Buang Bayi Perbuatan Jahiliyah



Beberapa kes buang bayi yang berlaku di negara kita kebelakangan ini memang amat menyedihkan. Bayi yang baru beberapa detik menghiruk udara segar di dunia ini menjadi korban akibat tindakan tidak berperikemanusiaan insan yang melahirkannya ke dunia ini.

Setiap tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup. Itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.

Malah, berdasarkan statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018.

Rekod itu diperolehi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.

Rekod menunjukkan sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111 kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018).

Tindakan berupa zaman jahiliyah ini perlu dihentikan segera supaya tidak menjejaskan keseluruhan identiti masyarakat yang terkenal lemah lembut dan berperikemanusiaan.

Kes buang bayi berpunca hilang perasaan kemanusiaan disebabkan ingin menutup aib diri setelah melakukan perbuatan terkutut.

Bayi yang dibuang sudah tentu hasil hubungan luar nikah yang ingin disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa dan orang ramai.

Justeru itu, untuk mengelak aib diri, anak itu tidak ‘patut’ hidup kerana dengan sendirinya orang lain akan mengetahui anak itu hasil penzinaan berdasarkan dirinya masih belum berkahwin secara sah.

Bagi yang masih ada rasa belas kasihan terhadap zuriat sendiri, dan kebetulan bayi yang dilahirkan masih hidup, bayi itu diserahkan kepada orang lain.  

Perbuatan membuang bayi satu perbuatan kejam melebihi apa yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliyah dahulu.

Masyarakat Arab Jahiliyah dahulu hanya membunuh anak perempuan kerana menganggap mendatangkan bala atau tidak mahu anak itu hidup apabila besar nanti menjadi hamba nafsu lelaki semata-mata, tetapi ada individu hari ini membunuh bayi tidak kira lelaki atau perempuan.

Perkara ini perlu dihalang dengan memberi kesedaran kepada muda mudi agar menjauhkan diri daripada seks bebas yang mengakibatkan lahirnya anak zina dan kemudiannya dibuang begitu sahaja seperti bangkai binatang.

Kurangnya didikan agama punca berlaku gejala ini. Mereka hanya menurut hawa nafsu biarpun tahu perbuatan itu satu dosa besar.

Disebabkan iman yang kurang dan tuntutan hawa nafsu yang tidak terkawal, berlakulah seks bebas yang kini sesetengah individu menganggap ia perkara biasa.

Ibu bapa perlu mengawal anak mereka, terutama anak gadis supaya tidak bergaul bebas sehingga mendorong berlaku seks luar nikah. Elok lebih beringat-ingat sebelum perkara mengaibkan keluarga berlaku. 

Seluruh ahli masyarakat juga bertanggungjawab mencegah perkara ini daripada berlaku berleluasa sehingga menjadi budaya seperti masyarakat di Barat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/rdh_25.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Bayi Nilai Kemanusiaan Kian Terhakis

Buang Bayi Nilai Kemanusiaan Kian Terhakis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 403 hits
Pembuangan bayi bukan lagi dianggap kes terpencil sebaliknya angka yang dicatatkan menggambarkan masalah berkenaan semakin membimbangkan dan ini menggambarkan wujudnya kepincangan isu keruntuhan moral nilai dan sosial di kalangan masyarakat...
Viral Bayi Di Beri Nama Google Mendapat Perhatian

Viral Bayi Di Beri Nama Google Mendapat Perhatian

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 284 hits
KISAH pasangan suami isteri yang memberikan nama anak mereka Google beberapa minggu lalu nampak gayanya telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu Menurut laporan Coconuts Jakarta syarikat Google telah mengubungi bapa kep...
Gizi Buruk Bayi Korban Aniaya Ayah Kandung Di Kupang Masih Dirawat Intensif

Gizi Buruk Bayi Korban Aniaya Ayah Kandung Di Kupang Masih Dirawat Intensif

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 292 hits
Menurut Stefanus bayi DS akan dirawat hingga sembuh tanpa biaya alias gratis karena memiliki surat keterangan tidak mampu Ia juga akan diberikan pelayanan secara khusus karena menjadi korban kekerasan dalam rumah tangga
Bayi Perempuan Kepala Tiga Lahir Di India

Bayi Perempuan Kepala Tiga Lahir Di India

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 642 hits
UTTAR PRADESH Kelahiran seorang bayi perempuan berkepala tiga membingungkan para doktor di India
Rezeki Ibu Mengandungkan 3 Orang Bayi Rupanya Dia Pun Kembar 3

Rezeki Ibu Mengandungkan 3 Orang Bayi Rupanya Dia Pun Kembar 3

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 398 hits
Ini kisah setahun yang lalu menariknya ia dikongsikan oleh seorang wanita yang mengandungkan kembar tiga Judit Minda yang berasal dari Norway berasa terkejut dengan berita yang diterimanya kerana dia diberitahu oleh doktor kandungannya memb...
Jarang Jarang Berlaku Wanita Lahirkan Bayi Perempuan Dengan Tiga Kepala

Jarang Jarang Berlaku Wanita Lahirkan Bayi Perempuan Dengan Tiga Kepala

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 608 hits
Seorang ibu sarat hamil dalam kesakitan dikejarkan ke sebuah hospital di Uttar Pradesh dipercayai mahu bersalin dalam kejadian yang berlaku di India 18 Julai lepas Setibanya di sana doktor dan ahli keluarga terdekat kepada wanita berkenaan ...
Pampers Hadir Dengan Sistem Pemantauan Bayi Pintar Lumi

Pampers Hadir Dengan Sistem Pemantauan Bayi Pintar Lumi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 256 hits
Pampers merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena lampin Terbaru Pampers hadir dengan sebuah sistem pemantauan bayi pintar yang menggunakan beberapa peranti dan sensor dinamakan Lumi Melalui Lumi ia merupakan sebuah sist...
Cara Ajar Flashcard Pada Bayi

Cara Ajar Flashcard Pada Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 484 hits
CARA AJAR FLASHCARD PADA BAYI Kalau lah umi dapat putarkan waktu untuk memberi pendedahan flashcard ni seawal Naura kecil Kan The post appeared first on
Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi

Punca Bisikan Ghaib Suruh Ibu Kelar Bayi

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 374 hits
Penyakit gila meroyan juga disebut angin beranak disyaki sebagai punca seorang ibu sanggup mengelar anaknya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian terbaru di Kelantan Ahli keluarga seorang wanita yang tergamak menyembelih anaknya sendiri...
Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Hidup Di Dunia Dengan Nafas Akhirat

12 Biodata Finalis Dewi Remaja 2025 Menyambut 40 Tahun Legasi Gemilang

Aktiviti Perjumpaan Ppim Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ppim 03 10 2025

Lirik Lagu Hael Husaini Nadeera Peluk

If You Love Two People At The Same Time Choose The Second Because

Siri 5 Throwback Mohon Sampai Di Jannahmu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percayakah Anda Akan Keupayaan Luar Biasa Orang Melayu Yang Boleh Terbang

Tia8king 31 Tia8king Top 54 By Delila

Baj88thb 7 November Baj88thb Top 92 By Emery

Harapan

Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

Penduduk Gaza Terus Menanti Harapan Terkandas Di Lautan