Bung Moktar Isteri Berdepan Enam Tuduhan Rasuah


M Fakhrull Halim & Kow Gah Chie Diterbitkan Hari ini 10:26 pagi


Bekas pengerusi Felcra Berhad Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette A Samad dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Mereka dihadapkan dengan tiga pertuduhan setiap seorang, dengan Bung Moktar berhadapan tiga pertuduhan menerima rasuah, manakala Zizie pula dihadapkan dengan tiga tuduhan bersubahat menerima rasuah.

Dalam pertuduhan pertama, Bung Moktar pada 12 Jun 2015 dituduh menerima suapan berupa wang tunai RM2.2 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad melalui Zizie.

Suapan itu dibayar sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II supaya Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Bung Moktar pada 19 Jun 2015 didakwa menerima suapan RM262,500 dan RM337,500 melalui akaun bank yang didaftarkan atas nama Zizie untuk tujuan yang sama.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob mengikut subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Anggota parlimen Kinabatangan itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Isteri dituduh subahat

Sementara itu, dalam sebutan berasingan, Zizie didakwa dengan tiga tuduhan bersubahat dengan Bung dalam menerima rasuah pada tarikh dan jumlah suapan yang sama.

Zizie didawa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

Zizie yang memakai persalinan serba hitam tidak mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Timbalan Pendakwa Raya bagi kes Zizie ialah Umar Saifuddin Jaafar sementara peguam yang mewakilinya pula ialah K Kumaraendran.

Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama, membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Kedua-dua hakim menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan pasport tertuduh hendaklah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.

Rozina menetapkan tarikh sebutan semula kes Bung Moktar pada 10 Jun.

Sebutan semula kes Zizie juga ditetapkan 10 Jun setelah Azura membenarkan permohonan perbicaraan bersama yang dikemukakan Umar.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Bung Moktar yang memakai sut hitam dan berkemeja biru muda itu tersenyum di hadapan pemberita.

Bagaimanapun, dia yang berjalan beriringan dengan isterinya tidak mahu memberikan sebarang komen.

Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi Felcra pada Julai 2013 sebelum meletakkan jawatan pada 1 Jun 2018 susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei tahun lalu


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/bung-moktar-isteri-berdepan-enam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Zizie Ezette Dan Bung Moktar Ditahan Sprm Atas Tuduhan Rasuah Rm 3 Juta

Hiburan Zizie Ezette Dan Bung Moktar Ditahan Sprm Atas Tuduhan Rasuah Rm 3 Juta

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 896 hits
Pelakon Zizie Ezette dan suaminya Datuk Seri Bung Moktar Radin ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki Pasangan ini ditahan selepas tampil...
Zizie Ezette Dituduh Bersubahat Dengan Bung Moktar Peroleh Rasuah Rm2 8 Juta

Zizie Ezette Dituduh Bersubahat Dengan Bung Moktar Peroleh Rasuah Rm2 8 Juta

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 1340 hits
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah dan bersubahat Foto oleh MalaysiakiniPelakon terkenal Zizie Ezette A Samad dihadapkan ke Ma...
Bung Moktar Didakwa Terima Rasuah Rm2 8 Juta Zizie Bersubahat

Bung Moktar Didakwa Terima Rasuah Rm2 8 Juta Zizie Bersubahat

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 572 hits
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette dituduh rasuah dan bersubahat berkaitan projek Felcra Foto Astro Awani Bung Moktar Radin dibenarkan ikat jamin sebanyak RM100 000 dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 3 p...
Bung Moktar Ditahan Sprm Zizie Dituduh Bersubahat Kes Rasuah Felcra

Bung Moktar Ditahan Sprm Zizie Dituduh Bersubahat Kes Rasuah Felcra

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 544 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA B...
Bung Moktar Didakwa Isterinya Zizie Dituduh Bersubahat Kes Rasuah Sprm

Bung Moktar Didakwa Isterinya Zizie Dituduh Bersubahat Kes Rasuah Sprm

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 747 hits
Ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah Bung Moktar Radin dadan isterinya Zizie Izette ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA...
Bung Moktar Wife Held For Alleged Corruption Expected To Be Charged On May 3

Bung Moktar Wife Held For Alleged Corruption Expected To Be Charged On May 3

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 466 hits
Datuk Bung Moktar Radin and wife Zizie Ezette FilepicPUTRAJAYA Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin has been detained by anti graft officers for alleged corruption His wife actress Zizie Izette A Samad was also picked up Sources sai...
Untuk Bantu Siasatan Sprm Sahkan Tahan Bung Moktar Zizie

Untuk Bantu Siasatan Sprm Sahkan Tahan Bung Moktar Zizie

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 621 hits
Untuk Bantu Siasatan SPRM sahkan tahan Bung Moktar Zizie Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu mengesahkan menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Ezette Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki sewak...
Sprm Sahkan Tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie Akan Didakwa Jumaat

Sprm Sahkan Tahan Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Dan Isterinya Zizie Akan Didakwa Jumaat

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 603 hits
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu mengesahkan menahan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Ezette Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki sewaktu dihubungi mStar mengesahkan penahanan ahli Parlimen Ki...
Update Bung Moktar Dan Zizie Izette Ditahan Sprm

Update Bung Moktar Dan Zizie Izette Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 636 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myBung Moktar dan Zizie Izette dipanggil SPRM berhubung kes rasuah membabitkan FELCRA FOTO Arkib NSTPSURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Ek...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia