Byrhasil Cara Bayar Cukai Pendapatan Lhdn Secara Online


ByrHASiL: Cara Mudah Bayar Cukai Pendapatan LHDN Secara Online
Individu yang menerima pendapatan tahunan melebihi RM37,333 dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak untuk dikenakan cukai.
Selepas mengisi e-filling, anda mungkin dikenakan bayaran tambahan cukai pendapatan yang perlu dibayar. Justeru itu, LHDN menyediakan alternatif paling mudah untuk anda bayar cukai pendapatan secara online menerusi portal ByrHASIL.
Apa itu ByrHASiL ? Portal ByrHASiL kini memudahkan setiap rakyat Malaysia yang layak untuk membayar cukai pendapatan tahunan mereka secara dalam talian sahaja.
Setiap rakyat Malaysia diwajibkan membuat pentaksiran cukai mereka dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun dengan mengisi borang e-filing.
Daripada e-filing tersebutlah akan dinyatakan sama ada anda perlu membayar cukai atau tidak dan usah khuatir sekiranya pendapatan anda belum cukup syarat yang ditetapkan, anda tidak perlu membayar cukai.
Bagi pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaan, anda hendaklah menyelesaikan cukai anda sebelum 30 April sementara bagi pemilik perniagaan, tarikh akhir untuk menjelaskan cukai anda adalah 30 Jun.
Artikel berkaitan: Borang E – Panduan Lengkap Mengisi Borang Dalam Talian


Kenyataan Media HASil PENGGUNAAN NOMBOR PENGENALAN CUKAI (TIN) DIBENARKAN SEBAGAI RUJUKAN BAGI TUJUAN PEMBAYARAN CUKAI
Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memperkenalkan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.
Walau bagaimanapun, penggunaan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) sebagai rujukan bayaran masih digunapakai bagi tempoh peralihan sehingga dimaklumkan kelak.
Kemudahan Pembayaran Secara ringkasnya, ByrHASiL adalah satu perkhidmatan dalam talian yang menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.
Terdapat beberapa cara pembayaran melalaui portal ByrHASiLyang boleh dilakukan seperti yang berikut:
Bayaran Menggunakan Nombor Bil Bayaran Menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) NOTIS: Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran. Bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Bayaran Menggunakan Nombor Bil Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/ Klik pada gambar FPX. Senarai terkini bank-bank boleh disemak di pautan : https://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html Pilih pilihan bayaran “Nombor Bil” Masukkan 16 digit Nombor Bil. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan. Klik “Teruskan”. Jika baki amaun Nombor Bil = RM0, mesej “Baki Bil O” akan dipaparkan. Jika amaun Nombor Bil > RM0, skrin maklumat bayaran juga akan dipaparkan. Klik “FPX”. Skrin “Setuju Untuk Bayaran” akan dipaparkan. Isikan dengan lengkap maklumat berkenaan Nombor Bil, Amaun Bayaran (RM), alamat E-mel, jenis akaun bank, dan nama bank. Sila baca dan faham “Terma dan Syarat FPX” dan kemudian tandakan (✔) dan klik butang “Teruskan” tanda setuju. Skrin login ke pilihan bank akan dipaparkan. Masukkan id pengguna, kata laluan dan klik pada butang ‘Login’. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet. Anda akan menerima e-mel status bayaran yang dibuat.






Manual Pengguna Bayaran Menggunakan Nombor Bil CARA MENYEMAK NOMBOR BIL
Nombor Bil bagi tujuan bayaran boleh diperolehi melalui laman web MyTax di https://mytax.hasil.gov.my . Klik Perkhidmatan ezHasil > klik e-Billing. Dinyatakan dalam notis taksiran / anggaran dan surat-surat tuntutan bayaran yang dihantar oleh HASiL kepada pembayar cukai. Bayaran Menggunakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) Layari portal ByrHASIL di alamat https://byrhasil.hasil.gov.my/ Klik pada gambar FPX. Senarai terkini bank-bank boleh disemak di pautan : https://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html Pilih pilihan bayaran “Nombor Pengenalan Cukai (TIN)” Pilih pilihan “Jenis Pengenalan” yang anda inginkan. Masukkan “Nombor Pengenalan” mengikut format Jenis Pengenalan yang anda pilih. Masukkan “Kod Keselamatan” berdasarkan imej yang dipaparkan. Klik “Cari”. Skrin dengan maklumat Nama Pembayar Cukai akan dipaparkan. Pilih “Tahun Taksiran” Pilih “Kod Bayaran” Masukkan “Amaun Cukai (RM). Klik “Teruskan”. Skrin Lengkapkan Maklumat Bayaran akan dipaparkan. Klik “FPX”. Skrin “Setuju Untuk Bayaran” akan dipaparkan. Isikan dengan lengkap maklumat berkenaan Nombor Bil, Amaun Bayaran (RM), alamat E-mel, jenis akaun bank, dan nama bank. Sila baca dan faham “Terma dan Syarat FPX” dan kemudian tandakan (✔) dan klik butang “Teruskan” tanda setuju. Skrin login ke pilihan bank akan dipaparkan. Masukkan id pengguna, kata laluan dan klik pada butang ‘Login’. Selesaikan pembayaran dengan memasukkan maklumat bank untuk membayar melalui perbankan internet. Anda akan menerima e-mel status bayaran yang dibuat.




