Bukan Lagi Pas Yang Dulu


PEMIMPIN-pemimpin Pas nampaknya perlu berbuat sesuatu. Kala ini tidak ramai masyarakat Melayu bercakap pasal parti itu. Apa lagi menaruh harapan tinggi.

Kata pengkritik parti itu kepada akhbar ini beberapa hari lepas, pasal isu-isu agama Islam dan masalah sosial yang turut membadai masa pandemik Covid-19 ini, Pas tidak lagi buka mulut macam sebelum 2018.

Orang Melayu, kata mereka, merindukan perjuangan murni Pas yang dahulu. Yang paling diingati di benak fikiran orang Melayu adalah kesungguhan Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memperjuangkan habis-habisan pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen.

Ini apabila Pakatan Harapan (PH) sekitar 2017 cuba menghalang pelaksanaan hukuman lebih berat di bawah pindaan akta itu. Waktu itu Abdul Hadi bukan main dengusnya – yang disifatkan beliau terhadap penentang pindaan itu sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi tulisan di Facebook, April 2017.

Orang Melayu bersama Abdul Hadi semasa itu kerana RUU 355 berkenaan tidak menjentik sedikit pun orang bukan Islam. Tujuannya murni untuk memperkasakan mahkamah syariah. Tetapi dek diuar-uarkan sebagai ‘menggugat’, itulah menyebabkan pemimpin-pemimpin Mela­yu dalam PH waktu itu menikus tanpa memperjuangkan RUU 355.

“Mereka menjerit sambil melaungkan kata-kata kurang sopan kerana marahkan Pas hendak memperkasakan undang-undang berkaitan umat Islam.

“Mereka ini bukanlah ciri-ciri anggota Parlimen sejati yang dipilih rakyat, sebaliknya hanya memperlihatkan akhlak murahan,” kata Abdul Hadi yang masih terngiang-ngiang di kepala.

TERKONTANG-KANTING
Mengimbau beberapa tahun lalu, Pas terkontang-kanting selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meskipun meraih 18 kerusi Parlimen. UMNO yang memiliki 54 kerusi menghulur tangan membawa Pas dari ‘lembah berduri’ memulakan langkah baharu, bersama berdepan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan DUN Seri Setia.

Tewas UMNO dan Pas di kedua-dua kerusi. Baru merangkak dan akhirnya bertatih, berjalan, seterusnya bersama UMNO, berjaya membuktikan kesepakatan dua parti Melayu itu sehingga memenangi tujuh daripada 11 PRK (tidak bertanding di Sandakan).

Tidak itu sahaja. Hubungan kerjasama Pas-UMNO dikatakan sudah cukup cantik dalam tempoh 22 bulan PH memerintah. Menentang percubaan meratifikasi ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum), UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) dan mengusahakan pindaan RUU 355.

Kali terakhir Pas bersama Mufakat Nasional (MN) pada PRK DUN Slim, 29 Ogos tahun lalu yang dimenangi UMNO, sebelum pemimpin-pemimpin induk Pas ‘tarik handbrake’ terhadap UMNO dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September 2020.

Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) semasa PRN itu. Walaupun kecewa wakilnya tidak diberikan ruang menjadi calon dan dikatakan ‘sempat juga kembali meminta ihsan UMNO tetapi tidak dilayan’, Pas kemudiannya jalan terus, tidak lagi menoleh ke belakang.

Pas bukan lagi Pas yang dahulu. Buat julung kali dalam sejarah PRU moden – kali terakhir 1970-an – Pas menjadi kerajaan. Parti dalam Persekutuan. Abdul Hadi dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah bertaraf menteri. Tiga wakil Pas menjadi menteri penuh dalam Kabinet dan lima lagi timbalan menteri. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik Menteri Alam Sekitar.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen dan undang-undang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi).

Lima wakil Pas iaitu Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff (Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga); Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Selain itu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Pas kini jarang lagi diperbualkan Tingkat 38 Menara Dato’ Onn, meskipun di Selangor dan Pahang, MN masih lagi disandarkan harapan oleh pemimpin-pemimpin UMNO negeri. Pemimpin-pemimpin Pas yang duduk di atas kelihatan sudah mencongak jalan parti itu sendiri menuju PRU-15.

Masihkah Pas bersama UMNO?
Oleh:  ZULKIFLI JALIL


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/bukan-lagi-pas-yang-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergi La Berlatih Dulu Isa Isarb Nak Buat Perlawanan Ajak Aedy Ashraf Bertinju

Pergi La Berlatih Dulu Isa Isarb Nak Buat Perlawanan Ajak Aedy Ashraf Bertinju

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 590 hits
Tindakan pelakon Aedy Ashraf memuat naik tangkapan skrin perbualan dengan YouTuber kontroversi Isa Isarb melalui pesanan mesej di Instagram mengundang pelbagai reaksi warganet Menerusi ciapan di laman Twitter pelakon berusia 28 tahun itu se...
Badan Bertukar Kurus Lepas Kahwin Wanita Pilu Diceraikan Suami Gara Gara Tak Secantik Dulu

Badan Bertukar Kurus Lepas Kahwin Wanita Pilu Diceraikan Suami Gara Gara Tak Secantik Dulu

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 306 hits
Cinta berputik bahagia pada awalnya namun segalanya berubah setelah datangnya masalah tidak diundang Apatah lagi rasa sakit di hati apabila ditinggalkan ketika tiada apa apa
Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

Harga Minyak Masak Naik Terima Kasih Menteri Pas

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 308 hits
Kalau hari ini PAS menjadi pembangkang Semestinya mereka bersama umno akan mengajak segala kerahan tenaga kuasa melayu untuk mempertahankan harga minyak masak Mana taknya malaysia pengeluar minyak masak Mestilah dijual dengan harga murah un...
Lirik Seperti Yang Dulu Rowman Ungu Feat Hana Monina

Lirik Seperti Yang Dulu Rowman Ungu Feat Hana Monina

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 331 hits
Tiada guna kau kembaliMengisi ruang hati iniSemuanya telah berlaluBersama luka aku Semua yang telah berakhirAntara hatiku dan hatimuTakkan ada cintaSeperti yang dulu Tiada guna kau
Sebut Soal Kematian Suami Terusik Kata Kata Elyana Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu

Sebut Soal Kematian Suami Terusik Kata Kata Elyana Kita Tak Tahu Siapa Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 324 hits
Masih lagi berada di hospital menjalani rawatan radioterapi perkongsian Elyana sempena hari bapa baru baru ini ternyata membuatkan suaminya Khairul Anuar Husin tersentuh hati Khairul berkata dia tidak mahu isterinya itu bercakap tentang sia...
Merasa Butuh Ke Salon Atau Spa Di Masa Pandemi Simak Dulu 5 Hal Ini Baik Baik Ya

Merasa Butuh Ke Salon Atau Spa Di Masa Pandemi Simak Dulu 5 Hal Ini Baik Baik Ya

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 263 hits
Yakin beneran mau nyalon dan spa di situasi kayak gini Mimin juga mauuu banget tapi waspadai dulu beberapa hal ini
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas