Buat Test Covid Sebab Kontak Rapat Dengan Kawan Yang Positif


Terkejut pagi tadi kawan pejabat k.fiezz whatsapp beritahu dia sekeluarga positive covid. K.fiezz memang ada jumpa dengan kawan pejabat ni Khamis lepas sebab kitaorang vaksin dos ke-dua sama-sama. Kitaorang bertiga termasuk ada seorang lagi kawan pejabat k.fiezz juga. Kitaorang bertiga dapat cucuk vaksin sekali. Jadi minggu lepas memang ada jumpa lah dengan kawan pejabat k.fiezz yang positive Covid ni. Dia pun baru tau result test covid  hari ini. Tu yang dia terus beritahu pada k.fiezz & seorang lagi kawan pejabat sebab kitaorang kontak rapat dia memandangkan kitaorang berjumpa minggu lepas. 
Masa jumpa tu, SOP tetap di jaga.  Pakai double mask. Cuma penjarakan tu, tak berapa nak jarak sangat. Tapi idak lah berdiri &  bersembang macam nak bercium pula. Cuma jarak tu tak sampai lah 1 meter. Masa bersembang tu tetap juga pakai mask. 
Lepas kawan k.fiezz beritahu dia positif tadi, beritahu kat mr hubby. Mr hubby tanya k.fiezz, nak buat test covid tak?adeh, dalam hati tak nak tapi to be confirm, kena buat juga lah ceritanya. K.fiezz tak ada lah apa-apa simptom. Cuma sekarang ni, ramai juga yang tak bergejala tapi positif. Jadi kena buat jugalah test covid,kan? 
RTK TEST
Kebetulan masa kawan k.fiezz beritahu dia positif covid tadi, k.fiezz & mr hubby memang dah dalam kereta. Mr hubby nak ke klinik sebab tak sihat. Semalam mr hubby cucuk vaksin dos ke-dua. Mr hubby macam rasa nak demam, itu yang nak ke klinik. Bila kawan k.fiezz beritahu dia positive covid tadi, Mr hubby suruh juga buat test covid sekali. Adehh, debor dengar kena buat test covid ni, hah. Hidung kena korek. Aiiyakkkk.

Sampai klinik tadi, daftar & terus mr hubby beritahu dengan staff klinik nak buat rtk test untuk k.fiezz. RTK Test yang k.fiezz buat kat situ tadi RM100. 
Sementara tunggu staff dia panggil k.fiezz untuk buat test covid. Adeh. Debor. Tak senang duduk. Whatsapp pula berderu masuk sebab member pejabat duk tanya k.fiezz ada jumpa ke dengan kawan kitaorang yang positif tu. Majoriti ramai dah tahu kawan ni positif. Itu yang mana geng pejabat tahu k.fiezz ada jumpa dengan kawan yang positif ni, diaorang duk whatsapp tanya keadaan k.fiezz. Ramai yang tahu k.fiezz ada jumpa dengan kawan ni sebab kitoarang cucuk vaksin bersama-sama minggu lepas. Dah beritahu tu, macam-macam soalan lah diaorang tanya?Hah, tak ke busy k.fiezz tadi sambil-sambil berdebor nak buat test covid tadi. haha. 
SAKIT TAK KENA KOREK HIDUNG?
RTK Test ni kena korek hidung sebab nak ambil sample cecair dari dalam hidung. Jadi dia memang korek sampai dapat calitan cecair dalam hidung kita. Adeh. Masa nurse duk mengorek hidung k.fiezz tadi, dia duk ulang 'rileks.rileks.rileks'. Tak boleh nak rileks. haha. Sebab rasa nak bersin pun ada. Sakit pun ada. Sakit pun tak lah sakit sangat. Macam geli-geli gitu. haha. 
Ni pertama kali k.fiezz buat test covid. Buat ni pun terpaksa sebab k.fiezz dah jadi kontak rapat dengan member pejabat yang positif covid. Jadi untuk hilangkan keraguan diri sendiri, buat je lah test covid ni. Bila dah buat ni, tak ada lah tertanya-tanya kan bila dah tahu result dia. 
Jadi result test covid k.fiezz?
Jeng Jeng Jeng.........

Alhamdulillah. Test covid k.fiezz negatif. Legaaa. Kalau idak cuak weiii. Mula lah rasa tak senang duduk tadi lepas tahu kawan k.fiezz positif. Sebelum kawan k.fiezz ni tahu dia positif, 2 hari selepas kitaorang vaksin minggu lepas, dia ada whatsapp tanya k.fiezz. Okey ke lepas dah cucuk dos kedua haritu. K.fiezz jawab 'alhamdulillah. k.fiezz okey je'. Dia pula efek demam & batuk-batuk. K.fiezz cakap kat dia, kalau berlarutan terus lah ke klinik. Itu yang semalam agaknya dia buat test covid & harini dapat keputusan. Bukan takat dia positif. 
Satu keluarga pun positif.  Dah lah dia ada anak kecik. Moga dia & keluarga dia kuat melawan virus yang tak nampak ni. 
Moga diaorang cepat sihat. Aamiin. 
KERJA DARI RUMAH
Sepatutnya minggu ni k.fiezz masuk kerja semalam & Khamis. Kebetulan semalam k.fiezz cuti. Jadi minggu ni, esok lah k.fiezz kena masuk ke pejabat.  Tapi tadi dah tahu kawan k.fiezz  positif & k.fiezz jadi kontak rapat kawan, bos bagi pelepasan untuk k.fiezz kerja dari rumah minggu ni. Minggu depan baru masuk pejabat. Walaupun keputusan k.fiezz negatif tapi kita kuarantin lah diri kat rumah untuk beberapa hari ni. Pantau tengok kesihatan diri sendiri. Tak nak lah jadi penyebar pula,kan. So to be safe, quarantine diri sendiri di rumah. 
So korang bila keluar rumah tu jaga SOP & penjarakan. K.fiezz ni bila tiap kali keluar memang dah jadi wajib bawa hand sanitizer. Terbaru bawa spray disinfectant sekali. Macam minggu lepas masa lepas vaksin, haruslah nak ambil gambar kat photobooth yang disediakan. Ada prop sekali. Ala prop yang tulis "I ve completed 2nd dos", macam tu lah lebih kurang ayat dia. Tahu diri sendiri ni seorang yang excited nak bergambar sebab suka nak kongsi kat sosial media tapi bergambar, gambar juga tapi sebelum kita pegang props tu , kita spray dulu  #untukkeselamatandiri. hehe. Sebelum kita pegang tu, entah berapa ramai yang dah pegang props tu. Macam-macam kuman, virus dah melekat pada props tu, jadi kita singkirkan dulu virus-virus yang melekat kat situ. Baru lah nak pegang props pun confident & bergambar pun happy. hehe
Untuk korang yang belum vaksin. Selamat BerVaksin!!Jom lah kita sahut saranan kerajaan untuk mewujudkan herd immunity di Malaysia. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2021/08/Buat-Test-Covid-Sebab-Kontak-Rapat-Dengan-Kawan-Yang-Positif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yoo Jaesuk Dikuarantin Lepas Kontak Rapat Staf Positif Covid 19 Penggambaran The Sixth Sense 2 Ditunda

Yoo Jaesuk Dikuarantin Lepas Kontak Rapat Staf Positif Covid 19 Penggambaran The Sixth Sense 2 Ditunda

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 476 hits
Yoo Jae suk khabarnya sedang menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID 19 Menurut laporan pengacara itu menjadi kontak rapat selepas menjalani penggambaran program You Quiz On The Block pada 21 Julai lalu...
Terkini Kkm Kongsi Apa Perlu Buat Kalau Positif Covid Kontak Rapat Ppv

Terkini Kkm Kongsi Apa Perlu Buat Kalau Positif Covid Kontak Rapat Ppv

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 380 hits
TERKINI KKM kongsi apa nak buat kalau positif covid takperlu ke CAC Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Semalam pihak KKM telah mengeluarkan satu panduan guideline untuk mereka yang disahkan positif covid atau ada close contact pesa...
Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes Covid 19 Di Sabah Terus Naik

Kontak Rapat Penyumbang Utama Kes Covid 19 Di Sabah Terus Naik

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 335 hits
Masidi Manjun berkata penyumbang lain untuk kes baharu di Sabah hari ini ialah kluster aktif dengan 148 kes atau 18 saringan bersasar dan saringan bergejala KOTA KINABALU Kes baharu Covid 19 di Sabah terus meningkat dengan mencatatkan 818 k...
1 002 Kes Baharu Covid 19 Kontak Rapat Penyumbang Utama

1 002 Kes Baharu Covid 19 Kontak Rapat Penyumbang Utama

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun KOTA KINABALU Sabah hari ini merekodkan 1 002 kes baharu COVID 19 dengan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama iaitu banyak 591 kes Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumah...
Lebih 50 Kes Covid 19 Di Sabah Daripada Kontak Rapat

Lebih 50 Kes Covid 19 Di Sabah Daripada Kontak Rapat

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 280 hits
Lebih 50 kes Covid 19 di Sabah daripada kontak rapatSource https malaysiagazette com 2021 07 28 lebih 50 kes covid 19 di sabah daripada kontak rapat respond Lebih50 Covid19 Sabah daripada kontak rapat
Positif Covid 19 Harian Tertinggi Di Catatkan Hari Ini Sebanyak 17 405 Kes 143 Kematian

Positif Covid 19 Harian Tertinggi Di Catatkan Hari Ini Sebanyak 17 405 Kes 143 Kematian

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA Kes harian positif COVID 19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17 405 kes dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial berkata ...
5 Pati Warga Indonesia Cuba Masuk Malaysia Positif Covid 19

5 Pati Warga Indonesia Cuba Masuk Malaysia Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 312 hits
3 daripada 5 PATI warga Indonesia yang ditahan maritim selepas cubaan menyusup masuk ke Tawau malam tadi didapati positif Covid 19 Foto Maritim TAWAU Tiga daripada lima pendatang tanpa izin warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan...
457 Hari Brunei Sifar Covid 19 Terima 7 Kes Positif Tempatan 6 Langkah Dilakukan Serta Merta

457 Hari Brunei Sifar Covid 19 Terima 7 Kes Positif Tempatan 6 Langkah Dilakukan Serta Merta

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 241 hits
NEGARA Brunei Darussalam tidak sekian lama tidak mencatatkan sebarang kes tempatan Covid 19
Tertinggi Positif Covid 19

Tertinggi Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 216 hits
Hari ini mencatatkan kes harian positif tertinggi setakat ini Hari kedua berturut turut melepasi angka 15 ribu kes
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Senarai Alat Muzik Tradisional Di Malaysia

Kuntilanak En F Rbannad Kvinnas Sj Ls V Ndning I Det M Rka Skogens Djup

Sarapan Di Restoran Mak Kimbong Bangi

Netanyahu Berang Icc Keluar Waran Tangkap

Nasi Goreng Sutun Jjcm Ke Fesko Utm

Explore Your Roots How To Plan A Family Heritage Trip