HAD AMAUN BAYARAN FPX
Had Amaun BayaranB2CB2BMinimaRM 1.00RM 2.00MaksimaRM 500,000.00RM 100,000,000.00 *Had Maksima Amaun Bayaran adalah tertakluk kepada had transaksi harian yang telah
ditetapkan oleh bank pembayar cukai. Pembayar cukai diminta untuk menyemak had tersebut dibank masing-masing terlebih dahulu bagi melancarkan proses bayaran
Manual Pengguna Bayaran Menggunakan Pengenalan Cukai (TIN) MAKLUMAN
Pembayar cukai dinasihatkan untuk tidak membuat lebih daripada satu kali bayaran pada satu-satu masa sekiranya tidak menerima status bayaran.
Bayaran boleh disemak melalui e-Lejar dalam tempoh 3 hari bekerja atau hubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Cara Semakan di Lejer Anda boleh membuat semakan Status Bayaran atau cetak resit bayaran melalui MyTax > Status MyTax / Lejer. Anda hendaklah Log Masuk terlebih dahulu menggunakan id MyTax. Klik Baki Lejer bagi Jenis Lejer yang ingin disemak. Klik Tahun Taksiran bagi bayaran yang ingin disemak. Setelah Tahun Taksiran dipilih, Skrin Transaksi mengikut Tarikh Bayaran dan Rujukan /No.Resit dipaparkan. Alternatif ByrHASiL – Cara Bayar Cukai Secara Online / Manual Pembayaran cukai juga boleh dibuat dengan kaedah bayaran seperti berikut:
Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my melalui ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’ Portal perbankan internet bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM Kaunter Pos Malaysia dan bank komersial yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM Mesin deposit tunai bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM Mesin juruwang automatik (ATM) bank yang dilantik sebagai ejen kutipan LHDNM Soalan Lazim e-Billing (FAQ) 1. Apakah e-Billing? e-Billing merupakan salah satu servis yang disediakan di MyTax dan disenaraikan di bawah Perkhidmatan ezHasil.
2. Bilakah pelaksanaan e-Billing? Tarikh pelaksanaan e-Billing adalah pada 1 Januari 2023.
3. Bagaimanakah cara untuk mengakses e-Billing? Pembayaran cukai yang mempunyai ID e-Filing perlu log in ke portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my > Perkhidmatan ezHasil > e-Billing
4. Apakah tujuan e-Billing? Tujuan e-Billing adalah :

i) bagi membolehkan pembayar cukai membuat semakan Nombor Bil yang mempunyai baki cukai yang kena bayar / pendahuluan anggaran cukai / ansuran dan sekaligus membuat bayaran.

ii) Untuk menjana Nombor Bil bagi
– penghantaran borang nyata cukai pendapatan secara kertas yang mempunyai baki cukai kena di bayar.
– cukai LBATA.
5. Apakah Nombor Bil? Nombor Bil merupakan nombor siri yang mempunyai 16 digit yang digunakan sebagai rujukan mendatori bayaran cukai.
6. Apakah jenis bayara cukai yang menggunakan Nombor Bil? Bayaran menggunakan Nombor Bil melibatkan semua bayaran jenis cukai langsung LHDNM kecuali Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem.
7. Bagaimana bayaran menggunakan Nombor Bil dapat dilakukan? Bayaran menggunakan Nombor Bil boleh dilakukan di semua medium saluran bayaran seperti di ByrHasil, Kaunter Pusat Bayaran LHDNM, kaunter bank dan secara atas talian.

Bagi tujuan bayaran di kaunter Pusat Bayaran LHDNM dan bank, pembayaran cukai perlu mencetak slip bayaran atau mengimbas kod QR pada slip bayaran berkenaan. Pastikan Nombor Bil yang digunakan adalah tepat seperti ditetapkan semasa membuat bayaran.
8. Sekiranya tiada Nombor Bil, bolehkah bayaran diteruskan? Bayaran tidak boleh diteruskan sekiranya tiada Nombor Bi. Namun begitu, dalam fasa peralihan, bayaran menggunakan nombor cukai pendapatan masih diterima sehingga 30 Jun 2023.
9. Bolehkah amaun bayaran dibuat kurang atau melebihi amaun cukai pada Nombor Bil? Amaun bayaran boleh dilakukan kurang dan adalah terhad kepada amaun di Nombor Bil.
10. Bolehkah saya membayar beberapa Nombor Bil secara sekaligus? Boleh. Tuan boleh memilih beberapa Nombor Bil untuk dibayar secara sekaligus. Satu Nombor Bil baharu akan diberikan untuk menggabungkan kesemua Nombor Bil berkenaan bagi memudahkan bayaran sekaligus.
11. Adakah Nombor Bil yang sama boleh di bayar beberapa kali? Ya. Nombor Bil yang sama boleh dibayar beberapa kali sehinggalah selesai. Nombor Bil yang telah selesai di bayar tidak akan lagi dipaparkan di e-Billing.
12. Sekiranya berlaku kesilapan memilih Nombor Bil ketika membuat bayaran, bolehkah bayaran berkenaan dipindah ke Nombor Bil yang betul? Sekiranya berlaku kesilapan ketiak memilih Nombor Bil, pembayar cukai boleh merujuk ke Seksyen Pungutan dan maklumkan perihal bayaran berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
13. Apakah perbezaan antara Nombor Bil dan Nombor VA? Nombor Bil merupakan rujukan mandatori untuk bayaran cukai. Manakala Nombor VA (virtual account) adalah merupakan nombor akaun (14 digit) yang digunakan untuk bayaran cukai melalui e-TT dan bayaran PCB. Oleh itu, bayaran yang menggunakan e-TT perlu ada Nombor Bil dan Nombor VA.
14. Adakah saya boleh menjana Nombor Bil di menu Janaan Nombor Bil di e-Billing sekiranya tidak mempunyai Nombor Bil untuk membayar? Janaan Nombor Bil hanya dibenarkan untuk tujuan bayaran cukai bagi pembayar cukai yang menghantar borang nyata cukai pendapatan secara kertas. Selain itu, janaan Nombor Bil tidak dibenarkan.
15. Kenapa saya tidak menjumpai Nombor Bil di menu Paparan Bil? Ini kemungkinan tuan tidak mempunyai tunggakan cukai yang perlu dibayar. Nombor Bil yang disenaraikan di Paparan Bil adalah yang masih tertunggak. Sekiranya bayaran telah selesai Nombor Bil tidak akan dipaparkan lagi.
16. Saya mempunyai ansuran CP500 sebanyak 6 kali. Adakah bayaran ansuran perlu menggunakan Nombor Bil yang berlainan bagi setiap ansuran dan bolehkah saya membayar beberapa ansuran sekaligus? CP500 yang dikeluarkan mempunyai Nombor Bil berlainan. Ini bertujuan untuk membezakan bayaran mengikut bulan ansuran yang telah ditetapkan. Namun begitu bayaran beberapa Nombor Bil ansuran boleh dilakukan serentak dengan memilih Nombor Bil yang hendak dibayar. Satu Nombor Bil baharu akan diberi untuk menggabungakn kesemua Nombor Bil berkenaan bagi memudahkan bayaran sekaligus.
17. Saya tidak mempunyai tunggakan cukai, namun kenapa masi ada Nombor Bil yang menunjukkan tunggakan cukai yang perlu saya bayar di Paparan Bil? Sekiranya tuan telah membayar dan menyelesaikan semua cukai, tuan boleh abaikan Nombor Bil yanag dipaparkan pada menu Paparan Bil. Tuan boleh menghubungi LHDNM untuk maklumat lanjut.
Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Cawangan LHDNM berdekatan atau
Hasil Care Line LHDN
Hasil Live Chat
Nombor Faks : 03-6201 9637
Telefon : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat (9.00 am hingga 5.00 pm )
Sebarang pertanyaan : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/byrhasil/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=byrhasil

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lupa Kata Laluan Bsn Online Ini Cara Tukar Password Mybsn

Lupa Kata Laluan Bsn Online Ini Cara Tukar Password Mybsn

papar berkaitan - pada 9/11/2024 - jumlah : 124 hits
Jika anda pengguna perbankan internet BSN atau BSN online banking tapi dah lupa pula kata laluan untuk login ke akaun MyBSN anda jangan risau Di sini kami kongsikan cara tukar reset semula password tu agar boleh diakses semula Jom tengok la...
Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70

Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 346 hits
Elak Disaman Ini Cara Renew Road Tax Insurans Kereta Online 5 Minit Siap Diskaun Road Tax Hingga 70 Betul betul Kena Saman Ke Eh tengok tu banyaknya kereta kena saman Korang ada dapat tak Kenapa tiba tiba ramai yang kena saman ni Korang Pun...
5 Ide Jualan Online Untuk Pemula Dan Cara Memulai Bisnis Online Yang Sukses

5 Ide Jualan Online Untuk Pemula Dan Cara Memulai Bisnis Online Yang Sukses

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 148 hits
BloggerBorneo com Di era digital seperti sekarang peluang bisnis online semakin terbuka lebar memberikan kesempatan bagi siapa saja untuk memulai bisnis sendiri Banyak ide jualan online yang dapat dijadikan pilihan mulai dari menjual produk...
Jangan Kira Duit Masuk Kira Duit Keluar Sama Guys Jofliam Nafi Lari Dari Bayar Cukai

Jangan Kira Duit Masuk Kira Duit Keluar Sama Guys Jofliam Nafi Lari Dari Bayar Cukai

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 158 hits
Sedia maklum baru baru ini pempengaruh media sosial Cik Epal telah berkongsikan kisah disebalik bekas suami yang juga merupakan usahawan pizza wagyu popular iaitu Jofliam hanya menerima bayaran tunai nbsp View this post on Instagram
Kompani Pencuci Mulut Karyawan Lawak Malaysia Didenda Rm17 500 Kerana Tak Bayar Sumbangan Socso

Kompani Pencuci Mulut Karyawan Lawak Malaysia Didenda Rm17 500 Kerana Tak Bayar Sumbangan Socso

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 178 hits
Sebuah kedai pencuci mulut popular di Malaysia Bubblebee telah didenda RM17 500 oleh Mahkamah Majistret di Shah Alam kerana gagal membayar caruman SOCSO Kedua dua pengasasnya Shuib seorang pelawak dan pengacara tempatan serta Kho Choon Guan...
Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast Bubblebee Didenda Rm17 500 Gara Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

Bayar Hak Pekerja Jangan Sibuk Buat Podcast Bubblebee Didenda Rm17 500 Gara Gara Tak Bayar Tunggakan Caruman Perkeso

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 144 hits
Syarikat pengeluar air minuman Bubblebee Sdn Bhd dijatuhi denda berjumlah RM17 500 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk kegagalan membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Majistret Ameera Mastura
Kami Akur Denda Gagal Bayar Caruman Perkeso Lebih Peka Soal Kebajikan Pekerja Shuib

Kami Akur Denda Gagal Bayar Caruman Perkeso Lebih Peka Soal Kebajikan Pekerja Shuib

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 131 hits
Pelawak dan ahli perniagaan Shuib akur denda gagal bayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial kepada pekerja di bawah syarikat Bubblebee Sdn Bhd termasuk tujuh pertuduhan seperti mana diperintahkan oleh Mahkamah Majistret hari ini Sebagai ...
Pas Sudah Bayar Saman Fitnah Lebih Rm2 Juta

Pas Sudah Bayar Saman Fitnah Lebih Rm2 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 173 hits
Jika mahu hentikan budaya fitnah jgn tarik saman PN TIDAK RASA MALU MENIPU RAKYAT Kita semua sudah maklum bagaimana seorang Ustaz dari negara jiran ketika berceramah di sana memberitahu dia berasa hairan bangsa kita berpolitik sepanjang mas...
Contoh Kata Kata Untuk Menagih Hutang Yang Sopan Biar Si Peminjam Mau Bayar

Contoh Kata Kata Untuk Menagih Hutang Yang Sopan Biar Si Peminjam Mau Bayar

papar berkaitan - pada 4/11/2024 - jumlah : 169 hits
Nagih hutang ke teman keluarga sendiri atau orang orang terdekat memang nggak gampang Berharap uang segera dibayar ternyata hanya seribu alasan yang kita dengar Kalau sudah begini kamu harus menyiapkan kata kata untuk menagih hutang yang so...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik