Burnout


Salam dears… BURNOUT!! Korang pernah tak alaminya? Mengikut pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria, ‘burnout’ dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.
Mama rasa ‘burnout’ ni boleh terjadi bukan hanya bila kita stress dengan kerja, tapi juga dalam kehidupan peribadi atau personal life bilamana kita rasa terlalu letih fizikal dan mental sampai tak boleh nak handle dah.
Tanda-tanda ‘Burnout’ Secara umumnya tanda-tanda ‘burnout’ boleh di bahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1) Gejala fizikal
• Rasa keletihan sepanjang masa. Ini merupakan tanda ‘burnout’ yang paling ketara. Ia melibatkan keletihan secara fizikal dan mental. Ini kerana seluruh tenaga telah disalurkan untuk melakukan pekerjaan tersebut.
• Kesihatan tubuh badan yang terjejas seperti kerap jatuh sakit, sakit kepala, sakit belakang, sakit otot serta gangguan sistem penghadaman.
• Sukar untuk tidur.
2) Gejala emosi
• Mudah marah dan sensitif berbanding biasa.
• Sukar untuk mengawal perasaan.
• Mudah menangis, berasa tidak dihargai dan kerap mengeluh.
• Berasakan bahawa kerja yang dilakukan tidak penting serta hilang rasa yakin tentang masa depan kerjaya.
• Hilang semangat atau motivasi diri. Ini menyebabkan individu tersebut tidak mempunyai kekuatan atau dorongan untuk melakukan kerja. Ada yang mengalami rasa sukar untuk bangun pagi serta tiada semangat untuk ke tempat kerja.
• Hilang fokus atau kurang tumpuan.
• Gemar mengasingkan diri.
3) Gejala tingkah laku
• Penurunan prestasi kerja.
• Masalah interpersonal atau konflik dengan rakan sekerja.
• Mengabaikan penjagaan diri seperti merokok, mengambil minuman beralkohol, banyak mengambil makanan ringan serta waktu makan yang tidak teratur.
• Mengundurkan diri dari mengambil tanggungjawab.
• Menangguh tugas yang diberikan.
(Sumber)
Cara Mama Tangani ‘Burnout’ Ya, Mama pun biasa alami ‘burnout’, dalam kerjaya dan juga dalam personal life. Tapi Alhamdulillah, Mama dah lama jumpa cara yang efektif untuk tangani my burnout tu.
Alkisahnya, semasa si kembar kecil dulu diorang kerap masuk hospital. Terlalu kerap rasanya, hampir setiap bulan. Yang paling Mama ingat ialah ketika diorang baru berumur 3 bulan. Hampir 2 minggu diorang warded.
Masa tu Faris di wad kanak-kanak, sementara Fahmi dan Fauzi plak di ICU. Ya ICU, sebab masa tu NICU penuh. Dan masa tu juga, Fauzi terpaksa pakai tiub oksigen setiap masa. Tak mampu bernafas dengan elok tanpa bantuan, oksigen level dia drop sangat sangat.
Bayangkan, anak kecil tiga tiga orang di wad dan dalam keadaan yang sangat memerlukan perhatian. Pada masa tu juga, big bos Mama plak dok asyik tanya “bila you nak masuk opis?”.
Semua tu buat Mama rasa stress dan burnout sangat sangat! Rasa sesak nafas, tak boleh nak berfikir. Rasa nak larikan diri daripada segala-galanya! Dan itu lah yang Mama buat pada masa tu.
I took a break and distanced myself from the situation. Mama bagitau nurses kat situ yang I’m on the verge of a mental breakdown. Mama minta bantuan nurses untuk tengok tengokkan si kembar tiga dan Mama keluar pergi shopping.
Ya, masa anak anak kat wad, Mama boleh pergi shopping dan jalan jalan sorang sorang! Mama call teksi dan pergi ke Jusco. Lepak makan KFC, pastu makan eskrem McD dan beli sepasang kasut Vincci sebab masa tu hobi Mama ialah beli kasut
