Bung Pelawa Musa Berkempen Untuk Bn Libaran


Sebelum pemilihan negeri, bekas ketua menteri Sabah Musa Aman mencetuskan spekulasi susulan hasratnya “kembali ke Sungai Manila”.
Bagaimanapun, Musa tidak hadir untuk pencalonan di mana-mana pusat pencalonan Sabtu lalu.
Sejak itu, keberadaan Musa (gambar atas) tidak diketahui, sehinggalah penampilannya yang mengejutkan di sebuah majlis umum di Beaufort semalam, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Dia kemudian dilaporkan berada di siri kempen untuk calon PBS untuk DUN Kiulu, Joniston Bangkuai, awal hari ini.
Dia juga dilihat pada majlis lain malam ini yang diatur untuk calon Bersatu dari Sulaman, Hajiji Noor, yang juga ketua Bersatu Sabah.
Musa, yang merupakan watak utama dalam cubaan rampasan kuasa yang membawa kepada pembubaran dewan undangan negeri Sabah secara rasmi tetap menjadi anggota Umno tetapi setakat ini hanya muncul dalam majlis yang berkaitan dengan calon Perikatan Nasional (PN).
BN dan PN meletakkan calon di bawah bendera masing-masing, walaupun beberapa parti pembangkang negeri sejak itu mengadakan perjanjian Gabungan Rakyat Sabah.
Menanggapi kepulangan Musa, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin dilaporkan mengundang Musa yang juga penyandang Adun Sungai Sibuga untuk kembali dan membantu jentera Umno Libaran, bahagian yang dipimpinnya selama lebih 20 tahun.
“Saya jangkakan mungkin Musa juga akan berkempen untuk Umno tidak lama lagi. Mungkin tidak hari ini atau lusa, tetapi tidak lama lagi. Saya harap begitu.
“Mungkin dia akan berkempen untuk calon Libaran kerana dia adalah bekas pemimpin Libaran, dan bekas ketua menteri kita,” kata Bung, anggota parlimen Kinabatangan, seperti dilapor The Malay Mail.

Bung (gambar) juga dilaporkan mengatakan dia menerima khabar bahawa Musa akan menuju ke Libaran, yang terletak di pantai timur Sabah, berhampiran Sandakan.
“Itu berita baik. Datang dan berkempen untuk BN di Libaran.”Saya alu-alukan,” kata Bung, yang sebelumnya mendakwa Musa tidak memohon dengan BN untuk bertanding semula di kerusinya dalam pilihan raya negeri ini.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Musa berselisih dengan kepemimpinan Umno sejak percubaan rampasan kuasa kerajaan negeri dari Warisan gagal.
Pegawai Musa memberitahu Malaysiakini bahawa majikannya dijangka kembali ke Sandakan dan Libaran tidak lama lagi, di mana dia mempunyai rumah besar yang terletak betul-betul di sebelah dewan Dewan Serbaguna Libaran.
Dewan ini dijadikan pusat pencalonan untuk N50 Gum-gum, N52 Sungai Sibuga, dan DUN N51 Sungai Manila yang baru diwujudkan.
Ketiga-tiga kerusi DUN ini berada di bawah kawasan parlimen Libaran.
“Tetapi tarikh (kepulangannya) belum ditetapkan,” kata pegawai itu dalam pesanan ringkas.
Musa memegang kerusi Sungai Sibuga sejak 1994 dan memimpin Umno Libaran hingga 2018 ketika digantikan oleh ketua bahagian sekarang, Suhaimi Nasir, yang juga calon BN untuk Gum-Gum.
Ketika dihubungi, calon BN Sungai Sibuga Mohammad Hamsan Awang Supain dan calon BN Sungai Manila Mokran Ingkat (gambar) sama-sama menyambut pelawaan Bung agar Musa kembali dan membantu kempen mereka.
“Kehadiran Tan Sri Musa Aman di Sungai Sibuga sangat dialu-alukan.
“Keputusan yang tepat (dibuat Bung untuk mengundang Musa),” kata Mohammad Hamsan yang sebelumnya mengaku telah mendapat sokongan Musa untuk bertanding di kerusi tersebut.
Penjawat awam yang telah bersara itu memberitahu Malaysiakini bahawa semasa berkempen selama ini, dia telah mengingatkan para pengundi mengenai pembangunan yang dibawa Musa.
Kalau anda terlepas…
ULASAN | Keperluan pantau tanda kesihatan diri
“Ramai yang masih menghargai sumbangannya,” kata bekas timbalan presiden Majlis Perbandaran Sandakan itu.
Sementara itu, Mokran mendakwa Musa dirindui oleh pengundi di Libaran.
Dia juga mendakwa pembangunan di daerah itu diabaikan di bawah pemerintahan Warisan.
Saingan untuk Sungai Sibuga juga akan menyaksikan BN akan menentang bekas ketua Wanita Umno Sungai Sibuga, Armani Mahiruddin – yang kini bertanding sebagai calon Warisan – serta tiga yang lain dari parti LDP, Parti Cinta Sabah, dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah.
Hari pengundian akan diadakan pada 26 September. Mkini
The post Bung pelawa Musa berkempen untuk BN Libaran appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/18/bung-pelawa-musa-berkempen-untuk-bn-libaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Branches Demand For Musa Bung Says All Is Well In Libaran

Umno Branches Demand For Musa Bung Says All Is Well In Libaran

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 372 hits
SABAH POLLS Several hours after more than 20 Umno branch chiefs from the N51 Sungai Manila state constituency voiced their to BN s candidate Mokran Ingkat Sabah Umno chief Bung Moktar Radin said the issue was resolved This is normal in poli...
Bung Invites Musa To Back Libaran Bn Candidates Welcome His Return

Bung Invites Musa To Back Libaran Bn Candidates Welcome His Return

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 263 hits
SABAH POLLS Prior to the state polls former Sabah chief minister Musa Aman sparked speculations over his return to Sungai Manila statement but this was dashed after his no show on nomination day last Saturday Since then Musa s whereabouts r...
Report Bung Moktar Says Musa Aman Not On Bn S Candidate List For Sabah Polls

Report Bung Moktar Says Musa Aman Not On Bn S Candidate List For Sabah Polls

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 407 hits
Datuk Seri Bung Moktar Radin said former Sabah chief minister Tan Sri Musa Aman is not listed among its contesting candidates in the state election Borneo Post Online picKUALA LUMPUR Sept 9 Dropping a bombshell a day before the announcement...
Bung Moktar Tong Sampahkan Musa Aman Risau Sabotaj Lagi

Bung Moktar Tong Sampahkan Musa Aman Risau Sabotaj Lagi

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 524 hits
When Musa Aman said that it would be embarrassing for UMNO if someone like Bung Mokhtar who is facing trial in Court for corruption was appointed head of UMNO Sabah to face the coming State elections it appeared to many that Musa Aman was a...
Libaran Umno Branch Chiefs Reject Sg Manila Candidate Back Musa S Return

Libaran Umno Branch Chiefs Reject Sg Manila Candidate Back Musa S Return

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 321 hits
SABAH POLLS More than 20 Umno branch chiefs from four polling districts under the N51 Sungai Manila state seat have rejected the party s candidate Mokran Ingkat With less than 24 hours to the Sabah state election nominations the local leade...
Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

Prn Sabah Penyokong Musa Mungkin Akan Letak Calon Bebas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 422 hits
Barisan Nasional akan derita kerana ketepi Musa Penganalisis menjangka Barisan Nasional akan menghadapi masalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September ini kerana mengetepikan bekas ketua menteri Musa Aman Awang Azman Pawi dari Un...
Tak Payah Hasut Macam Annuar Musa Sindir Hannah Yeoh Isu Gadis Pokok

Tak Payah Hasut Macam Annuar Musa Sindir Hannah Yeoh Isu Gadis Pokok

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 418 hits
Tindakan Tan Sri Annuar Musa menggelar Veveonah Mosibin sebagai gadis pokok bukan saja kurang disenangi warganet malah beberapa ahli politik juga Menteri Wilayah Persekutuan itu semalam menerusi kicauannya menggesa supaya jerit perih Veveon...
Absent From Bn And Pn List Musa S Fate A Mystery

Absent From Bn And Pn List Musa S Fate A Mystery

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 355 hits
Musa Aman may have brought about the Sabah election after initiating a failed coup but whether the former Sabah chief minister will be part of the electoral contest remains a mystery This is after neither BN nor Perikatan Nasional announced...
Bn To Suffer For Snubbing Musa Say Analysts

Bn To Suffer For Snubbing Musa Say Analysts

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 286 hits
Former chief minister Musa Aman was left out of Umno s list of candidates for the Sabah election KOTA KINABALU Analysts expect Barisan Nasional to run into trouble in the Sept 26 Sabah state election for excluding former chief minister Musa...
Strange Transparent Creatures You Won T Believe Actually Exist Indiatimes Com

Kelantan Tiga Pps Dibuka Di Tanah Merah Akibat Banjir

Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Makan Makan Sempena Birthday Mama Rania

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Ford S Suv Recall A Commitment To Driver Safety

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

Merpati Band Kamu Tak Sendiri Chord


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Panduan Lengkap Persiapan Menyambut Bulan Ramadan

Putrajaya International Convention Centre

Kehebatan Seni Bina Pada Zaman Firaun Jadi Perdebatan Ilmiah

Kolabrasi Fipper Dan Bayu Somerset Melengkapkan Koleksi Lebaran

Dopamine D Cor How Celebrity Designers Are Embracing This Feel Good Trend

Fadillah No Mps Met Me On Opposition Funding Other Than Syed Saddiq