk bercerai demi keselamatan diri & anak2, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.  5. Susah dapat anak Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan
 6. Patriarki Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak & suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih utk bercerai
 7. PJJ Dulu2 bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jd asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana la ada whatsapp, telefon pun tak ada
 Dulu2 perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, & ramai yg memilih utk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ni banyak kesedaran hak individu, pendidikan yg lebih baik, & kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dgn lebih terbuka
 Walaupun zaman berubah, cabaran rumah tangga sentiasa ada. Yang penting adalah ilmu (terutama ilmu agama), komunikasi, & kesefahaman untuk memastikan kebahagiaan bersama
 LynaNoh 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/01/cabaran-kehidupan-berumahtangga-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Dulu Dan Sekarang Kini Ganu 32 0 Corot

Beza Dulu Dan Sekarang Kini Ganu 32 0 Corot

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 160 hits
Atas permintaan penyokong kerajaan admin buat perbandingan ini Berbeza dengan penyelidik lantikan politik yang suka cherry picking perbandingan yang admin buat adalah menyeluruh dan berdasarkan konsep ekonomi sebenar Dalam konsep ekonomi pe...
Dulu Pertegas Raja Pun Tiada Hak Sekarang Pas Canang Islam Dahulukan Pengampunan

Dulu Pertegas Raja Pun Tiada Hak Sekarang Pas Canang Islam Dahulukan Pengampunan

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 246 hits
HarapandailyTidak sampai dua tahun berlalu pendirian Pas berhubung isu pengampunan kepada pesalah sudah berubah berserta deretan dalil Pada 1 September 2023 Presiden Pas berkata pihak kerajaan yang setinggi tinggi kedudukannya tiada hak unt...
Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

Hiburan Dia Cakap Jangan Baik Sangat Orang Baik Selalu Pergi Dulu Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 393 hits
Suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira 19 yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Januari lepas iaitu Amirul Nafis Amirnuddin masih terngiang ngiang dan teringat kata kata terakhir arwah kepadanya Papa peluklah mama tak ...
Nak Terkenal Dia Ni Dulu Lain La Zaman Pak Lah La Kena Tendang Dengan Umno

Nak Terkenal Dia Ni Dulu Lain La Zaman Pak Lah La Kena Tendang Dengan Umno

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 257 hits
ni dulu orang kata bijak sangat Tapi aku tengok sama je bebalnya dengan dan dia tuduh Azalina Seorang ni laporan polis dah dibuat atasnya Tunggu la surat cinta Tak serik dulu dengan DS Anwar Ni buat lagi Dah sangat ke tu Guane boh Raja Gela...
Generasi Sekarang Semakin Kurang Ajar

Generasi Sekarang Semakin Kurang Ajar

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 167 hits
Norman RadzuanMelayu terancam di tangan Melayu di TerengganuKEMBALIKAN TATARAKYAT SILIBUS SEKOLAHNegara kita bukan sahaja menghadapi krisis perkauman dan agama tetapi turut menghadapi krisis Generasi Z yg dianggap kurang beradab Semua ini k...
Kepentingan Transaksi Tanpa Tunai Di Malaysia Sekarang

Kepentingan Transaksi Tanpa Tunai Di Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 310 hits
Transaksi tanpa tunai semakin mendapat tempat penting dalam kehidupan kita di Malaysia Berikut adalah beberapa kepentingan utama sistem pembayaran tanpa tunai Kemudahan Transaksi Transaksi tanpa tunai memudahkan proses pembayaran dengan han...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia