Budaya Hidup Damai Antara Sesama Muslim






Marwan Bukhari


Selain ta'ayush atau budaya hidup damai antara Muslim dan bukan Muslim yang banyak diwacana, ada juga ta'ayush antara Muslim berlainan aliran. Malah hal ini sama atau lebih mustahak kerana melibatkan hak-hak Muslim sesama saudaranya sama ada hak untuk dibantu, kehormatan darah, harta dan maruah dan sebagainya.


Selain itu, jika ada kebebasan beragama bagi bukan Muslim, ada juga kebebasan beragama dalam kalangan Muslim berlainan aliran sepertimana disebut oleh Imam Ibn 'Ashur dalam Usul al-Nizam al-Ijtima'i, malah juga Shaykh al-Buti dalam Yughalitunak idh Yaqulun yang menyebut ciri jaminan kebebasan antara aliran Islam dalam sejarah Islam. 


Kebebasan dan budaya hidup damai bersama ini tentulah tidak menolak untuk memelihara pilihan beragama zaman berzaman masyarakat Muslim di sesuatu tempat. Shaykhna al-Raysuni memberi contoh kepentingan masyarakat Muslim di Magharibah untuk memelihara tiga unsur utama pilihan beragama mereka iaitu mazhab Fiqh Maliki, Akidah Ashairah dan Tasawuf al-Junaid. (Lihat al-Ikhtiyarat al-Maghribiyya fi al-Tadayyun wa al-Tamadhhub). Dalam konteks Malaysia pula, beliau mengajukan cadangan kepada anak muridnya untuk turut memelihara tiga unsur yang sama iaitu Mazhab Shafi'i, Akidah Ashairah dan Tasawuf al-Ghazali. Kepentingan pemeliharaan ini tidak bercanggah dengan keterbukaan wacana Islam dan keperluan untuk ijtihad kontemporari dalam menghadapi cabaran semasa. Shaykhna al-Raysuni mengulas lebih lanjut topik ini dalam bukunya al-Ikhtiyarat al-Diniyyah al-Kubra Li al-Ummah.


Tapi semua itu dilihat dalam kerangka yang luas tentang hubungan sesama Muslim yang punya sangat banyak persamaan meskipun ada tidak sedikit perbezaan. Perbezaan dalam bingkai kesatuan umat, atau perselisihan yang memelihara hak-hak sesama Muslim. Dalam konteks ta'ayush antara aneka aliran ini juga, antara yang mustahak untuk dijaga tentulah adab sewaktu berbeza, tetap bersaudara walau berbalas pandangan, kembali kepada pandangan yang benar walau keluar dari mulut lawan, boleh bersatu dalam perkara penting seperti isu nasional melibatkan kepentingan negara atau antarabangsa melibatkan Palestin, dan sebagainya. Kesatuan umat juga tentu sekali tidak boleh diguna sebagai alasan untuk menutup pintu perselisihan atau kritikan selagimana didasari hujah ilmiah. Antara buku bagus yang mengulas tentang dimensi ta'ayush antara aliran ini ialah Fi al-Tariq Ila al-Ulfah al-Islamiyyah oleh Shaykh Dr Abdul Fattah al-Yafi'i dan al-Muhkamat oleh Shaykh Dr al-Sharif Hatim al-'Awni.


أقول هذا، وأستغفر الله لي ولكم






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/07/budaya-hidup-damai-antara-sesama-muslim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Pakistan Antara 5 Ditahan Dalam Kes Curi Kabel Lrt3 Rm2 5 Juta

Warga Pakistan Antara 5 Ditahan Dalam Kes Curi Kabel Lrt3 Rm2 5 Juta

papar berkaitan - pada 3/8/2024 - jumlah : 82 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang warga Pakistan antara lima lelaki ditahan disyaki mendalangi kecurian kabel di tapak pembinaan Transit Aliran Ringan 3 di Shah Alam membabitkan kerugian lebih RM2 5 juta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah B...
Antara Individu Yang Lantang Bersuara Isu Palestin Presiden Ngo Ditangkap Khalwat

Antara Individu Yang Lantang Bersuara Isu Palestin Presiden Ngo Ditangkap Khalwat

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 172 hits
Seorang presiden pertubuhan amal telah ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini kerana disyaki berkhalwat selepas ditemui berdua duaan dengan seorang wanita di bilik hotel di ibu negara Menurut sumber piha...
Kejohanan Ping Pong Antara Kampung Meriah

Kejohanan Ping Pong Antara Kampung Meriah

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 93 hits
KANGAR Kejohanan ping pong yang menampilkan peserta dari beberapa buah kampung di sini berlangsung meriah Seramai 20 peserta membabitkan belia dari Kampung Bukit Buloh Kampung Lubok Merbau Jaya dan Kampung Lubok Merbau terlibat dalam kejoha...
Dua Pengurus Bank Antara 10 Didakwa Anggotai Kumpulan Jenayah Terancang

Dua Pengurus Bank Antara 10 Didakwa Anggotai Kumpulan Jenayah Terancang

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 127 hits
KOTA KINABALU Dua pengurus bank antara 10 individu didakwa di Mahkamah Seksyen Kota Kinabalu hari ini ekoran menganggotai kumpulan jenayah terancang membabitkan sindiket curi wang deposit tetap milik pelanggan berjumlah RM24 2 juta Menurut ...
Keadilan Buat Najib Hala Tuju Pru Antara Usul Dikemuka Umno Bahagian Asyraf Wajdi

Keadilan Buat Najib Hala Tuju Pru Antara Usul Dikemuka Umno Bahagian Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 79 hits
bharian com myOleh Ogos 4 2024 10 42amSetiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika ditemui pemberita selepas hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulai di Dewan Raya Putra Bandar Putera semalam KULAI Keadilan diberikan...
Nasi Ayam Yunan Batu Buruk Di Antara Nasi Ayam Terbaik Di Terengganu Cubalah

Nasi Ayam Yunan Batu Buruk Di Antara Nasi Ayam Terbaik Di Terengganu Cubalah

papar berkaitan - pada 4/8/2024 - jumlah : 139 hits
Makan tengahari di Kuala Terengganu Nasi Ayam Yunan di Medan Selera Batu Buruk antara nasi ayam terbaik di Terengganu Ayam dan sos kicap serta sambalnya cukup memikat selera Ditambah dengan Baby Kailan dan sayur taugeh memang jaddi dan palu...
Respons Klinik Kecantikan Usai Polisi Buat Laporan Tipe A Terkait Kematian Ella Nanda Meski Keluarga Sepakat Damai

Respons Klinik Kecantikan Usai Polisi Buat Laporan Tipe A Terkait Kematian Ella Nanda Meski Keluarga Sepakat Damai

papar berkaitan - pada 29/7/2024 - jumlah : 66 hits
Kuasa hukum klinik sebut keluarga sepakat damai dengan catatan hidup dan pendidikan anak korban ditanggung
Makan Malam Di Ruang Damai Restoran Sikamat

Makan Malam Di Ruang Damai Restoran Sikamat

papar berkaitan - pada 26/7/2024 - jumlah : 177 hits
Bila tiba hujung minggu sesekali kita haruslah gantung kuali Rehat masuk office oil gas Ajak encik suami makan malam di Ruang Damai Restoran di Sikamat Seremban sebelah je dengan Burger Lee tuck Resto ni saya tahu pun masa keluar di FYP Tik...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri