Buaya Laut Timbul Kembali Gemparkan Penduduk
Buaya ‘Laut’ Timbul Kembali Gemparkan Penduduk
Melaka: Selepas sekian lama ‘menyepi diri,’ seekor buaya tembaga muncul dan timbul kembali di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, sekaligus menggemparkan penduduk.
Reptilia liar itu dikesan muncul dari arah perairan Kem Terendak, Sungai Udang dan bergerak ke Pantai Puteri pada jam 10 pagi tadi dalam keadaan menentang arus surut.
Haiwan itu muncul di muka laut selama kira-kira setengah jam ketika berenang 100 meter dari gigi pantai.
Kemunculannya menyebabkan orang ramai yang sedang membeli ikan di beberapa gerai di pantai berkenaan berpusu-pusu untuk menyaksikan haiwan liar itu.
Penduduk Kampung Pantai Rombang, Rosli Abu Bakar, 56, berkata, kali terakhir buaya itu muncul adalah pada Februari 2020.
“Semasa saya bekerja di Pelabuhan Tanjung Bruas awal tahun lalu, saya dan pekerja lain ternampak buaya tembaga muncul berhampiran jeti.
“Selepas itu haiwan berkenaan tidak kelihatan lagi hinggalah ia muncul semula hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di Kampung Pantai Rombang di sini.
Sementara itu Abdul Halim Ismail, 41, berkata, perairan Pantai Puteri adalah laluan buaya dari Kuala Linggi ke perairan Klebang sebelum ini.
Katanya, kemunculan haiwan liar itu menyebabkan dia membatalkan hasratnya untuk melanggai, iaitu menangkap udang dengan kaedah menolak jaring yang diikat pada batang buluh secara bersilang di gigi pantai.
“Buaya itu saiznya besar dan kalau dia sudah kelihatan di pantai ini, tiada siapa pun yang berani turun melanggai pada waktu malam,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Melaka, Mohd Firdhaus Mahmood berkata, pegawai jabatan itu akan melakukan siasatan susulan kemunculan buaya itu.
Sehubungan itu, dia meminta orang ramai, terutama nelayan supaya tidak membuat perkara yang menyebabkan buaya berasa keselamatannya terancam.-HM
Buaya ‘Laut’ Timbul Kembali Gemparkan Penduduk
Baca Artikel Menarik :
UMNO bakal tinggalkan kerajaan PN
Zahid panggil MP UMNO tandatangan surat tarik diri
‘Bodoh Tu Simpan Sikit Dalam Sungai Supaya Orang Tak Nampak’ – Che Ta Sound Tepat
Pokok nangka hasilkan buah berkulit durian
Resepi Terung Goreng Kicap Bercili
Layari Laman Facebook MYKMU
Selamba Je Marah Aris! Lelaki Ini Dedah Punggung Nyaris Dibaham [VIDEO]
Buaya Mamat akhirnya ditangkap selepas 5 tahun
The post Buaya ‘Laut’ Timbul Kembali Gemparkan Penduduk appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/07/03/buaya-laut-timbul-kembali-gemparkan-penduduk/