Macam kerja gila ja kan? Tapi kerja gila tu lah yang bantu Mama untuk tak jadi gila! Balik daripada tu, Mama dah rasa tenang, ada kekuatan dan semangat baru untuk hadapi segala ujian masa tu.
Sampai sekarang, bila rasa macam nak burnout, Mama akan buat benda yang sama iaitu Mama akan ambil sedikit ‘ME TIME‘. Take a break, jauhkan diri kejap daripada situasi atau perkara yang menyebabkan burnout tu dan buat sesuatu yang disukai, yang boleh take my mind of things.
Sejak Covid melanda, Mama dah lama tak keluar sorang sorang untuk ‘me time’. Tapi Mama akan layan Netflix sorang sorang atau pun baca novel untuk take my mind of things. ‘Larikan’ diri sekejap dari alam realiti gittew
Cari Cara Yang Membantu Mudahkan Kerja dan Kurangkan Stress Lagi satu cara Mama untuk kurangkan stress dan elakkan ‘burnout’ ialah cari cara atau benda yang boleh membantu mudahkan kerja kita.
Alhamdulillah sejak ‘berkenalan’ dengan Norwex, Mama rasa stress level Mama pun dah makin berkurangan. Sebab kerja rumah jadi lebih mudah dan cepat, maka Mama pun ada lebih banyak masa untuk berehat dan ‘me time’.
Contoh ehhh…dulu lepas masak, nak bersihkan dapur pun ambil masa lama. Mula mula lap minyak dengan tisu, pastu lap dengan air dan sabun plak, pastu lap lagi skali ngan air bagi bersih plak.
Tapi sekarang, Mama hanya guna sehelai kain Kitchen Cloth dan air saja…zasss minyak hilang, dapur berkilat, tak dak watermark. Kejap ja siap!
Nak mop lantai pun senang giler dah sekarang, tak payah usung baldi merata satu rumah. Tak payah guna floor cleaner dah. Hanya guna mop Norwex + air saja. Lepas tu, nak bersihkan mop pad tu pun senang ja. Tak susah nak bersihkan macam mop ‘berambut’ tu dulu. Geram ja bila kotoran melekat kat ‘rambut’ mop tu kan, kan? hehehe
Haaa lagi satu, dulu nak bersihkan kipas pun rasa alahai susahnya, selalu tunggu suruh Ayah buat sebab Mama ni jenis tak tahan habuk, kang jadi bersin dan selsema teruk.
Tapi sekarang ni, kipas berhabuk? Releks aaa…capai Dusting Mitt dan terus lap sendiri ja. Habuk tak terbang merata, so Mama pun tak bersin sakan macam dulu dah. Legaaa!
Hmm bila kerja rumah jadi mudah dan cepat siap, kita pun akan ada lebih masa untuk berehat dan enjoy some ‘me time’, betul kan?
Uishhh panjang dah rupanya membebel. Secara kesimpulannya, yang Mama nak ceritakan ialah cara Mama untuk elakkan jadi ‘burnout’ ialah 1) ambil sedikit ‘me time’ dan 2) cari benda yang boleh bantu mudahkan kerja kita agar kita ada lebih masa untuk ‘me time’ tu.
Errr…ada yang baca sampai habis ke ni? Hehee
Korang plak macam mana? Bila korang rasa burnout, apa yang korang akan buat?
 60 total views,  60 views today
The post Burnout!! appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2021/06/burnout.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Interest Wells Fargo Savings

Wanita Bersalin Dekat Kaunter Tiket Lapangan Terbang

Full Aircond Ruang Tamu Dan Bilik

Pantyhose Secret Wars Part One

Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

50 Unique Tattoo Name Ideas To Honor Loved Ones

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Makanan Sehat Penurun Gula Darah Untuk Diabetes

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Aishah Disebut Jangan Dikenang Jangan Chord

Rahsia Hidup Bahagia Syukur Sabar Dan Ikhlas

Siapa Yang Tiada Pasif Income Dikira Jauh Ketinggalan

Beri Ipcc Lebih Kuasa Tangani Kes Komersial Babit Polis Kata Ngo